Tiga Serangkai

Sebelum ini, aku pernah sebutkan nama guru kami dalam perubatan, iaitu Haji Adi. Nama itu hanyalah nama samaran demi menjaga identiti beliau. Pernah juga aku tuliskan aksi beliau dalam karya-karya aku yang sebelum ini. Namun, untuk kali pertamanya baru-baru ini aku melihat beliau bersama dua orang sahabatnya merawat. Sangat membuka minda aku.

Oktober 2019

Ketika itu hari Sabtu, dan aku hanya di rumah bersama keluarga. Tengah hari itu, isteri keluar sebentar untuk mesyuarat bersama rakan sepejabat dan yang akulah yang menjaga Maryam, anak kami.

Ketika itulah, aku mendapat panggilan dari kawan sepermainan sejak kecil, Izah.

“Assalamualaikum Syafiq, kitak ngubat urang ka?”
(Assalamualaikum Syafiq, awak merawat orang ke?)

“Waalaikumssalam, bolehla cuba-cuba..ada apa oh?”

“Camtok..ada ustazah..lamak dah sakit..bini Ustaz Adha..boleh kitak rawatnya malamtok? Kedongnya ada di sitok..isoknya balit dah.”
(Camni..ade ustazah..lame dah sakit.. isteri Ustaz Adha..bokeh awak rawat ustazah malamni? Kebetulan ustazah masih di sini..esoknya dia balik.)

“Hah? Ustaz Adha? Yang bukak kitab aqidah ya ka?”

“Yes! Ustaz Adha laaa. Boleh tulong ubat ustazah? Mintak Haji Adi sekali tulong, boleh?”

Aku tergamam sebentar. Dan akhirnya aku setuju untuk menghubungi guruku. Kalau Izah minta aku seorang yang rawat ustazah isteri Ustaz Adha, nescaya aku tolak. Tolak bukan sebab apa, sebab aku malu dengan Ustaz Adha. Wallahi! Izah pula aktif dalam satu persatuan Islamik yang meraikan majlis-majlis ilmu yang ada di Sarawak. Atas sebab itu, Izah ditugaskan dari rakan-rakan persatuan yang sekaligus menjadi pengiring ustaz Adha dan ustazah untuk menghubungi aku.

Ustaz Adha(bukan nama sebenar) adalah seorang ulamak yang besar dan sangat dikenali untuk para penuntut ilmu. Beliau sering ke Sarawak untuk menyebarkan dakwah. Beliau murid seorang habib berjanggut kemerahan yang masyhur di Yaman. Sapa yang tahu pasti sudah boleh mengagak siapa gerangan habib tersebut.

Jujur aku katakan aku terkejut. Mana tidaknya, seorang yang alim berhajat kepada kami. Lantas aku hubungi Haji Adi.

“Assalamualaikum Haji, maap ngaco kitak..kitak lapang ka kinek?”
(Assalamualaikum Haji, maaf ganggu Haji, Haji lapang ke sekarang?)

“Waalaikumssalam, kamek embak guru kamek, Ustaz Mad nyambut ulamak datang..pa kenak tek?”
(Waalaikumssalam, saya sekarang sedang bawa guru saya, Ustaz Mad pergi sambut ulamak yang datang ke sini..ade kenape ye?)

Aku khabarkan hajat dari Izah untuk merawat ustazah. Dan aku katakan mereka berhajat dengan Haji Adi sendiri.

Menurut Haji Adi, sebelum ini, Usman anaknya pernah merawat ustazah tersebut namun kurang kerjasama dari pihak ustazah dan itu menyukarkan sesi rawatan tempoh lalu. Malah, Haji Adi pernah meminta dari pihak ustazah untuk memberikan beliau gambar ustazah tanpa purdah. Namun, sehingga sekarang tiada respon yang diberikan.

Akhirnya, selepas beberapa minit, Haji Adi dan rakannya bersetuju untuk gambar ustazah berpurdah. Memang begitulah kaedah beliau untuk mencari punca. Kaedah ini digelar ‘meneropong’.

