Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

KISAH SERAM BUKIT SUN, SARIKEI

KISAH SERAM BUKIT SUN, SARIKEI

Assalamualaikum. Nama aku dirahsiakan, hehehe.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1998 atau 1999. Aku dah tak pasti tahun yang tepat, tapi yang pasti masa tu aku masih bersekolah rendah dan mengikuti kelas Fardu Ain (KAFA).

Biasalah budak-budak, ada nakal sikit. Aku dan kawan-kawan merancang untuk ponteng kelas Fardu Ain. Seorang kawan memberitahu yang masa tu musim durian, jadi mesti banyak durian yang gugur di kebun-kebun.

Kami pun merancang untuk pergi ke satu tempat yang dikenali sebagai Bukit Sun. Dari sekolah ke tempat tu lebih kurang 700 meter. Kami pergi berkumpulan, seramai enam orang, dan berjalan kaki ke sana.

Setelah sampai, kami terus mendaki bukit. Bila sampai di atas, kami memandang di sekeliling. Memang banyak pokok durian di situ. Entah siapa yang punya sebab kawasan tersebut nampak macam sudah lama terbiar.

Kami juga ternampak sebuah pondok usang yang kecil, tapi tidaklah terlalu kecil. Kami pun menghampiri pondok tersebut.

Di dalam pondok itu, kami terjumpa bermacam-macam peralatan memasak seperti periuk, mangkuk dan gelas. Pondok tersebut pula sudah dipenuhi sarang labah-labah.

Tiba-tiba seorang kawan menjerit:

“Oi!! Durian!”

Kami terus menghampirinya dan membuka durian tersebut.

Ermm… sedap!

Aku pun terjumpa sebiji durian yang baru gugur. Aku terus mengambilnya dan membukanya. Sedang aku leka dan terlalu seronok membuka durian, tiba-tiba seorang kawan menjerit dengan kuat:

“LARI!!!”

Aku terus menoleh ke belakang.

Kawan-kawan aku sudah berteraburan lari lintang-pukang. Dan pada saat itu, aku terlihat satu sosok yang sangat menyeramkan.

Mukanya sangat-sangat hodoh. Matanya terbeliak dan wajahnya begitu menakutkan. Cara dia berjalan pula seperti terseret-seret, seolah-olah seperti zombie yang kelaparan.

Kami terus panik dan berlari menuruni bukit. Ada yang sampai terjun dan tergelunsur ke bawah. Pakaian habis kotor, selipar pun ada yang hilang entah ke mana.

Masing-masing membawa diri dan terus berlari balik ke rumah.

Keesokan harinya, kawan-kawan datang ke rumah. Ada seorang kawan yang berani mengajak kami pergi semula ke tempat itu untuk mengambil selipar dan beg yang tertinggal.

Yang lain semua tak berani sebab masih takut dengan sosok tersebut.

Akhirnya, aku dan kawan yang berani itu pergi menggunakan basikal.

Setelah sampai di sana, aku cepat-cepat naik ke bukit, mencari dan mengambil selipar serta beg yang tertinggal. Lepas tu aku terus turun dan mengayuh basikal laju-laju meninggalkan tempat tersebut.

Sejak dari situlah aku benar-benar serik dan menyesal. Aku tak pernah nak buat lagi.

Kemudian aku dengar cerita daripada orang-orang tua bahawa bukit yang kami pergi itu sebenarnya dikenali sebagai bukit berantu. Ada juga cerita mengatakan kawasan tersebut pernah menjadi tempat orang komunis berperang pada zaman dahulu dan ramai yang terkorban.

Sama ada benar atau tidak cerita tersebut, pengalaman yang kami lalui memang sampai sekarang masih aku ingat.

Itulah pengalaman yang sangat menyeramkan dan menjadi pengajaran buat aku.

Sekian, terima kasih.

Hantu89
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram