#Terlanggar-Pengalaman Dirasuk Hantu Air

Assalamualaikum pembaca FS, cerita aku ni menceritakan pengalaman aku dirasuk hantu air, cerita ni dah lama sangat masa aku baru masuk sekolah menengah tapi bukan kena kat sekolah. Aku ada 5 beradik, 3 lelaki 2 perempuan, aku yang bongsu perempuan. Kakak dan abang aku dah berkahwin. Sebelum akak aku kahwin aku tidur dengan dia, sekarang, terpaksa la aku tidur sorang2.

Ceritanya mula2 camni, Kakak ipar aku ajak la kami sekeluarga balik ke kampung dia di kelantan memandangkan cuti sekolah telah bermula. Mereka cadangkan kami semua bertolak malam kerana sampai di sana mesti pagi. Laluan di highway karak tak lah seram sangat tapi ada la kena kacau sikit masa berhenti sekejap nak pergi toilet, aku pun dah lupa berhenti kat rnr ke berhenti kat surau. Aku pergi toilet ajak kakak aku teman.

Asalnya, toilet tu memang takde orang pastu bila aku dah selesai buang hajat semua, aku dengar bunyi air mengalir kt tandas sebelah, aku tanya kakak aku, ada orang masuk ke tadi, dia kata takde lepastu cecepat aku tarik kakak aku lari pergi kereta, muka aku dah cuak, kakak aku dah pelik. Aku diamkan je benda tu sampai la aku lupa sebab benda camtu aku tak suka nak ingat balik, nanti aku mengigau.

Pagi tu kami dah sampai kampung kak ipar aku, kami semua menginap di rumah family kak ipar aku, family kakak ipar aku ni jenis orang berada sikit tapi mereka tak lah sombong macam kat tv tu. Petang tu lepas asar, kami semua nak pergi pantai, nyaman rasanya bila dapat menikmati angin pantai. Mak aku selalu cakap kalau pergi pantai jangan lupa baca apa2 surah tapi masa tu seronok sangat sampai lupa apa yang mak cakap tu.

Tengah seronok berlari kat tepi pantai tetiba ibu jari kaki aku terpijak sesuatu yang tajam, pedih mencucuk macam terpijak paku karat, aku pun terduduk kat situ, tengok kat jari takde d***h pun, yang ada kuku aku bertukar warna, jadi warna lumut. Sangat lah terkejut bila jadi macam tu. Dah sampai rumah, aku tanya mak kuku aku kenapa jadi macam ni, mak cakap kena cengkam kuku.

So, aku biar je la kuku tu kena cengkam tapi takde pulak rasa sakit kena cengkam, rasa sakit masa kat pantai tu pun dah hilang. Sejak kejadian hari tu, macam2 benda pelik berlaku kat aku. Lepas balik dari sekolah je cari makan, makan dengan gelojoh lepastu kurung diri dalam bilik, tidur sampai maghrib, langsung tak solat. Benda ni berlanjutan sampai aku habis sekolah. Sementara tunggu result spm, aku kerja dengan abang aku yang lagi 2 orang tu.

Diorang bukak Kedai makanan western yang asalnya kedai burger kecil kecilan je. Alhamdulillah dengan bantuan ayah aku, diorg berjaya buka kedai. Memandangkan kedai diorang takde dinding maka pokok2 pisang lah yang menjadi dinding kedai. Kedai depan rumah je, so, barang2 mentah semua simpan kat freezer kt rumah. Best lah kerja dengan diorang, takde lah aku duk berkurung kat bilik je.

Diorang tutup pukul 12 tengah malam, So, kami semua kemas 1 pagi camtu. Kawan abang aku pun kerja sekali dengan kami. Ok sorry tak seram. Ni baru nak start seram sikit. Lepas kedai dah tutup semua, kami semua pun kemas2 la barang2 semua ni, aku basuh pinggan, cawan kat tepi pokok pisang ni, nak cerita sikit, aku tak suka pokok pisang sebab pernah nampak cik cong kat rumah nenek aku, agak keseraman lah kat situ.

