Aziz, Si Abang Jaga

Hi Semua,

Terpanggil pulak nak cerita seram. Tapi kali ni bukan cerita pengalaman sendiri. Tapi cerita pengalaman orang yg bekerja time-time  malam. Terutamanya Pakcik Guard atau Jaga. Cuba korang try tanya pakcik guard korang kepada sesapa yg duduk condo/apartment atau rumah banglo. Mesti diorang ade banyak cerita.

So, rumah parents saya sejak kene rompak dulu, mula pakai security guard la untuk tambah keselamatan. Guard parents saya ni xde la pakcik. Umur mungkin dalam lingkungan 30-38 tahun. Dia dari Pakistan. Kuat agama.. time dia tak meronda keliling rumah parents saya, dia kan mengaji and solat tahajud la. So boleh kata bila saya balik lambat dari kerja ke. atau  lepak ke, takde la takut sebab dia akan ade standby diri sampai saya masuk dalam rumah.

One day, dalam pukul 11 malam, tiba-tiba  bosan melanda. So saya pon turun la amik oksigen dekat ruang porch kereta. Tgh sedap fuhh fuhh asap, tetiba Nampak satu Lembaga putih tengah jalan dekat garden rumah. Saya cuak la. Haha. Rupanya si Aziz, guard rumah tengah meronda dekat garden. Saya pon panggil la aziz. Dia pun datang.
Aziz: yes sir, ada apa, sir?
Saya: Aziz, you malam-malam takda takut ah?
Aziz: takda sir, biasa-biasa saja.
Saya: sini malam-malam  ada hantu ka?
Aziz: (sengih-sengih) mana ada sir. Sini takda hantu.
Saya: you orang sembahyang kan. Tak baik tipu.
Aziz: (gelak) mana-mana  tempat malam-malam  mesti ada. Saya tadak mau takutkan sir.
Saya: cerita la. Saya tak boleh tido ni.
Apparently, si Aziz ni, banyak kali kene kacau time jaga rumah parents saya ni. Ade satu time, masa dia tgh duduk dekat kerusi dia, dia nampak “saya” lambai-lambai  panggil dia. Dia pon cepat dtg. Tapi tgk-tngok, “saya” hilang. Lepas tu dia dengar lagi “saya” panggil dia. Tapi kali ni belakang rumah. Dia pon bergegas la ke belakang rumah. Hampa, takde sesape. Lepas tu dia dengar suara garau yang menakutkan gelak–gelak . Dia pon cepat-cepat  pergi dekat kerusi dia and baca Quran dekat phone dia.

Ade satu mase, tahun 2019 (Pre-Covid), saya and family bercuti dekat America. Rumah sunyi. Lampu yang on pon dekat area porch rumah. Macam biasa, Aziz pon mula la meronda keliling rumah dan dekat garden. Mase dekat garden tu, dia tgh suluh-suluh  area yg gelap, dia terdengar bunyi ranting-ranting  pokok bergoyang. Dia dongak tgk. Terkejut dia ade Lembaga hitam tengah terpacak kat pokok tu. Tiba-tiba  lembaga tu lompat nak terkam aziz. Aziz cover muka dengan tangan. Tapi takde pape. Bila buka muka, Lembaga tu hilang. Banyak sangat kene kacau sampai dia dah immune dah. Dah tak heran dah.

Lagi-lagi  time dia solat sunat tahajud sebelah tempat duduk dia. Time-time ni la benda suka kacau dia. Main lalu-lalu time solat. Masa sujud tu kan kita akan nampak belakang memalui celah kangkang ngan kaki kita. Haa.. time tu la si Aziz nampak rambut Panjang giler tengah seret lantai. And then bau-bau  busuk. Macam-macam la.
Banyak lagi cerita Aziz ni. Tapi nanti la saya cerita di lain hari. Korang yang duduk condo ke atau abang/pakcik jaga kat tempat kerja key g buat night shift. Cuba tanya diorang tentang pengalaman diorang. Mesti ade yang seram-seram . OK BYE!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 3.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.