Teman Tidur

Assalamualaikumsalam buat semua peminat setia fiksyen syasya. Aku pun salah seorang daripadanya jugak sebab aku ni memang minat cerita dan movie bergenre seram ni. Padahal penakut piang! Kisah yang aku ingin kongsikan ni berlaku kat aku sendiri beberapa tahun yang lalu waktu aku belajar kat sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Okay aku malas nak spesifikkan tempatnya sebab kisah aku ni tak ada la seram mana pun. Aku pun tak sedar waktu benda tu terjadi . Disebabkan ini pertama kali benda-benda macam ni berlaku kat aku sendiri, aku nak ceritalah jugak walaupun tak seram.

Kisah aku ni berlaku seingat aku pada bulan puasa. Jangan ingat bulan puasa tak ada benda-benda macam tu. Syaitan ja kena ikat, jin-jin masih berkeliaran. Dan aku rasa yang ‘beramah mesra’ dengan aku ni pun jin kot. Untuk gambaran, dalam dorm ni bilangan pelajarnya agak ramai. Dalam berbelas jugak la sebab katil pun double-decker, dorm pula luas. Muat la nak sumbat budak ramai-ramai. Disebabkan luas tu la yang menjadikan dorm ni agak suram dan seram. Sebelah luar tingkap dorm pulak ada pokok-pokok saja.

Nak dijadikan cerita malam tu lepas lights off(kat sini pukul 12 semua dorm dah wajib lights off) , aku pun dah bersiap-siap nak tidur, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba salah seorang roommate aku ni meminta kebenaran untuk tidur couple dengan aku. Kalau kat asrama ni, tidur couple satu katil tu perkara normal lah. Bukan sebab ukhwah yang terjalin tu kuat sangat, tapi dah spesies lemah semangat kebanyakannya. Kenalah berteman tidur pun. Kalau nampak budak-budak asrama tidur sama-sama satu katil bujang kecik tu jangan fikir bukan-bukan pula. Kami ni straight okay! Cuma untuk mengelakkan daripada perkara yang ‘tak straight’ tu berlaku, pihak asrama memang tak galakkan sangat student untuk tidur satu katil sama-sama.

Siap ada pengawas dengan badan dakwah sekolah bagi amaran lagi untuk tak tidur sekatil. Tapi budak-budak asrama biasalah. Awal-awal ja ikut peraturan,lepas dah jadi senior semua naik tocang. Jangan kata student biasa, yang ada jawatan pun tumpang sekaki. Akulah salah seorang daripadanya. Tapi aku dalam kategori budak suci lagilah sebab tak pernah tidur couple ni. Hikhik.Dah ada jawatan ni, kadang-kadang rasa bersalah jugak.

Cuma malam tu sebab aku tak sampai hati nak tolak pelawaan roommate aku tu, aku kenalah break rule tu buat pertama kalinya. Sekali-sekala apa salahnya, kan? Dua kali dua kala.Hoho.. Disebabkan keyakinan yang aku tak mungkin ‘bengkok’, aku pun dengan rela hati mempelawa roommate aku tu tidur sekali. Mana la tau dia betul-betul takut ka? Lepas ni kalau aku takut, boleh cari dia pulak.hoho.

Dalam kegelapan malam selepas lampu semua ditutup, aku ada la sembang-sembang gitu-gitu dengan dia sebelum tidur tu. Tapi yang peliknya dia macam tak layan sangat ja. Dia lebih banyak diam malam tu.Padahal roommate aku tu seorang yang banyak mulut lagi kecoh orangnya. Aku fikir mungkin dia penat sangat kot atau dia nak tidur awal esok nak bangun sahur kan. Aku pun tengok dia macam nak tidur dah,aku pelawa lah selimut sekali. Nasib baik dia tak mau. Selepas ni hampa tau la sebab apa nasib baik tu.

Keesokan harinya apabila aku terjaga untuk sahur, aku perasan roommate aku tu dah tak ada kat sebelah. Tapi dalam aku mamai tu aku ternampak la dia berjalan dari tengah dorm keluar bilik. Untuk pengetahuan, katil aku ni tepi pintu sekali dan katil asal roommate aku tu hujung sekali ke dalam dorm. Jadi kalau dia bangun dari katil aku sepatutnya dia akan terus keluar lah.Melainkan kalau dia memang bangun dari katil dia kat hujung dorm tu,dia akan lalu depan katil aku dululah untuk keluar. Waktu tu aku tak fikir apa-apa lah sebab aku pun tengah mamai.Cuma terasa la sikit sebab dia tak gerak aku bangun sahur.

Dah la tidur satu katil kan.Nasib baik aku tersedar. Husnuzon ja la mungkin dia dah gerak,aku yang tidur m**i (dan aku memang tidur m**i pun).

Beberapa hari kemudian, aku dan roommate aku yang sama tu kebetulan sembang-sembang pasai tidur couple ni. Biasalah tiap kali roll call pelajar yang berjawatan akan brainwash pasal tidur couple.Memang jadi topik bersembang kamilah kat dorm. Lepas tu dia tanya aku, pernah tidur couple dak? Mungkin dia fikir aku ni berjawatan mesti aku tak pernah buat kan. Aku pun pelik la. Dah sah-sah dia yang tidur couple dengan aku lagi mau tanya. Aku pun bagitau la sekali ja aku pernah tidur couple ni. Dia boleh tanya dengan siapa? Eh, budak ni! Baru berapa hari tak kan dah tak ingat? Makin pelik aku dibuatnya.

Dengan muka pelik aku bagitau la,dengan dia ja la first time aku tidur couple tu. Aik?Giliran dia pulak buat muka pelik kat aku. Katanya tak pernah pulak dia tidur couple dengan aku. Haa, sudah! Aku fikir dia nak main-main la tu.Tapi tengok muka roommate aku waktu tu memang serius berbenaq.Jarang roommate aku sorang ni nak serius macam tu. Bermati-matian pulak tu dia menidakkan statement aku. Aku pun bermati-matian la juga mempertahankan cerita aku. Tak mungkin la aku silap orang pulak. Bukannya dia ada kembar ka,muka seiras ka. Terus cuak muka roommate aku waktu tu. Aku bila dah tengok muka cuak dia tu malas la nak sembang panjang-panjang.

Terus kami tutup cerita. Sendiri-sendiri fahamlah.
Dan itu menjadi tidur couple aku yang pertama dan terakhir di sekolah tu. Mungkin ‘dia’ saja nak nasihatkan aku supaya tak langgar peraturan dah lepas ni. Ataupun ‘dia’ memang tak ada tempat tidur malam tu. Apapun yang penting dia tak kacau aku lebih-lebih,kan? Okay lah. Sekian saja cerita tak berapa seram aku untuk kali ini. Moga seram dengan cerita aku ni.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

4 thoughts on “Teman Tidur”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.