Tandas Lama

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS.Aku nak ucapkan terima kasih kepada admin FS sekiranya kisah ni disiarkan. Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau entry ni panjang sikit. Ok meh aku kenalkan diri dulu. Aku Nur, salah sorang penjawat awam. Aku nak ceritakan pengalaman aku semasa hari terakhir menghadiri kursus di salah sebuah pusat perlancongan rekreasi kat Terengganu ni.

Ok aku straight to the point terus la yerr. Masa hari last tu semua peserta kursus dikehendaki naik bas yang disediakan kecuali aku, kak Faz, dan dua peserta lain memandangkan bas yang ada dah penuh. So, aku 4 orang ni kena naik dengan kereta fasilitator.

Nak dijadikan cerita sebelom bertolak balik ke destinasi, perut aku dan kak Faz ni boleh pulak memulas. Jadi kami pun mintak izin dengan fasi untuk pergi ke tandas lama kat bahagian belakang dewan jap (sebab kalau nak pergi kat tandas dalam bilik jauh pulak, kan tak pasal-pasal kami kena tinggal sebab lambat).

Masa kami sampai kat tandas tu, kami dengar bunyi air dan terhidu bau yang sangat kurang menyenangkan (bunyi air tu macam orang tengah guna tandas, bunyi flush.) Masa tu aku terus tengok jam.

“Ehh kak Faz, sape kat dalam tu? Dia tak takut kena tinggal bas ke? Doh la semua orang naik blake doh. Mungkin dia pun sakit perut macam kita jugak kot. Hahaha”. Kata aku sambil gelak. Sebab bau yang ‘harum’ tu dah cukup meyakinkan aku yang orang yang guna tandas yang satu lagi tu pun sakit perut.

“Yekot. Takpela dik, kak masuk tandas dulu la. Kalau nanti dia dah keluar, adik masuk tandas yang sebelah lagi neh”, bagitahu kak Faz.

Memandangkan tandas lama tu hanya ada dua je, jadi kami terpaksa mengikut giliran. Lepas kak Faz, baru aku. Sebab orang yang guna tandas kat sebelah tu punye la lama duk dalam tu. Bila aku selesai, aku tanyala kak Faz, orang kat tandas sebelah tu dah keluar ke belom?

“Tak keluar lagi la dik, dari tadi lagi. Bas dah gerak dah”.

Kami tengok jam kat tangan, dah lewat! Memandangkan bas pun dah pergi, jadi aku dan kak Faz decide untuk ajak orang tu naik kereta sekali dengan kitorang. Lagipun memang kitorang je yang kursus kat situ masa tu. Kalau bukan geng kitorang siapa lagi kan?

Tokkk tokk. Aku ketuk pintu tandas tu,tapi tiada sahutan.

“Siapa dalam tandas ni? Bas dah gerak dah tu”. Masih tiada sahutan.

Aku dan kak Faz berpandangan sesama sendiri, tarik nafas dan hembusssssss. Aku tolak pintu tandas tu perlahan-lahan.  Bukak je pintu tandas tu aku dan kak faz masing-masing tergamam.
TANDAS TU TAKDE ORANG!!! Habis bau tu? Bunyi air tu? Lintang pukang aku dan kak Faz lari lepas tu.

Masa dalam perjalanan pulang, aku dan kak Faz pun start la cerita pasal pengalaman kat tandas tadi, dan cuba teka fasilitator kitorang jawab ape? Dia cakap tempat tu memang keras! Cik fasi tu pun bukak la cerita pasal pengalaman dua orang fasi lelaki kitorang yang kena kacau sepanjang kursus diadakan (cerita yang ni kalau dapat banyak feedback positif baru aku akan cerita. Bukan ape, takut aku je bersungguh-sungguh duk cerita, tapi korang tak paham pun ape aku duk cerita. Nanti orang cakap syok sendiri pulak! haha).

*********
Selang dua hari lepas habis kursus, aku ada la whatsapp kak Faz ni minta gambar masa kursus hari tu. Tapi masa tu kak Faz bagitahu nanti dia mesej balik. Tak berapa sihat katanya. Malam macam tu kak Faz whatsapp aku balik. Dan kak Faz bagitahu yang ‘benda’ tu ikut dia balik!

Dari apa yang kak Faz bagitahu, semasa dia balik dari kursus tu kepala dia berat sangat-sangat dan setiap kali dengar azan terutamanya maghrib ,badan dia akan rasa panas sangat. Mula-mula dia ingat perkara biasa sehinggalah kakak ipar dia balik, tiba-tiba dia jadi uncontrolled, terus pergi terkam sambil terpekik kat kakak ipar dia, macam kena histeria (dari ape yang kak Faz pernah cerita, kakak ipar dia pernah ade ‘benda’ menumpang).

Jadi ‘benda’ dalam badan kak Faz dan kakak ipar dia tu macam berlawan! Lepas kejadian tu family kak Faz terus bawak kak Faz dan kakak ipar dia pergi berubat kat pusat perubatan islam. Dan ustaz yang merawat kak Faz tu bagitahu ‘benda’ tu datang dari tempat yang kitorang kursus tu. Mungkin silap kitorang jugak sebab tegur ‘benda’ tu. Yelaaa mana la kitorang tau yang tu bukan manusia kan?

Selepas beberapa kali berubat kat sana, Alhamdulillah dengan izin Allah kak Faz dah tak diganggu lagi. Apa yang pasti lepas ni kami takkan berani lagi ambik risiko pergi kat tandas lama lebih-lebih lagi tandas yang terang-terang ‘berpenghuni’.

Wassalam…

Nur
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.