Shooting Projek Akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera… Pertama, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana telah menerima cerita pertama aku “RASUK” pada minggu lepas. Kali ini aku nak cerita pengalaman aku masa sibuk “shooting” projek filem tahun akhir, masa aku menuntut di sebuah Universiti. Aku merupakan salah seorang pelajar semester akhir dalam jurusan perfileman. Semester akhir ni sungguh memenatkan, nak kena cepat je buat apa pun sebab nak kejar masa yang agak terhad… dengan thesis nya, projek nya, assignment, quiz, fokus final year lagi. Untuk projek akhir ni, aku agak sibuk bersama budak-budak filem yang lain sebab kami bekerjasama untuk saling membantu semasa “shooting” projek filem masing-masing. Jadi aku banyak berlakon dalam projek filem kawan-kawan sekelas. Untuk projek filem yang sebelum ni, Alhamdulillah semua dapat dijayakan oleh aku tanpa ada sebarang ganguan sehingga lah pada satu malam ni.

Satu malam ni, aku dan beberapa orang rakan seperti biasa menyediakan apa yang patut sebelum pengambaran dilakukan. Malam ni aku terlibat dengan filem pendek bergenre seram karya Fakrul, dalam filem tu aku memegang watak sebagai Mona yang menunggang motosikal dan digangu makhluk halus, dalam babak ini seekor makhluk (Pocong) membonceng motosikal Mona. Pocong tu dilakonkan oleh kawan aku Zila..Aku pun seperti biasa lah belek-belek balik skrip yang Fakrul bagi tu. Untuk dapatkan mood yang baik dalam lakonan, kami mula “shoot” pada pukul 1.00 A.M. Lokasi pengambaran yang Fakrul pilih boleh tahan la seram. Walaupun pengambaran yang dilakukan hanya dalam Kampus, suasana malam yang sepi tu agak memberi kesan mistik yang membuatkan bulu roma aku meremang.

Mula-mula tu, seram yang aku aggarkan pada level 50% je la cuma bulu roma je yang tegak berdiri. Namun secara tiba-tiba, semasa “shoot”, motosikal yang aku tunggang tu rasa berat semacam je.. nak kata berat sebab jalan berbukit tak ada bukit sangat pun.. nak kata berat si Zila(Pelakon watak pocong) dia tak ada lah gemuk sangat, aku buat tak tahu je.. sebab dalam masa yang sama kru-kru yang lain ada kat belakang. Habis je “shoot” semua babak, Fakrul tanya “ Weh.. kau nak kami hantar kau balik sampai kolej tak?”. Aku angguk setuju je lah.. sebab malam ni, aku rasa tak sedap hati pulak nak balik kolej sorang. Alang-alang diorang dah offer nak hantar sampai kolej, ok lah tu kan. Masa ni aku tengok reaksi muka Fakrul dengan Afiq seakan cuak. Selalunya habis je “shooting” diorang lah yang “over excited”, tapi malam ni diorang banyak diam je.

Sampai je kat Kolej, Fakrul dan Afiq tunggu sampai aku siap parking motor.. sebelum diorang beredar balik. Masa aku nak jalan ke bilik, terasa seolah ada yang memerhati.. macam ada orang ikut aku pun, ye jugak, aku menoleh ke belakang, namun tak ada apa-apa. Aku terus jalan ke bilik, yang berada di tingkat 2. Setelah buka pintu bilik, aku nampak “roommate” aku nyenyak je tidur. Iye lah masa tu pun jam dah pukul 3.30 AM. Aku terus capai tuala dan terus ke bilik air untuk bersihkan diri sebelum tidur. Mak aku pesan walau penat macamana pun, bila dah balik lewat-lewat ni, pastikan kau bersihkan badan kau dulu, basuh kaki ke, apa ke..supaya tak ada benda lain yang mengikut kau. Masa aku keluar dari bilik nak ke bilik air tu, bulu roma aku meremang, tetiba fikiran ni ligat je mengingatkan kisah-kisah seram.. nak berhenti fikir pun macam tak ada benda lain yang aku nak fikirkan. Tapi aku memang kena mandi juga, last aku mandi pun pagi tadi haa..

