Pocong Villa Aidid,Kuching

Salam. Terima kasih atas karya-karya yang telah disiarkan oleh pihak anda. Haha. Baik, kali ini aku nak share pengalaman aku bermain di Villa Aidid. Jika di Johor famous dengan Villa Nabila, maka di Kuching Sarawak, nama Villa Aidid sering bermain di bibir peminat tempat seram. Boleh check di Youtube, taip je Villa Aidid. Ade yang kata rumah ni rumah orang kaya yang anak perempuannya m**i b***h diri. Jadi sejujurnya aku tak pasti siapa pemilik dan kenapa villa ini terbiar begitu saja.

Aku pernah pergi ke Villa tu waktu siang juga malam. Memang sesuai untuk sesiapa yang ingin melatih keberanian dan melatih deria ‘rasa’. Terutama bagi aku yang sejak sekolah menengah memang minat explore rumah-rumah kosong. Hehe. Aku nak cita pengalaman pergi di waktu malam sebab siang aku tak oleh apa pun kecuali pening. Mana yang merasa akan faham rasa pening pergi ke tempat camtu.

Orait. Berlaku pada 2009 camtu, aku dah lupa timeline sebenarnya Zaman tu aku masih belajar lagi, kurus jangan cita ah. Haha. Kami 5 orang masa tu, Faruk adikku, Ziq sepupuku, Pikot dan Ein. Pikot ni sahabat kejiranan Ziq, sejak kecil lagi kami bergaul. Ein pulak rakan si Pikot. Kami malam tu lepak di gerai tepi jalan, sembang-sembang pekena air teh dan mee kolok. Habis je lepak, aku drive Wira antik bapakku pusing-pusing bandar.

“Boring oh..ada plan?” Tanyaku. Kereta dipandu cermat.

Ketika itu kebetulan masih bosan dan belum lewat lagi bagi kitaorang. Maka aku sarankan kami pergi ke Villa Aidid. Yang lain tanpa banyak songeh terus je setuju. Kami pecut ke Villa tersebut.

Kami sampai di villa tersebut. Aku cuba gambarkan macam mana rupa villa tersebut ye. Villa tersebut di atas bukit ye. Kawasan villa agak luas dan ditutupi dinding simen yang sudah dilitupi daun,akar dan pokok. Tiada pagar besi di entrance, hanya dinding simen yang terbuka luas bagi sesiapa yang berhajat untuk masuk.

Aku menekan minyak perlahan. Kereta sudah pun masuk entrance dan terpaksa mengharungi bukit yang agak curam. Pokok-pokok besar memayungi kiri dan kanan jalan masuk villa. Seram mulai terasa.
Kereta sudah sampai di perkarangan tanah rata depan villa tersebut.

Kami hanya duduk di dalam kereta dan melilau sekeliling. Yela, manalah tau ade terlihat entiti seram kan. Hehe. Tapi, aku khuatir untuk mara ke depan sebab kawasan sekeliling penuh batu,simen dan sampah yang memenuhi perkarangan villa. Jadi nak pusing balik tu aku risau kereta stuck oleh pecahan simen.

Kami putuskan untuk tidak masuk ke villa disebabkan alasan diatas. Maka, aku dengan bijaknya reverse bukit. Tak nak ambik risiko maju sikit ke depan dan u-turn, aku reverse. Di saat aku reverse, aku pesan mereka yang lain di belakang agar tolong tengok belakang.
Gelap sangat untuk pakai cermin depan. Susah.

Mereka yang lain agak lambat nak toleh belakang dan bantu aku.

“Oi, tolongla nangga belakang”
(Oi, tolongla tengok belakang) Pintaku.

Mereka masing-masing toleh sesama sendiri. Menunggu salah sorang untuk toleh dan bantu aku menjadi mata aku. Akhirnya, mereka tengok jugak belakang dengan keadaan takut. Aku perlahan reverse turun bukit. Daun-daun pokok agak menyusahkan kami untuk undur. Aku risau di saat undur kereta tu, kereta terkeluar dari landasan dan termasuk tayar kereta ke dalam parit kecik.

