Kejadian Makmal Komputer, SBP di Taiping

Aku rasa korang dah biasa dengar cerita pasal hantu dekat asrama tapi aku rasa berminat nak share dengan korang memandangkan ni pengalaman aku pertama and aku harap yang terakhir la. Cerita ini berlaku kat sekolah asrama penuh di Taping, Perak . Aku kebetulan waktu tu pegang jawatan dalam biro multimedia so biasa la semua video untuk acara rasmi aku and kawan aku (Kay) yang kena buat. Disebabkan jawatan ni, kitorang diberi kepercayaan untuk memegang kunci bilik komputer. Biasa la bila dah diberikan kebebasan kat asrama akan digunakan sebaik baiknya hehehe. Dah menjadi rutin harian aku dan Kay selepas solat maghrib sahaja akan menyelinap masuk ke bilik komputer sebab dah bosan dengar ceramah yang sama since form 1 sebab BADAR asyik recycle benda sama. HAHAHAHA sorry aku tau aku jahil. Disebabkan kitorang membuat perbuatan terlarang lampu bilik komputer tu tak pernah dibuka bagi menunjukkan tiada penghuni didalamnya .

Pada satu malam yang aku takkan lupa, kitorang jalankan rutin seperti biasa tetapi malam ni berbeza sikit sebab sepanjang perjalanan kami berdua hanya senyap sebab biasanya sepanjang perjalanan takkan berhenti berbual tapi kali ni masing masing macam hilang semangat nak berbual. Kat bilik komputer tu, macam biasa la aku akan duduk di pc paling hujung sebab kat situ betul betul bersebelahan dengan wifi while kawan aku pulak akan duduk kat satu bilik kecil berkaca sebab dia lebih selesa gunakan pc admin, boleh dikatakan kitorang memang jauh antara satu sama lain. Tengah aku rancak menonton perlawanan antara MU dgn EVERTON, tiba tiba pc yang paling hujung barisan aku menyala (sebenarnya semua pc dibilik itu tidak pernah tutup so kalau gerakkan mouse, skrin akan menyala).

Aku tak endahkan mungkin benda tu terjadi sendiri, tiba tiba kawan aku jerit dari bilik tersebut, “Weh, aku penat la, aku nak tidur dulu . Nanti nak pergi prep kejut aku”. Then Kay pun baring didalam bilik kecil tersebut. Tak lama lepas tu tengah aku syok tengok video, tiba tiba pc yang berada betul betul di sebelah aku menyala. Aku usha jam dah pukul 9.30 biasanya dorang akan ke kelas pukul 9 tapi sampai sekarang still sunyi di koridor luar. Aku mula rasa tak sedap hati lepas tu aku terus keluarkan phone aku untuk sms kawan aku yang still ade kat surau. “Wehh, kenapa korang tak habis solat isyak lagi?”. Lepas tu member aku reply, “Haa, tulaa duduk lagi dalam bilik maksiat tu tengok porn”. Hahahaha ni member aku paling babi . Then aku reply lagi, “wehh serious ah, ade spotcheck ke?”. Pastu dia reply “histeria la” . Meremang terus bulu roma aku, terasa peluh sejuk satu badan aku. Aku pun jerit panggil kawan aku yang tidur tu, “Weh bangun , dorang ade spotcheck kt surau”. Aku tipu dia sebab taknak dia cuak .

Tiba-tiba aku terdengar bunyi seolah olah ada orang mengesot diluar pintu bilik terbebut. Aku fikir member aku tengah pakai kasut, aku jerit, “woi tnggu la”. Rupanya member aku still dalam bilik kecik tu . Dia kata, “apa aku tengah betulkan baju ni”. Pastu aku tak endahkan la bunyi tu . Masa kitorang nak kluar tinggalkan bilik tu, masa aku nak tutup pintu aku terperasan semua skrin pc menyala. Tak putus putus aku mengucap dalam hati aku. Kawan aku still tak sedar apa yang jadi. Sepanjang perjalanan kawan aku asyik tanya kenapa and apa jadi macam syak something berlaku, aku diam je .

Bila kami sampai di surau terdengar jeritan diselangkan dengan azan. Pada waktu itu aku baru berani nak cerita kat dia perkara sebenar. Lalu kawan aku pun membuat pengakuan dia sendiri sebenarnya sepanjang berada di bilik komputer tersebut dia tidak tidur tetapi hanya pura pura tidur sebab terlalu takut. “Sebernarnya tadi masa kau tengah main pc tu, aku nak tegur kau tapi aku nampak ada lembaga berjalan kat koridor tu. Aku ingat warden so aku diam jela tunggu dia lalu, tiba-tiba dia berhenti sebelah kau yang lagi babi benda tu terbang ke atas, aku nak jerit doh tapi aku jadi kaku so aku terus bagi alasan aku nak tidur tapi sebenarnya aku dari tadi tunggu kau nak ajak aku balik kelas”. Lepas dia cerita tu aku rasa nak muntah ade, nak pitam pun ada. Kitorang pun masuk dalam surau untuk pura pura macam takde ape jadi.