Akhirnya punca dijumpai, dan aku sebagai orang tengah menghubungi Izah. Persetujuan dicapai. Pukul 10.30 malam masa temu janji.

Aku whatsapp Haji Adi, ‘Pak Haji..Pak Haji dengan sapa rawat ustazah kelak?’

‘Tiga orang.. kitak boleh datang malam tok..tengok cara.’
(Tiga orang..awak boleh datang malamni..tengok cara rawatan.)

Aku teruja. Adikku Faruk langsung aku ajak, namun dia sibuk dan tidak dapat hadir.

10.20 pm.

Aku sampai awal untuk bersedia. Kelihatan banyak kereta diluar rumah Haji Adi. Pintu terbuka luas dan aku langsung masuk dan memberi salam.

Ruang tamu dipenuhi tetamu. Kebanyakannya adalah pengiring ustazah dan suaminya ustaz Adha.
Aku bersalam dengan para muslimin dan akhirnya aku salam dan mencium tangan Ustaz Adha. Beliau membalas dengan mencium tangan aku kembali. Malunya aku! Ulama besar dengan tawaduknya mencium tangan pendosa macam aku.

Aku yang baru datang bersalaman dengan Pak Alang dan mengambil tempat disebelahnya. Kami berdua duduk di lantai. Ustaz Adha di kanan aku, duduk di atas sofa.

Ustaz Harry menarik bisa yang ada pada pesakit lelaki, manakala Haji Adi memejam matanya sambil memegang botol air. Mulut beliau terkumat-kamit.

“Selesai. Jangan riso. Jarum-jarum dikaki udah di tarit.”
(Selesai. Jangan risau..jarum-jarum dikaki sudah pun ditarik keluar.) Terang Haji Adi kepada pesakit sambil menutup botol air yang baru saja di baca.

Lelaki tersebut mengangguk dan dipapah saudaranya. Tongkat diambil sebagai kaki tambahannya. Kakinya tidak boleh menyentuh lantai. Mereka bersalaman dengan kami dan langsung balik.

Yang tinggal hanyalah rombongan Ustaz Adha. Ustaz Harry mempersilakan ustazah untuk duduk di foam mat. Ustaz Adha memapah ustazah dan ustazah langsung duduk di atas foam mat. Ustaz Adha kembali duduk di sofa sebelah aku.

Ustaz Harry menanya.

“Sedia? On semua?”

Haji Adi dan Pak Alang memejam mata. Serentak mengangguk lalu Ustaz Harry memejamkan matanya.

“Zikir ustazah..ya Latif di dalam hati.” Pesan ustaz Harry.

Ustazah duduk dengan cubaan meluruskan kaki beliau. Perlahan-lahan di atur kaki. Kesakitan jelas terlihat dari reaksinya.

Ustaz Harry melilau kiri dan kanan untuk seketika lalu berhenti.

“Ustazah, ustazah orang mane ye? Asal dari area pantai?” Tanya Ustaz Harry.

“Tak. Takde pun rumah ade pantai. Kenape ye?”

“Betul? Saya ‘nampak’ pantai ni.”

Ustazah pasti dengan keadaan rumahnya. Tiada pantai berdekatan dengan rumahnya.

Pak Alang yang berada beberapa langkah di belakang ustazah, meraba-raba dalam keadaan mata masih terpejam erat.

“Ada kayu melintang di pantai.”

Haji Adi mengangguk sambil membaca sesuatu. Pak Alang yang bersongkok masih menggerakkan tangan kanannya.

“Alang..pergi ke pantai tu. Alih kayu yang melintang.” Tegas Ustaz Harry yang mengetuai sesi kali ini.

Pak Alang menggerakkan tangan seolah meraba sesuatu. Cincin jed hijaunya menarik perhatian aku. Cantik. Pak Alang sedang berada di pantai. Kakinya berada di dalam laut. Melihat sekeliling.

‘Ah, batang kayu.’ Bisik hatinya.

Lantas kayu besar di alih. Lautan kini bersih tanpa kayu yang memburukkan pemandangan.

“Ada ular membelit badan ustazah.” Kata ustaz Harry. Haji Adi membentengi ustazah dan menarik sesuatu perlahan dengan kalimah Allah dibibirnya. Agaknya ular yang ditarik.

Mereka bertiga seolah tiga titik segitiga yang mengelilingi ustazah. Mata mereka terpejam namun pandangan mereka sama. Melihat benda yang sama ! Boleh aku katakan ‘Tiga Serangkai’.

Haji Adi menarik sesuatu dari badan ustazah.

“Allahhhh..” Perlahan dilafazkan oleh Haji Adi.

Beberapa kali Haji Adi melafazkan kalimah Allah sambil tangan kirinya menarik sesuatu dari jauh. Melihat keadaan tangan beliau, seolah menarik bisa dari bahagian tangan kanan ustazah.

“Alang! Jumpa rumah?” Tanya Ustaz Harry.

“Jumpa!” Kata Pak Alang yang agak sengau suaranya. Sukar difahami butir percakapannya untuk orang yang baru mengenali beliau.

Pak Alang dan Ustaz Harry kini di rumah ustaz. Mereka berdua berada betul-betul di hadapan pintu rumah.

“Pecah pintu ya Alang!” Tegas Ustaz Harry.

BAMMM!

Ustaz Harry dan Pak Alang melihat seseorang duduk di dalam rumah ustaz.

“Huh! Bomoh Siam!” Kata Ustaz Harry.

Aku hanya melihat dan memerhati keadaan mereka yang duduk di hadapan aku. Tetamu lain juga khusyuk melihat persembahan Haji Adi dan kumpulannya.

“Alang..urus bomoh ya!” Arah Ustaz Harry.

Pak Alang seolah-olah meraba-raba dan menunjuk sesuatu.

“Dah!” Balas Pak Alang.

Bomoh sudah diuruskan Pak Alang. Ustaz Harry memeriksa rumah.

Aku melihat Haji Adi tiba-tiba menarik sesuatu dengan kalimah Allah di bibirnya dengan tangan kiri dan menyumbat ke dalam genggaman tangan kanannya. Perlahan-lahan disumbat dan menghembus kuat nafas melalui hidung.

Agaknya ilmu,sihir dan racun yang ada disumbatkan kemas ke dalam genggaman. Tangan kanan Haji Adi perlahan menghentak lantai. Tanda sudah ditanam segala yang batil.

Haji Adi umpama CCTV memantau mereka berdua. Kepalanya ke kiri dan kanan. Ustazah hanya mendiamkan diri dari tadi

“Ustazah, betul bukan diam area pantai ye?” Tanya Ustaz Harry sekali lagi.

“Tak. Hm..nape ye?” Tanya ustazah.

“Macam unsur saka jugak ustazah ni. Orang mane ustazah?” Balas Ustaz Harry.

“Orang Johor. Tapi asal datuk nenek memang area pantai.”

Aku sudah mulai faham. Kayu yang di maksudkan mungkin simbolik kepada saka dan lautan itu adalah kehidupan ustazah. Wallahualam. Hanya andaian si lemah semata-mata.

“Aduh..” Jerit Ustaz Harry.

Aku langsung fokus kepadanya.

“Terpijak bisa!” Jeritnya.

Pak Alang masih setia di sisi Ustaz Harry. Tergelak juga mereka berdua atas perbuatan Ustaz Harry. Masih berdiri di pintu agaknya.

Rumah diletakkan bisa oleh bomoh Siam. Agaknya dia juga berhati-hati sebelum meneruskan rancangannya. Berkemungkinan di pintu tersebut.

“Pintu Lang..benteng pintu!”

Pak Alang meraba lagi. Sambil menghembus perlahan. Aku percaya zikir mereka berterusan.

“Dah!”

Pintu yang pecah ‘dilahirkan’ semula. Kali ini dengan cahaya kuning yang meliputi pintu.

“Bersih Alang?” Tanya Ustaz Harry. Matanya dibukakan.