Mujur selamat dan kereta berjaya undur sehingga aku sudah pun nampak pintu dinding masuk yang tak di cat. Namun, disebabkan terlalu excited, mereka yang di belakang menjerit.

“Stop! ”

Rupanya belakang Wira hampir nak langgar dinding simen depan tersebut. Aku ingat lagi, agak-agak dalam 2 ke 3cm lagi bontot kereta bertemu dengan dinding pagar simen. Maka, aku tarik handbrake dan tekan minyak sekuat hati berniat agar boleh mara
ke depan untuk mengatur posisi Wira supaya kami undur keluar dengan berjayanya.

Vroooomm!!

Minyak di tekan sekuatnya. Kereta sudah mulai ke depan. Lantas, handbrake aku tarik dengan harapan kereta akan naik ke hadapan.

Pam!!

Aku gagal. Kereta tetap terundur dan lampu kiri belakang pecah kerana bontot kereta akhirnya ‘bercium’ dengan dinding simen tersebut.

Panik. Kami semua keluar dari kereta! Melihat keadaan lampu belakang yang dah pun pecah. Ketika itu, aku dah tak takut apa segala hantu pun. Wajah ayah yang bakal marah lebih menyeramkan. Hahaha. Aku mengarahkan semua mereka keluar. Aku pecut minyak dan gagal naik. Kereta berat!

Pelik. Tak logik untuk aku sorang yang ketika itu slim lagi gagal membuat kereta marake hadapan. Ketika itu, memang hujan renyai dan mungkin jalan licin. Tapi, masih tak masuk akal bagi Wira tersebut gagal mara dengan hanya aku seorang di dalamnya. Hairan dan buntu. Aku mengarahkan semua mereka tolak kereta. Namun tetap juga takboleh. Kami semua kehairanan.

Kami cuba dengan plan yang lain. Ke empat-empat pintu kereta dibuka dan setiap mereka menolak dari tepi. Aku tekan minyak dan dengan bantuan mereka, kereta berjaya ke hadapan! Fuh. Aku keluar dari kereta dan mintak salah sorang tolong undurkan kereta keluar sebab aku trauma dengan kegagalan aku untuk undur keluar. Mereka melihat sesama sendiri. Akhirnya Ein menawar dirinya untuk mencuba.

Kereta yang terletak 3 meter dari posisi kami masih hidup enjinnya. Ein berlari masuk ke dalam Wira. Ein menekan minyak dan kereta dengan mudahnya mara ke depan. Kami dari jauh melihat posisi kereta berjaya diperbetulkan ke arah kiri sedikit. Jarak kami dan Ein agak-agak 20 meter. Jauh jugak tu. Nampak dengan jelas bukit tu curam.

Malangnya, enjin kereta asyik m**i. Seolah-olah Ein tak mahir memandu kereta manual. Aku faham tak semua orang pandai guna kereta manual di bukit. Dengan clutch minyak yang mungkin berbeza bagi Ein, sukar baginya agaknya.

“Ein! Pahal oi?”

“Japp! Kaki aku penat!” Balasnya dengan jelas.

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya kereta berjaya mara ke hadapan dan undur dengan selamat. Kami lantas masuk dan pecut menjauhi villa.

“Pahal kaki kau pande penat indah tadik Ein?”
(Awat kaki kau penat tadi Ein?) Tanya kami.

Ein diam. Sudah 5 minit Ein mendiam diri. Setelah agak jauh dari villa tersebut, barulah Ein membuka mulutnya.

“Sebenarnya, time di bukit tadik, ada pocong depan kereta!”

Kami terdiam.

“Sebab ya la kereta mala m**i..lemah kaki aku nangga pocong depan mata”
(Sebab tu kereta asyik m**i..lemah kaki aku tengok pocong depan mata)

Kami semua diam. Seram pulak pocong tunjukkan diri depan kami. Tapi hanya Ein yang dapat melihat ketika itu. Dan aku rasa, kalau ada pun pocong time tu, aku lebih risau ayah aku marah. Hahaha. Setakat ni saja cerita pendek aku mengenai Villa Aidid. Tq! Salam dan selawat!

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

10 thoughts on “Pocong Villa Aidid,Kuching”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    5/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.