Masa aku tengah mandi ni, aku dengar bunyi orang flush tandas berkali-kali. Huh lega sikit mungkin ada orang lain la selain aku kat bilik air ni. Selesai je aku mandi, aku keluar la dari shower tu.. 3 langkah aku menapak..aku dengar bunyi air seolah ada orang tengah mandi dari shower yang aku mandi tu.. padahal seingat aku, aku dah tutup paip tu.. Aku rasa lain macam je.. Mesti korang ingat aku patah balik dan tengok aku tutup ke tak paip tu kan? Huihhhh, korang ni…mustahil untuk aku berpatah balik, aku terus blah lari ke bilik.

Masa aku tutup pintu bilik, tiba-tiba angin kuat masuk melalui tingkap bilik…aku yang mengigil kesejukan ni, terus lompat atas katil tarik selimut tutup muka. Masa ni la aku rasa, macam ada seseorang yang duduk disamping aku, kemudian dia menghimpit aku sampai aku rasa sesak dada tak dapat bergerak. Aku anggarkan orang yang menghimpit aku ni seseorang yang berbadan besar. Dia menghimpit lagi terasa siksa sangat.. sampai aku rasa nak m**i dah malam tu.. mungkin ajal aku dah sampai ke apa..aku tak mampu tahan lagi, tubuh aku lesu tak berdaya lagi melawan…nak jerit sekuat hati pun tak ada kudrat..aku terus tak ingat apa lepas tu.

Aku sedar je, celik mata terus bangun, aku tengok roomate dah tak ada. Aku kelas petang pukul 2.00.. Sekarang baru pukul 10.00 pagi. “Hurgghhh..Aku dah tertinggal solat subuh” aku mengeluh sendirian, namun masih memikirkan hal semalam, sama ada aku mimpi atau aku betul-betul diganggu.

Habis je kelas, Fakrul dan Afiq mengajak aku dan budak kelas kami lepak kat kafe. Fakrul tanya aku “Kau okey ke? Nampak pucat”. Ishh macam tahu-tahu je dia ni..aku hanya membisu belum sampai masa lagi nak cerita kat diorang pasal hal semalam tu.
“Semalam kau perasan apa-apa tak?” Fakrul menyoal lagi… belum sempat aku bukak mulut, Afiq mencelah, “Semalam masa “shoot” yang kau bawa motor tu..kami nampak bukan Zila je atas motor tu..ada benda lain, hitam pekat yang bonceng motor sekali dengan korang…”. Fuhhh.. terkejut aku dengar diorang cerita.. patut lah motor berat semacam semalam..dan patutlah Fakrul dengan Afiq tak banyak cakap sangat semalam. “Aku dah “shoot” punya elok, sekali ada makhluk lain yang tercongok kat atas motor korang, dah tu, dalam kamera cuma “detect” korang berdua je. Tapi atas motor tu aku dengan Keyrol nampak korang bertiga..” lagi lah aku cuak.. Terus aku cerita kat diorang apa yang jadi kat aku semalam.. Aku tanya pada Zila sama ada dia rasa apa-apa yang pelik atau tak semalam..  menurut Fakrul lokasi yang dia pilih tu memang agak keras..pelajar seharusnya tak boleh berada di kawasan tu selepas pukul 10..tapi Fakrul ni nak jugak buat rakaman kat kawasan tu katanya nak ambik mood seram la konon… sekali kan dah kena..itu je lah perkongsian aku..mungkin bagi aku peristiwa ni sangat seram..tapi bagi korang,kalau tak seram tu maaf lah ye…..jangan stress-stress..terima kasih kerana sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Miss Stalker

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “Shooting Projek Akhir”

  1. Seram kot huhu…
    Zila x kena kacau ke? Ayat tergantung atas tu…
    Dulu masa mula2 kena tindih akak pn ingt dh smpai waktu T_T

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.