Seram Apartment Perdana Sek13

Hi warga FS, mungkin korang lali dah asyik baca cerita pasal apartment Perdana ni. Tapi aku terpanggil untuk share pengalaman aku sewaktu aku stay kat sana.

Tahun 2011, blok yang hujung sekali paling dekat dengan Giant Shah Alam tingkat bawah jer. Masa tu aku belajar dekat Poli, last sem dah. Mungkin untuk setengah orang, cerita ni tak seram tapi pada aku, pengalaman tu sampai bila-bila aku tak akan lupakan.

Aku sewa bilik master dengan kawan aku (bukan student) berdua. Owner rumah sewa ni akak kerja government tinggal sekali tapi bilik medium. Dan bilik kecik di diami oleh emak akak ni yang sakit lumpuh ( tak ingat sebab apa). Jadi memang akan selalu nampak makcik ni duduk atas kerusi roda.

Pagi akak ni pergi kerja, aku pergi kelas. Petang aku habis kelas akak ni selalu dah ada kat rumah bagi emak dia makan. Mak dia ni tak boleh bercakap sangat, tutur perkataan dia memang tak jelas seakan² orang bisu tapi boleh dengar dan paham sikit² apa dia cakap.

Dipendekkan cerita. Satu hari tu room mate aku takde cuti balik rumah family dia ada kenduri. Jadi masa tu tinggal lah aku seorang ditemani akak owner dan mak dia.

Malam tu, aku terjaga dari tidur sebab nak terkencing. Aku pun bangun pergi bilik air dan masuk bilik balik nak sambung tidur tapi tak jadi. Sebab ngam² aku dah baring nak lelap mata balik jer, aku dengar suara orang berborak!! dan suara tu macam suara orang tua! tapi tak jelas perbualan dia.

Jadi aku bangun balik dan bukak pintu bilik nak confirm kan balik pendengaran aku tu.
Suara orang berborak tu datang dari bilik makcik lumpuh tu! aku pelahan lahan pergi kat pintu bilik makcik tu tekap telinga nak dengar betul-betul dan yaa! memang suara makcik tu tapi bukan berborak, dia macam nak memanggil anak dia.

Aku pun pergi bilik akak owner tu nak kejut dia bangun. Aku ketuk pintu bilik tengok-tengok akak tu dah siap-siap nak keluar tengah-tengah malam.
‘Akak nak keluar ke?’ ‘Haah.. kenapa?’
aku malas nak busy body hal orang mana dia nak pergi memalam buta dah pukul 1am kan..

‘Err tak, saya rasa mak akak panggil kot dalam bilik. Dengar macam suara mak akak panggil’
Akak tu diam dan pandang aku. ‘Nana, mak akak baru meninggal tengah malam tadi dekat hospital. Hospital baru call akak tadi bagitahu. Takde siapa dalam bilik tu Na’. Tergamam aku sekejap! ‘Eh! tapiii .. ‘
aku yakin aku dengar suara makcik tu..

Dan esok subuhnya, rumah tu dipenuhi sedara mara arwah untuk upacara pengebumian. Makcik tu memang meninggal tengah malam tu. Jadi, suara siapa aku dengar malam tu dalam bilik???
Memang tak terjawab sampai sekarang.

Minggu pertama selepas arwah makcik tu meninggal, tengah malam jer kalau aku terjaga atau lambat tidur, memang boleh dengar ada suara orang bercakap dalam bilik arwah. Room mate aku pun boleh dengar tapi kitorang tak pernah bagitahu dekat akak owner. Selalunya kitorang pasang yassin atau ruqyah then selubung dalam selimut sampai subuh.

Boleh kata hampir tiap-tiap malam selama sebulan memang akan dengar bunyik dari bilik arwah. Bunyik katil lah, bunyik orang tua bercakap lah. Kerusi roda arwah pun still dalam bilik. Kadang² kat luar bilik, pastu akak owner tanya siapa keluarkan? Kitorang pun tak berani usik, siapa jer nak keluarkan?

Next month nya, ada orang baru masuk sewa bilik arwah. Kitorang? Next month tu jgak dah pindah rumah lain. Siapa boleh tahan woii .. hahaa.

Sekian,
Ryna

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ryna shariff

2 thoughts on “Seram Apartment Perdana Sek13”

  1. seram.. aku pnh jgk kt umah aku.. waktu tu mlm.. abg aku xde kat umah sbnrnya.. tp aku tak tau.. so aku panggil la dia suruh mkn kt luar … aku dgr sore die jwb aku and aku siap dgr die batuk lg dr bilik die, tp die x kluar2. aku panggil la lg, tp xde jwb. pastu mak aku br hbs solat ckp abg aku xde, die kluar main bowling… aku tak puas ati, aku bkk bilik abg aku sbb aku mmg dgr sore die tp sah mmg die xde… gelap je bilik die.. huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.