Pocong Dalam Rumah

Assalamualaikum warga FS. Sebelum ni ada post kat sini cite pasal rumah company berhantu. Skang ni aku nak sambung la pengalaman seram yang aku alami kat rumah sewa company tu. Tapi bagi aku tak berapa seram sangat la bandingkan dengan cite yang aku pernah post sebelum ni.

Cita ni berkenaan dengan jelmaan pocong dalam rumah yang aku duduk. Rumah sewa tu mcm aku cerita before ni, aku dok sorang pasal staff lain ada rumah family berhampiran. & bila aku mintak tolong depa teman aku bermalam masing2 start kalut.

Sebelum ni, mcm yang aku pernah cerita pasal rumah sewa puaka tu. Mmg makhluk ni kerap dtg kacau tak kira masa. Maybe dia takda jam kot. Siang2 pon pongpang2 dok bertukang. Gila ke apa aku malas nak amik tau. Sebelum ni, tiap kali malam mesti ada bunyi org bertukang la, asah pisau la, org ketawa la. Skang ni lepas je peristiwa dia munculkan diri tu, aku dah belajar sikit2 la dari youtube mcm mn nak “bersihkan rumah”.

Untung budak zaman skang. Hahaha.. Tapi aku tak berani nak pagar rumah tu sebab kata member aku, makhluk yang diami rumah company aku sewa tu tak ganggu aku sorang, jiran2 keliling pon kadang2 dikacau nye jugak. Tapi sebabkan dah biasa, jiran2 tak la kecoh sgt. Cuma aku je yang pendatang baru. Takut salah pagar benda tu terkurung dalam rumah tu ngan aku. Naya. Nak menjerit kluar rumah malu anak dara dok perati & aim aku penakut. Hahaha. Jadi lepas “bersihkan” rumah tu, benda2 ni berkurang la. Tambah plak dah nak masuk bulan puasa.

Tapi sebelum masuk bulan puasa makhluk ni buat hal muncul balik nak takutkan aku. Tapi kali ni aku dah ready. Bukan macam dulu. Cite dia mcm ni. Ada satu masa ni, aku baru balik berjimba dgn member sampai lewat malam.

Tapi aku tak mcm sebelum ni, solat semua aku pastikan aku solat di rumah. Dinding rumah penuh aku tampal dgn ayat kursi, 3 qul, Al-Fatihah & aku praktikkan baca yasin setiap malam jumaat & waktu kena kacau. Solat taubat & solat hajat. Kiranya gigih la berubah. Tapi malam tu aku baru lepas kerja penat, jadi decide nak berjimba la ngan member. Solat semua solat kat luar rumah. Balik jam 2-3 pagi ketawa tak ingat dunia.

Balik2 baru menyesal apasal buat hal balik lewat mlm. Dah la depan rumah tu hutan belantara. Cari nahas betul la. Masa tu plak rumah mmg gelap gelita, lampu luar dgn tak pasang. Aku dgr bunyi org ketawa terkekeh2 kat dalam semak. Ah sudah! Aku baca skit2 ayat kursi sambil pelan2 bukak gate rumah. Adoi! Kunci pagar plak hilang wei! Biasanya kunci pagar aku sekalikan. Ngan kunci rumah. Masa ni la ko nak cicir.

Keta company ni besar. Kalau parking depan pagar mmg maki hamun la org kg sebab jalan kat taman ni kecik je. Oneway plak tu. So aku decide utk parking dalam ke hutan skit. Lock stering semua. Takut plak aku keta kena curi ke apa.

So, sebabkan pagar rumah berkunci, terpaksa la aku jadi tarzan panjat pokok lompat pagar rumah tu. Masa tu aku perasan ada benda atas pokok tu dok gayut sama ngan aku. Dia sempat plak goyang2 kan dahan seakan2 ada beruk besar kat atas tu. Sudah! Aku tak pikir terus lompat sampai terkehel kaki aku. Dalam terhencot2 tu gigihkan diri bukak pintu rumah. Nasib kunci pintu rumah tak hilang sekali.

