Assalammualaikum nama aku Manis dan aku berasal daripada Sarawak. Hari ni aku ceritakan pengalaman aku sendiri terkena sihir dari Kawan baik sendiri. Bismillah cerita aku kali ni sebenarnya sangat susah untuk aku share sebab ni aib aku tapi aku nak share jugak untuk korang jadikan pengajaran dalam hidup untuk sentiasa berhati-hati dalam berkawan. Aku terkena sihir ni semasa aku berusia 20 tahun lagi masa tu aku baru masuk tahun pertama dalam peringkat degree di sebuah institusi yang aku taknak bagitau kat mana. Aku terkena sihir dari kawan baik aku. Sihir ini berlanjutan sampai aku berusia 26 tahun dan dia kira macam on off sekejap sembuh sekejap datang balik sepanjang tempoh 6 tahu tu.
Semasa aku berusia 20 tahun, aku terkena sakit kulit iaitu jerawat yang terlampau Dimana pada mulanya kami sekeluarga ingatkan jerawat biasa je sampai lah satu tahap jerawat aku masa tu sebesar ibu jari di seluruh muka kecuali kelopak mata. Seksanya cuma Allah je yang tahu, masa ni keluarga aku jadi takut tengok muka aku sebab rupa terlalu besar macam cyst. Jadinya mak ayah aku bawak aku berjumpa pakar kulit untuk tengok apa sebenarnya masalah kesihatan aku masa tu. Doktor bagi ubat accutane sampai 8-10 kali round , scan punya scan, rawatan laser sampai 15 sesi tak jugak sembuh-sembuh rawatan ni berulang sepanjang 3 tahun lebih jadi sangat tak logic untuk tak sembuh sampai nenek aku cakap ini bukan sakit hospital ni kene rawat cara tradisonal.
Untuk pengetahuan semua, nenek aku adalah seorang pengamal perubatan herba tradisional kampung kalau ada yang bersalin memang akan guna khidmat perubatan herba dari dia jadi dia cuba rawat aku dengan menggunakan herba-herba yang dia tanam sampai berbulan-bulan pun tidak jugak sembuh. Bukan apa, family aku ni memang jenis yang kalau sakit kene ikhtiar cara modern dulu pergi hospital berjumpa pakar barulah berubah ke rawatan tradional tapi tak jugak sembuh dan setelah 4 tahun lebih kami cuba ikhtiar dengan cara modern dan tradisional baru la kami decide untuk berjumpa dengan ustaz.
Nak dijadikan cerita, nenek aku carikan orang berubat 2 orang dan dua-dua cakap benda yang sama iaitu aku dibuat sihir oleh kawan baik aku sendiri dan mereka juga bagitau yang paling baik dalam ramai-ramai itu la pelakunya sebab si pelaku selalu menbaca jampi-jampi sambil mengurut belakang aku dan menyentuh aku. Setelah itu ayah aku tidak percaya dan cuba mencari alternatif lain yang lebih dipercayai iaitu ustaz. Kami pun cuba berubat dengan seorang ustaz yang memang mengamalkan ilmu perubatan islam dengan medium rukyah.
Singkatkan cerita, setelah ustaz itu membacakan rukyah sepanjang setengah jam untuk tujuan scan lalu ustaz pun berkata “kamu pernah mengalami mimpi yang ganjil atau menyeramkan? Kemudian kamu pernah tak tersakitikan hati sesiapa? Sebab melalui rawatan saya hari ni kamu memang terkena sihir iaitu sihir kodok Dimana orang ini sangat sakit hati dengan kamu lalu dia bacakan jampi-jampi dan dibuatkan ritual dengan menggunakan kodok sebagai medium lalu ditaruhnya dibawah tempurung untuk membuat wajah kamu hodoh, membuat kamu anxiety, rasa konfident hilang, depress dan membuat semua orang membenci dan pinggirkan kamu seperti katak dibawah tempurung kalau tidak dirawat segera lama-lama kamu boleh hilang kewarasan maaf cakap bahasa senang kamu akan jadi gila. Dan orang ini sangat kamu kenal, dia Kawan baik kamu yang paling baik yang suka peluk dan mengurut-ngurut lembut belakang kamu sebab dia bacakan jampi lalu menyentuh kamu. Saya taknak bagitau siapa orangnya takut nanti jadi jatuh fitnah dan lebih baik kalau kita tidak tahu. Tapi sepanjang rawatan kamu mesti Redha dan anggap ni sebagai salah satu ujian yang Allah bagi untuk dekatkan lagi kamu dengan dia kerana itu saja kunci kepada kesembuhan iaitu dengan sentiasa berfikiran positif. Okay?”kata ustaz itu.