Aku pun basuh laju2, kawan abang Aku ni (abg B) bukan main baik nak tolong aku basuh2, tengah cuci2 semua tu rasa tak sedap hati pulak. Nampak dari ekor mata ada kelibat warna hitam tengah berdiri kat pokok pisang hujung kat tepi jalan serentak dengan tu ada orang bagi salam. Aku jawab dalam hati tapi tak kan orang tu tak tahu kedai dah tutup. Aku tanya la abg B kenapa ada orang datang, kan dah tutup, dia cakap mana ada orang datang, tu tadi ada orang bagi salam kot, Dia pun toleh belakang, dia pandang aku pelik, aku pun toleh lah, opocot mak kau!

Aku pun rebah tak sedarkan diri. Besoknya, aku tersedar kat bilik mak ayah aku, aku tanya la kenapa aku kat bilik mak ayah ni, diorang cakap aku pengsan lepas kena kacau dengan hantu, aku ni dah la lemah semangat kenapa lah aku yang dikacaunya. Lepas ambil result spm, aku masih lagi bekerja dengan abang aku.

Abang B melamar Aku jadi isteri dia, abang2 aku terkejut dan tak boleh terima, mak ayah aku ok saja. Bila aku pujuk2 baru diorang ok. Lepas raya bertunang, hujung tahun nikah. Lepas nikah tu, aku tak tahu lah kenapa tiap kali lepas solat isyak berjemaah je aku nampak suami aku macam muka lembaga berbulu bermata merah, sangat seram. Aku ceritakan apa yang jadi kat kaki aku dan apa yang aku nampak masa aku pengsan dulu. Ya, aku Nampak makhluk yang sama seperti apa yang aku nampak kat suami aku.

Ya Allah, astaghfirullahalazim. Besoknya, suami aku bawa aku berubat dengan pak ngah pak sedara dia yang buat darussyifa. Kami sampai di rumahnya waktu hampir maghrib, sebaik sahaja aku melangkah, jiwa aku tak tenteram, kuku kaki kaki aku semakin hitam, setelah bersalaman dengan mak ngah dan anaknya, aku duduk di Satu penjuru. Kebetulan waktu itu, anak sedara pak ngah datang, dia punya kelebihan, kiranya dia ni ada macam deria keenam la kekadang dia boleh nampak apa yang kita tak boleh nampak. Pak ngah memulakan rawatannya, dia menyuruh aku duduk berlunjur di hadapannya, aku tertunduk, aku macam tak sedar diri tapi badan aku bergerak, air mata aku mengalir dan jari kaki aku terasa panas dan pedih.

Tidak berapa Lama kemudian, aku tersedar seperti terbangun dari mimpi. Kaki aku rasa ringan sebab sebelum ni aku rasa macam ada batu melekat kat situ sampai nak jalan pun susah dan hitam di kuku pun hilang. Pak ngah cakap kalau nak pergi pantai jangan cakap benda tak elok, baca la surah2 ayat2 al quran, sebab tak baca tu lah terlanggar ‘benda’ tu, ‘benda’ tu pun menumpang kat ibu jari kaki, tu bila jalan rasa berat.

Suami aku dah Meremang bulu roma, dia cakap tetiba je aku nangis lepastu bila pak ngah pegang ibu jari kaki, aku jerit2 kesakitan. Anak sedara pak ngah yang ada deria keenam tu pulak cakap masa aku masuk rumah tadi, dia nampak nenek tua masuk sekali dan masa aku duduk kat penjuru, muka aku nampak pucat lesi dan tak nak senyum langsung. Dari situ dia dah tahu aku datang nak berubat.

Alhamdulillah sekarang aku Semakin pulih lepas pak ngah bagi air darussyifa tu buat mandi dan minum, aku dah tak kena kacau dan tak nampak benda2 lagi. Badan pun rasa ringan je. Masa aku kena macam tu, aku dan suami susah nak ada anak, 2 tahun kami tunggu still takde tapi lepas balik dari berubat sebulan lebih camtu aku disahkan hamil. Sekarang, anak aku dah dua dah hihi. Alhamdulillah…sorry tak seram pun cerita ni, harap korang terhibur.

.

#puan_jaja
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 comments

  1. Saya suka pegi pntai tapi xpernah pulak sblm ni baca ayat2 pelindung diri masa kat pntai, alhamdulillah x pernah terkena ape2. Tq for sharing. Sy akn lebih beringat lpas ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.