Dah masuk rumah aku pasang semua lampu dr pagar ke dalam rumah. Skang lampu dlm aku dah repair skit, dah tak malap mcm dulu. Kiranya terang benderang sampai sakit mata. Hahaha.. Dah dalam rumah, aku baru terpikir. Mcm mn kunci pagar leh hilang. Padahal semua kunci aku sangkutkan sekali kat kunci kereta.

Apa lagi, aku pun cuci kaki & bentang tilam depan tv sambil lampu terpasang. Tak berani nak tido kat dalam bilik. Aku baca apa yang patut sebelum tido. Sempat la terlelap dalam 30 minit lepas tu “BANG!” Bunyi benda jatuh kat luar diikuti dgn bunyi alarm kereta aku. Berlari aku keluar tgk apa jadi kat kereta tu.

Takut wei, buatnya pencuri ke, org langgar je. Aku kluar tiba2 tgk pagar rumah yg terkunci td terbukak. Wei, pehal plak ni. Main2 plak ko ye. Aku check keta takda apa. Sempat la tawaf beberapa kali kot2 ada apa2. Sepanjang tu aku tak pikir dah hantu ke apa ke aku pikir keta je. Walaupun dalam otak pikir apa benda kat dlm semak tu aku buat bodo je. Nasib baik keta takda apa2.
Aku pun masuk balik dalam rumah. Baru aku perasan. Masa aku kluar tadi pintu rumah aku tak tutup. Kalau korang nak tau, pintu masuk aku tampal ayat kursi. Sepanjang aku dok kalut pasai keta pintu rumah aku biar terbuka.

Pastu aku kunci balik pintu rumah. Baca ayat kursi pastu istifar byk2. Keadaan dah kembali tenang. Aku pun basuh kaki kat bilik air & padamkan lampu dapur & ruang tamu & biarkan lampu luar terangkan sedikit dalam rumah. Masa ni la benda tu kluar. Masa aku sedap duk kibas2 selimut.

Tu ha pocong dok intai2 mcm nak ajak main nyorok2 kat pintu nak ke dapur. Mula2 aku tak perasan sgt, aku ingat langsir terbang ke apa ke. Pastu jadi lagi kini mmg nampak mcm kepala org dok kena balut dok intai2. Bila aku paling benda ni hilang balik. Tapi last time dia intai mmg aku nampak jelas susuk yang mcm kepala berbalut mcm pocong! Allahhuakbar! Aku terjerit. Terus ghaib benda tu. Ya Allah. Aku istifar byk2. Ayat2 kat dinding tu semua aku baca sekali dgn maksud dia. Kat dinding aku ada tampal ayat 3 qul, al-fatihah & ayat kursi beserta maksudnya. Aku tenangkan diri, sampai jam 4 mcm tu. Aku dah penat cuba nak tidur.

Dalam mimpi plak dia kacau. Malam tu aku tidur sambil bantal tutup kat kepala. Masa ni maybe ni sekadar perasaan aku atau betul2 jadi aku tak ingat sgt. Aku mmg biasa tidur pakai bantal peluk. Malam tu aku perasan yang aku tgh peluk bantal, tapi bantal tu keras & panjang sampai ke kaki aku. Aku buat bodoh je aku terus terlelap sampai pagi. Maybe korang tak caya tapi serious masa ni aku dah penat sgt, “bantal” yang aku peluk tu rasa mcm best sgt. Hahahaha… Best sgt sampai lena tidoq sampai pagi esok sampai subuh pon terlepas.

Tu je la kisah yang aku nak share buat kali ke dua. Kalau rajin aku share la lagi kisah2 seram yang aku pernah alami. Sekian tima kasih daun keladi, esok2 jumpa lagi. ?

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 4.9]
Amar

4 thoughts on “Pocong Dalam Rumah”

  1. seram la juga dgn yang cerita pertama pasal rumah tu.. huhu…
    tak berani juga kalau jadi dekat saya,fikirkan dah duduk jauh dgn orang baru kat tempat tu,nak tak nak kenalah jadi berani kan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.