Jadi aku pun menjalankan rawatan dan macam biasa sekejap okay sekejap tidak. Bila sudah sembuh beberapa bulan datang balik berlanjutan sehingga kini tetapi alhamdulillah aku sudah 90% sembuh sekarang dan aku pun sudah memutuskan pertalian persahabatan dengannya yang aku anggap keluarga.
Allah itu memang maha adil sepanjang masa sakit aku sentiasa bersangka buruk dengan orang yang salah sebenarnya. Tapi tahun lepas, Allah bantu aku rungkaikan siapa sebenarnya yang telah membuat jahat dengan aku. Memang betul kata ustaz jangan menuduh walaupun kita sudah menyangka siapa pelakunya tapi diam-diam sahaja dan hanya focus dengan rawatan sebab nanti lambat laun akan ketahuan juga siapa orangnya. Allah Maha Adil.
Selepas aku habis belajar aku terpaksa mengganggur 3 tahun disebabkan sakit aku ni dan takde sapa nak ambik aku kerja sebab jijik dengan muka aku dah la aku anak sulung yang satu-satunya yang sudah dewasa adik-adik masih bersekolah dan ayah aku pun sudah bersara. Ekonomi kami jadi semakin teruk dan aku pun masih sakit. Kiranya aku la harapan keluarga untuk menyara mereka. Setelah aku sembuh sedikit “Kawan” aku offer aku kerja dekat tempat dia sebab “kesian” dengan aku dia selalu cakap belajar tinggi-tinggi takde guna kalau untuk golongan marhaen macam kita kan dulu aku sudah cakap katanya. Aku iyakan saje sebab mungkin betul sebab dia prihatin dengan kesusahan aku.
Jadi aku pun terima offer kerja dengan dia tapi aku di bahagian pengurusan dan dia di bahagian operation di bawah terpaksa berpanas la gitu dan aku duduk di tempat beraircond selesa sikit. Masa ni memang aku bersyukur giler dengan “Kawan”aku ni sebab dia memang baik sampai boleh offer kerja jawatan tinggi lagi dari dia. Tapi pikiran aku tu meleset sama sekali bila aku baru je seminggu kerja disitu semua orang pinggirkan aku kecuali dia la. Semua orang buli aku. Supervisor aku taknak ajar aku kerja suruh aku sendiri pandai-pandai tapi tidak boleh sesekali membuat kesilapan. Aku hairan kenapa diorang benci aku adakah sihir itu datang balik ke macam mana.
Tapi ada seorang akak senior ni memang sangat-sangat baik dengan aku siap cakap sini memang toxid cara kerja nya, tapi takpe mana akak mampu akak ajar awak katanya. Aku pun bersyukur berjumpa dengan rakan sekerja yang sangat baik memang betul dia selalu bantu double check hasil kerja aku sampai aku kurang dimarahi boss tapi orang-orang situ satu office sekali dengan team operation dibawah sangat membenci aku sampaikan bila aku tegur dia orang buat buka jijik dan benci.
