Terserempak TROLL

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, moga bermanfaat.

Tahun 2010-2016 aku kerja sebagai pengurus pawagam, selepas 5 kali tukar lokasi panggung atas alasan kenaikkan pangkat, aku loncat ke kompeni panggung yang baru untuk jawatan yang lebih baik, dengan gaji yang lebih baik.

Masalah aku adalah, rumah aku kat melaka, sedangkan aku ‘posting’ kerja di seremban. hari berganti minggu, minggu berganti bulan, tak larat aih nak hadap tol dan minyak pergi balik kerja dengan kereta, tak berbaloi kenaikkan gaji tu aku hambur untuk bayar tol dan minyak. Mahal la hawau!

Jadi lepas bincang panjang dengan bini, aku buat keputusan untuk pergi dan balik kerja dengan motorsikal (bini aku tak bagi, sebab bila balik lewat, bahaya bawak motor atas highway). Jarak perjalanan 74km, masa diambil kurang lebih 45min-1jam 15min, untuk pengetahuan korang shift wayang ni ada dua je, kalo sebelah pagi 10pagi-4petang, sebelah malam pulak 4petang-1pagi (last show pukul 11), kalau hari minggu, kena la ot wajib 4petang-4pagi (sebab last show pukul 1, dan staff hanya boleh balik, lepas pelanggan yang last dah balik, rata2 pukul 3-3.15 dah keluar dah)

Suatu hari pada malam sabtu (kiranya ada tayangan lewat malam la hari tu), lepas pelanggan last dah keluar, cash register dah kira, duit semua dah simpan dalam petty safe, aku pun balik.

Turun parking sorang-sorang, takde masalah, sebab dah biasa. Panaskan enjin, habiskan sebatang rokok, aku mula gerak balik bertemankan cahaya bulan penuh yang indah

Kalau tak silap aku petang tadi ada hujan sekejap, dengan jalan masih lembab, tapi cuaca malam tu betul-betul cantik.

Aku naik highway seremban dengan bismillah, dan sepanjang perjalanan setiap hari, tanpa gagal! Aku hanya zikirkan ‘ya latif’ ‘ya latif’, gitulah aku ulang-ulang, sampailah aku selamat sampai ke rumah (maklumlah, sepanjang-panjang highway, lampu sisi jalan, PLUS hanya letak berdekatan dengan exit tol, jadi yang ada hanya kegelapan, aku dan motor aku je, so aku sebenarnya takut jugak).

Tapi harini lain, bila dah lepas simpang tol senawang, jalan yang aku layan untuk jumpa exit seterusnya ke pedas/linggi macam telampau panjang, panjangnya tu macam aku dah memandu dua hala (pergi dan balik) hanya nak sampai kan ke exit pedas/linggi je, layan punya layan, alhamdulillah, aku dah nampak signboard pedas/linggi, lebih kurang 10km lagi.

Time ni lah benda yang paling best berlaku, bukit bukau disebelah kiri jalan (yang paling dekat dengan aku ler), salah satu dari 3 bukit besar tu, nampak bergegar dari jauh.

Masih lagi memandu, dan aku tak boleh fokus sepenuhnya pada bukit tu, tapi aku masih nampak bukit tu bergegar, bila jarak aku dan bukit dah makin dekat, agaknya 100-200m,

tiba-tiba!!!

bagaikan seorang manusia yang sedang mencangkung, satu dari bukit tu berdiri!

Berdiri dengan gagahnya!

Dengan lampu jalan tak ada,

dengan raksasa yang sebesar alam tiba-tiba ada depan mata,

Pegun,

Gelap pekat…..

hanya limpahan cahaya bulan penuh je yang bantu untuk melihat,

Bau yang hamis!

Aku masih ingat lagi, berdecit tayar motor aku cuba brek dalam keadaan cemas! nyaris aku masuk ke kawasan rumput sebelum terjunam dalam longkang. Aku sekarang terpegun atas motor, di tengah-tengah highway, takde sebijik kenderaan pun yang lalu jalan tu, di tengah-tengah pagi buta!

Gila!

Rasa menyesal naik kerja harini, rasa menyesal terima tawaran kerja ni, rasa nak terkencing, rasa macam segala macam bala menimpa, apa aku nak buat ni?

Tak ambil masa lama (aku dah terbayang ‘benda’ tu dengan susuk raksasanya mula melangkah dan start kokak otak aku tengah-tengah jalan ni) aku pilih lane paling kanan, dengan kelajuan maksimum (motor pun sedih, honda 110cc je, berapa laju je boleh pegi kalau pulas habis) hahaha, eh, tak lawak siol!

Aku banting habis motor tak toleh belakang lagi, tapi bila lalu betul-betul sebelah ‘benda’ tu, aku jeling dia, aku nampak dia tak bergerak, cuma nampak macam dia memerhati jelah aku lalu jalan dia, sampai tol ayer keroh. Aku berenti kat stesen minyak pertama lepas tol, aku stop, pegi kencing, bakar rokok sebatang, lenting je rokok, aku bakar lagi sebatang dengan tangan masih mengigil, pastu aku terus balik.

Sampai je rumah aku cuci muka, basuh kaki, selawat, masuk rumah, aku terus mandi, sampaikan bini aku pelik, apa kejadah laki dia mandi pagi-pagi buta. Hahaha
Penyudahnya sampai esok pagi tak boleh tido, demam aku sampai 3 hari.

Aku masih lagi melalui jalan yang sama pada masa tu, dan aku cuba mengelak untuk dapat shift malam pada hujung minggu, tapi kalau terkena jugak, aku tidur rumah staff untuk semalam, esok pagi baru lincah balik rumah, serik siut!

Pengajaran dari sini, sebelum naik kenderaan, baca doa naik kenderaan, dan semasa dalam ‘kenderaan yang bergerak’ elakkan dari menyanyi ikut radio, banyakkan zikir. Moga kita dijauhkan dari musibah dan kecelakaan jalan raya. Sekian cerita aku yang tak berapa seram.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

6 thoughts on “Terserempak TROLL”

  1. troll nie kawan aku besa jumpa.. mukin troll atau mukin bota.. dalam hutan sawit casting ruan dlubuk x dsentuh orang.. baling sangkut baling sangkut penuh punjut pukat ngan ruan.. member aku tetiba bau cam rokok.. merata dia pusing akhirnya jumpa bau rokok.. kawan aku bertentang mata ngan troll/bota yang dok cangkung tengok depa casting “kolam” dia.. rokok troll/bota isap tu besar paha dia.. bayangkan!!! dok hembuih berkepul kepul besar kambing.. oleh kerana kawan aku nie hati kering ngan suci dia x cepat panik.. dia cuit kawan dia suruh blahhh dari situ.. kawan dia kata.. oiii nie lubuk baik.. nanti kita balik.. kemudian dia cuit bahu tunjuk.. tu ang nampak? troll/bota tu dok cangkung tengok depa.. kawan dia lari tinggalkan semua barang sehelai sepinggang.. lalu dia pun ikut sama tinggalkan semua barang sehelai sepinggang keluar dari hutan sawit tu..

    Reply
  2. Troll ni makhluk dongeng dalam filem Hobbits — kan!

    Kalau wujud pun mungkin jin spesies troll ini dah lama hidup di zaman sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke dunia, nyawa spesies troll ini panjang hingga hidup hingga ke zaman telefon pintar.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.