Warden and ustaz dah ade dalam tu tengah tenangkan beberapa pelajar. Aku anggap kena histeria la kot, tiba tiba salah seorang daripada pelajar yang duduk bersandar terus menunding jari tepat ke arah aku and kawan aku dengan muka yang aku tak dapat tafsir nak marah ke apa lepas tu gelak macam kena geletek  Tiba tiba semua pandang kitorang, ustaz pun usha padat. (Dulu ustaz ni digelar ghostbuster sebab kalau tiap kali histeria mesti dia ada). Ustaz tu pekik panggil kitorang berdua and tanya kitorang dari mana. Lalu aku menggoreng dengan bijaknya sampai garing cakap, “pegi amik wudhuk ustaz” . Ustaz tu pun jawab, “habis tu kenapa benda tu ada belakang korang”. Kalau betul aku ada wudhuk time tu aku rasa mau terbatal sebab aku dah nak terkincit. Ustaz tu sambil mencapai yaasin dipoketnya, ustaz pun bisik, “Nah, baca yaasin ni lepas tu baca ayat kursi 6 kali dan ayat 1000 dinar 6 kali sebab benda ni dekat dengan korang”.

Aku dengan Kay pun duduk and baca yaasin tu, kitorang baca pun tak boleh focus sebab sebelah kitorang ade budak budak histeria yang tengah menangis. Tiba-tiba ada sorang budak datang kat kitorang cakap, “Kita kena sabar, kita kena kuat , kita kena lawan dorang” cara dia cakap tu macam seram, pastu dia gelak gelak. Macam sembang dengan member yang dah lama kenal lepas tu kitorang baru tau dia pun salah seorang mangsa histeria. Hahaha aku tau benda ni bunyi macam kelakar, orang yang tengah histeria nasihat kitorang. Aku taktau la dia sendiri ke atau benda dalam badan dia tu yang bercakap. Benda ni kitorang tau sebab tak lama lepas tu dia terus rebah .

Tiba-tiba ketua pelajar buat pengumuman, “kepada yang tak terlibat sila balik ke kelas masing masing untuk menjalankan prep malam seperti biasa”. “Kamu tunggu apa lagi , balik kelas”, kata ustaz sambil tersenyum sinis . Lantas aku bertanya, “Kitorang dah okay ke ustaz?” . Ustaz pun jawab “okay je , tapi malam-malam jangan pegi tandas sorang”, kata ustaz sambil ketawa. Aduhh, memain pulak ustaz ni , rasa macam nak choke slam je ustaz ni, nasib baik dia ni imba. Masa kat kelas, mula la sesi membincang teori, ada yang kata pendinding sekolah pecah sebab ada budak bermain oujia board, ada pulak yang kata orang lepas belaan kat sekolah dan teori ketiga paling cb dorang kata aku tengok porn kat bilik komputer. HAHAHAHA sial tul .

So, tu jelaa cerita pengalaman aku. Aku taktau la cerita ni seram ke tak bagi korang tapi kalau dah rasa sendiri baru tau seram ke tak .

23 thoughts on “Kejadian Makmal Komputer, SBP di Taiping”

  1. Natang dh bosan sakat org kat surau, tu dia join korg mengulor kt comp lab tu…
    Heheheheheh…
    Tp…serius lawak tang antu nasihatkan korg tu, mmg btol2 antu surau, hahahhhha…

    Reply
      • Klu dah lame tak ke udara tu maknanye akk dah ke lauuuttt…
        Hahahahahha…

        Xde ke mne pon…
        Tgh membatak menjahit sejak pose aritu…
        Pastu dh baaaaaanyak ketinggalan cerita2 kt FS ni…
        Pastu cerita berepisod berangkai kait mengait, klu nk bace kena review dr mula…
        Sooo x sempat jer nk review buat akk x baca2…
        Ni br start bace smle, byk penulis baru yg best2…

        Reply
  2. StoryPlot – 9/10
    Penulisan – 9/10
    Seram – 7/10
    Misteri – 4/10
    Komedi – 10/10 (GJWP)

    Atok suka cara pnyampaian anda ..gudjob anak muda ,kipidap

    Reply
  3. kalau kes HISTERIA ni senang je. Sape yang ber masalah? Sekolah atau Orang? Nak kena pindah sekolah ke orang? Jawapanya ORANG!
    Orang yang kena Histeria ni selalunya dia ada hantu yang berdamping/ikut.. Jin/Hantu kat sekolah tu memang dah ada. Hantu yang dekat orang tu pun bukan baik sangat sesama hantu, bila dia nampak Hantu kat sekolah tu, dia jelir lidah. dia ejek.. so Hantu sekolah ni pun dia marah la, ape lagi, dia pergi CEKIK la hantu dekat badan orang tu. Melalak la hantu tu kena cekik, tu yang dia jerit2 tu.. itulah terjadinya HISTERIA.. Hahaha (Ustaz cerita)

    Reply
  4. Teknik penulisan bersahaja ni memang tidak pernah menghampakan. Pandai selit insiden lucu. Tahap keseraman pun boleh tahan. Kalau ada cerita lagi, share ya…

    Reply
  5. Macam tau ja sekolah nie.. Sekolah akak dulu kah? Memang banyak keseraman dan kepuakaan kat situ.. Tapi normal lah untuk sekolah asrama dalam hutan ?

    Reply

Leave a Comment