Pak Alang masih dalam keadaan mata yang terpejam memantau sekeliling. Kami setia menunggu.

Anggukan dari Pak Alang menjawab soalan dari Ustaz Harry. Pak Alang kini juga sudah tidak lagi memejamkan matanya. Haji Adi masih memproses ustazah untuk beberapa minit. Haji Adi membuka mata dan senyum puas.

“Ustazah..nampaknya ustazah ada unsur saka dan sihir.”

“Ye?” Ustazah menanya untuk kepastian.

Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.

Ustaz Adha mencelah.

“Sebenarnye..saya dah perasan..isteri saya pun perasan..ade seorang perempuan ni suke sangat kat saya..”

Kami menunggu penjelasan lebih lanjut.

“Dia murid saya..tapi takla sampai menuduh.”

Ustazah juga mengangguk. Namun, boleh dilihat senyuman ustazah yang redha walaupun dengan purdah dimuka.

Ustaz Adha menyambung lagi, ” Dia anggap isteri saya sebagai penghalang.”

Kami mulai faham ceritanya.

Haji Adi yang lama tadi hanya mendiamkan diri mulai bersuara.

“Yang sebenarnya, sihir tu untuk ustaz..tapi ustaz kuat..maka yang terkena..orang yang bersama ustaz.” Ujar Haji Adi sambil menunjuk ustazah.
Ustaz Harry mengangguk.

Seorang pakcik tua menyambung, “Ustaz kuat..mane taknya..ngajar kitab aqidah dan kitab-kitab lain perlu kuat.”

Kami tergelak. Ustaz Adha juga terhibur. Benar. Ustaz kuat jasmani dan rohani. Amalannya aku pasti sungguh tinggi.

“Saya tak boleh takde dia..dia umpama kaki kiri saya.” Kata Ustaz Adha merujuk kepada isteri beliau.

Sayu seketika. Ustazah mulai bangun. Meraung-raung kecil ustazah. Ustaz Adha cuba memapah namun dilarang ustazah. Hatta, pengiring perempuan juga cuba membantu namun ditegah. Ustazah cekal untuk bangun dengan kudrat dirinya sendiri.

Sempat Haji Adi memperkenalkan aku kepada semua yang hadir.

“Ni Syafiq.. assistant saya. Selalu bantu saya.”

Aku tunduk malu. Ustaz Adha mengatakan beliau pernah jumpa aku. Aku hanya mengiakan. Pernah juga hadir majlis beliau, namun aku hanya duduk dibelakang. Rupanya pengiring ustazah adalah cikgu di sekolah menengah aku dan beliau kenal aku. Bertambah malu aku.

Akhirnya, Ustaz Adha dan ustazah diajarkan cara mandi air dan limau untuk membuang saki-baki racun yang menyakiti ustazah. Kagum dengan perjuangan Ustaz Adha suami isteri. Tak pernah kenal erti penat lelah untuk agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Moga kita juga begitu, sentiasa syukur, tabah dan jangan pernah berhenti membantu agama kita.

Salam dan Selawat.

Boleh baca karya aku yang sebelum ini:
Kak In
Kak In 2
Kerajaan Hijau Sungai Sibu
Sofea-Permulaan kepada Permulaan
Bilik 3224 UiTM Samarahan
Suami Dirampas, Isteri Kerasukan
Pocong Villa Aidid, Kuching
Bakso dan Ikan Laga

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4]

20 thoughts on “Tiga Serangkai”

  1. Sy nk jugak berubat dengan abg syafiq sbb sy nk kata ganggu pun entah lah tapi dripda kecik lagi ada benda yg suka tido dgn sy lepastu sy kdg-ii suka gelak sendiri… Sy sedar tapi tak boleh nk kawalπŸ™‚

    Reply
  2. Hebatnya ilmu Allah..tarikat kan? Betulkan kalau saya salah. Moga diberikan rezeki hati yg ikhlas utk mendalami ilmu2 mcm ni. Bila tgk org keliling, jadi tak berani takut hati jadi riak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.