Setelah 2 minggu aku kerja situ, aku decide untuk berhenti kerja sebab kerja aku disabotaj supervisor sebab dia tak puas hati akak sorang tu tolong aku dan aku ditengking boss depan semua staff sambil diapi-apikan oleh supervisor aku dengan cakap aku ni memang suka buat kerja suka hati tak ikut arahan dia. aku jadi tak tahan jadi aku tanya terus terang dengan supervisor aku tu kenapa dia benci aku dan dia jawab sebab aku selalu cerita benda buruk berkenaan dia dengan “Kawan” aku yang offer aku kerja tadi.
Sedangkan aku buat kerja sendiri tanpa ambil peduli dengan sesiapa janji kerja aku jalan dan aku kerja nak cari nafkah halal untuk aku sekeluarga dan dia pun tahu keadaan ekonomi keluarga aku bagaimana sampai sanggup khianat aku dibelakang, dan rupanya boss pun tidak suka aku sebab dia buat cerita yang sama dengan boss berkenaan aku. Aku resign with 24-hour notice, esoknya aku tak turun kerja dah aku hantar notice dengan big boss iaitu suami kepada boss yang suka tengking aku dan esoknya sorang-sorang call tanya kenapa aku tak datang kerja aku just cakap aku dah resign dan sudah inform big boss salah big boss la lupa bagitau kamu semua.
beberapa hari lepas tu “Kawan”aku ni chat tanya kenapa aku berhenti tanpa bagitahu dia tapi akak senior tu tahu lebih dahulu sedangkan dia la yang rapat dengan aku. Aku berterus terang bagitau apa yang mereka bagitahu aku tapi dia marah aku dengan cakap “oh, sekarang kau nak bermusuh la dengan aku? Bagus aku memang tak suka kau. Kau sepatutnya jadi gila tapi tak gila-gila kenapa?”.
Bagai satu tamparan yang maha hebat bagi aku masa tu rupanya dia lah pelakunya aku menderita sepanjang 6 tahun. Hari-hari aku bangun tidur dengan sentiasa mesti kopek kulit bantal yang melekat kat kulit muka aku disebabkan sakit kulit aku tu, rasa bagai disiat-siat tanpa bius hari-hari sepanjang 6 tahun, rupa nya dia yang buat kat aku, dia yang aku anggap keluarga?.
Macam tu je Allah bongkar rahsia dia.
Sejak dari itu aku putuskan hubungan kami kadang-kadang dia hantar chat memaki hamun aku tapi aku seen Sahaja chat nya dan habis semua Kawan-kawan kami dia contact semata-mata nak tahu perkembangan aku sampai la dia rasa sangat panas bila dapat tahu yang sekarang aku dah pun berkerja di Syarikat Oil and Gas yang agak terkemuka di Selangor sampai sanggup text maki hamun cakap “dah Berjaya terus mendongak langit kau ehh” tapi macam biasa aku seenkan aje biarla dia marah sorang diri. Pernah beberapa kali akak senior contact aku bertanya kabar dan bercerita apa yang sudah jadi dengan “Kawan”aku tu. Akak senior tu cakap “Kawan”aku macam orang meroyan naik turun dari office ke bawah semata-mata nak sebar berita tentang aku cakap aku ni burukkan nama kedai diorang la buruk kan semua staff situ lah, dan cakap aku ni sombong setiap kali balik rumah jalan mesti mendongak langit dan macam-macam la sampai akak senior tu cakap “Kawan”aku tu obsess terlampau dengan aku macam orang gila macam dah tak waras dah rupanya. Ini last info yang aku dapat tentang dia dan sekarang alhamdulillah aku beransur baik dan kehidupan aku pun dah slow-slow semakin baik.
Pengajarannya, jangan lah sesekali kita buat orang terutamanya melibatkan perkara syirik lambat laun akan makan diri sendiri walau macam mana sekali pun memang akan berbalik pada diri sendiri. Itu saja kisah dari aku. Maaf kalau cerita ni tak seram cuma cerita ni kisah sebenar yang aku pernah lalui dan yang aku pegang sekarang sebagai pengajaran hidup yang paling mahal pernah terjadi dalam hidup aku.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit