Tiga Kejadian Pada Satu Malam

Hai readers semua. Aku nak story sikit kisah aku masa belajar kat IPTA tahun lepas. Benda ni bila fikir balik memang tak berapa seram tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, memang terasa agk seram juga la. Cerita ni berlaku masa tahun lepas. Masa tu aku baru lepas train bebudak untuk buat lakonan. Lepas habis train je aku terus balik kolej kediaman yang terletak di luar universiti. Dalam pukul 12 tengah malam macam tu la aku sampai bilik.

Then aku dapat whatsapp daripada kawan aku yang minta aku temankan dia tidur kat bilik sebab roommate dia dah balik kampung. Bilik dia tucuma untuk 2 orang je. So, lepas aku solat isyak aku terus ke bilik dia di aras 2. So aku beritahu roommate aku yang aku akan tidur bilik kawan aku yang agak penakut tidur sengsorang tu. Malam tu, tinggal roomate aku sengsorang jela kat bilik. Bilik aku pun cuma muat untuk dua orang juga.

Aku ni kalau berubah tempat tidur, memang agak susah sikit nak terlelap. Yelaa, sedap kat katil sendiri juga kan. So puas la aku tergolek terguling nak lelapkan mata ni. Finally aku tertidur juga. Masa aku tengah tidur tu, aku terasa kena tindih. Serius berat giler! Aku nak gerak langsung tak boleh. Kedudukan aku tidur masa tu separuh meniarap dan menghadap kawan aku ni. Katil kami bertentangan. Masa aku tengah kena tindih tu, aku cuba nak panggil nama dia, tapi suara memang tak keluar. Aku bismilah dalam hati pun dah tak betul. Berterabur semacam je.

Benda tu bukan tindih aku je, dia main usap2 bahu kanan aku ni. So memang nampak la selimut aku ni bergerak turun naik dek kena usap tu. Serius seram aku time tu. Walau camne pun aku gigih juga nak bangun. Punya la berusaha tolak badan aku supaya dapat gerak and then aku berjaya terlepas daripada tindihan benda yang seberat gajah. Masa tu mata aku memang dah terbuntang luas pandang syiling. Tapi otak aku blur2 la sebab fikir benda apa yang tindih aku. Bilik tu memang gelap cuma nampak cahaya samar2 je.

Dalam pukul 6 pagi macam tu aku gerak balik bilik. Elok je buka pintu muka roommate aku dah pelik. Masa tu dia pun baru bangun tidur. Dia tanya aku, bukan aku dah balik ke tadi. Aku gelengkan je lah dan masih layan mengantuk aku. Then aku sambung tidur balik. Bila aku dah bangun aku cerita la dengan roommate aku pasal kejadian yang berlaku malam tadi. Dia ada cakap dengan aku, masa dia tengah tidur dia rasa aku balik sebab dengar pintu terbuka. Tapi dia tak tengok aku dan kebetulan pula dia tidur membelakangkan katil aku. Dia fikir aku dah balik tapi dia cakap masa tu memang awal lagi tapi tak sure pukul berapa.

Dia cerita juga, semalam masa dia on call dengan bf dia, bf dia nampak something. Kalau korang nak tahu, bf dia tu 1 kolej kediaman dengan kitorang. Blok pun berdepan je. So, disebabkan roommate aku bosan dorang pun bergayut la minta bf dia temankan. Kan aku tidur bilik kawan aku. Lepas nampak benda tu, terus bf dia letak call.

Takut la katakan. Korang bayangkan 3 kejadian berlaku pada 1 malam. Lepas kes aku kena tindih tu terus aku jadi lemah semangat seolah-olah benda tu curi semangat aku sampaikan aku kena buat air tawar untuk pulihkan semangat yang kusss tu. Dsebabkan kejadian tu juga aku dah tak berani nak tidur lentang or meniarap atau apa2 jenis style yang berkemungkinan besar benda tu boleh tindih aku time tidur. Aku cuma akan tidur mengiring je. Aku akan tidur lentang or meniarap bila kat rumah sendiri. Fobia wehh. Okey, tu je story aku kali ni. Sekian.

miera

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

4 thoughts on “Tiga Kejadian Pada Satu Malam”

  1. Sebab tu tidur ikut sunnah Nabi je lah. Mengiring kanan. Terlentang ke kuak lentang apa2 ke tak elok org tgk jugak. And kalau nak tidur terlentang ke sbb rasa selesa tu letaklah bantal atas dada/perut.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.