Disebabkan Gangguan Hijab Terbuka

Assalamualaikum, terima kasih admin jika siarkan cerita aku. Nama aku eyla (bukan nama sebenar). Aku mempunyai 2 adik beradik. Aku dan Abang. Kisah aku bermula disini.

Masa tu umur aku 16 tahun sekarang dah 26 tahun. Aku berkawan baik dengan ira (bukan nama sebenar). Satu malam aku dan aten (kawan baik aku jugak) pergi rumah ira untuk cari dia. Tapi malangnya mak ira bagitau ira tiada di rumah dan mak ira ajak kami tidur rumah dia malam tu. Aku telefon mak bagitahu aku tidur rumah ira. Sedang kami baring dia atas katil ira (malam tu ira tak balik rumah) kami berbual dan kami hairan kenapa mak ira ni tiba-tiba je ajak tidur rumah dia. Rupanya ada niat jahat. Dia dapat rambut aku. Dari cerita yang aku dengar mak si ira ni memang suka jumpa bomoh. Mungkin aku ada tersalah cakap yang buat dia marah pada aku. Aku agak je sebab aku pun tak tau apa puncanyanya. Dia nak hidup aku hancur dan dibuang keluarga. Mak aku pun benci bila tengok muka aku.

Sejak dari tu aku banyak habiskan masa diluar bersama kawan-kawan. Orang pertama yang nampak perubahan aku ialah opah aku. Mak ayah aku kerja dan opah yang jaga kami dari kecil. Opah bagitahu mak dan ayah dia nampak perubahan aku. Selera makan dan muka kadang nampak macam aku dan kadang bukan aku.

Aku dibawa pulang ke kampung untuk berubat di rumah hafiz (budak yang diberi kelebihan boleh melihat seorang atuk dari alam lain) dan aku berubat dengan atuk tu. Sesampainya dia rumah hafiz, kami duduk di sofa sambil ayah memberitahu niat kami. Mak hafiz menyiapkan dua botol air mineral, beberapa biji limau dan diletakkan disuatu sudut berdekatan dengan kami. Setelah beberapa minit, hafiz ambil air mineral tadi dan beri pada aku. Pada awalnya memang aku tak nak ikut dan nak lari dari situ tapi aku jadi takut. Aku hanya mampu berdiam diri dan aku minum air yg diberikan. Hafiz pesan supaya malam ni, kosongkan rumah. Dia bagitahu niat dan ciri-ciri orang yg buat semua benda ni pada aku. Orang tu juga dapat gambar dan rambut aku. (aku dah syak dah sapa). Setelah selesai, kami pulang dan tidur dikampung malam tu.

Mak telefon opah dan beritahu pesanan hafiz. Memandangkan rumah aku, opah dan pak sedara aku berdekatan, jadi opah aku pun pesan dekat pak sedara aku sekali. Malam tu aku tidur lena seperti malam-malam sebelumnya. Sepanjang mak ira hantar hantu dia dekat aku, aku tak rasa apa-apa dan tidak ada kejadian seram pun yg jadi pada aku. Tapi opah aku yang tau. Biasalah orang tua-tua, dia yang jaga aku. Dia tau jika ada yang lain pada aku. Malam tu opah aku mimpi ada seorang orang tua berjanggut, berserban, berjubah putih dan beberapa orang muda berjubah putih masuk rumah aku. Mereka nak buang benda yang ditanam di tiang seri rumah. Pak sedara aku tak tidur malam tu. Dia jalan-jalan keliling rumah aku. Dia terhidu bau asap kemenyan.

Esoknya kami pulang ke rumah, opah dan pak sedara aku cerita pada kami. Mak ira tak puas hati dia hantar lagi seekor. Berubatlah lagi dan aku bagitahu ayah supaya pulang balik pada tuannya. Ayah aku kata “tak apa, buang je dan maafkan”. Sejak dari tu tak ada lagi mak ira hantar hantu dia dah.

Tapi malangnya lepas kejadian tu, hijab aku terbuka. Bertahun-tahun akan diganggu dan dapat melihat makhluk lain. Salah satu kejadian seram yang memang aku tak boleh lupa ialah kisah anak patung. Anak patung tu dihadiahkan oleh seorang kawan lelaki. Aku beri nama anak patung tu bebear. Tiap malam memang aku akan tidur dengan bebear. Disebabkan aku terlampau sayang pada bebear, ada benda yg menumpang.

Bermulalah tiap-tiap malam tidur aku diganggu dan ditindih. Satu malam ketika aku tengah tidur aku ditindih. Aku tersedar dan aku tak boleh bergerak. Bila aku buka mata aku nampak sehelai kain putih berada depan muka aku. Cepat-cepat aku tutup mata balik dan baca ayat kursi. Bila benda tu bersuara terus aku terdiam kaku sampai dia lepaskan aku. Kejadian ni berlarutan sehingga umur aku 25 tahun. Bertahun tidur aku tak lena. Aku hanya tidur sehari 4 ke 5 jam sahaja. Dari zaman sekolah, kolej sampai ke zaman pekerjaan.

Sampai satu tahap aku dah terlalu penat aku bagitahu ayah. Ayah aku sebenarnya pandai berubat orang. Ayah bagitahu jangan tidur dengan bebear sebab ada yg menumpang. Benda ni dah lama ayah bagitahu tapi aku degil sebab tu aku abaikan je. Ayah suruh buang tapi aku tak nak. Aku letak bebear tu dekat sofa ruang tamu. Tiga hari selepas tu, aku mimpi bebear datang dekat aku dengan muka bengis, mata merah dan macam terlalu marah sangat dekat aku. Aku terjaga dan aku terus pergi dekat sofa aku tengok bebear. Memang naik segala bulu roma aku masa tu. Aku malas nak layan sangat sebab aku dah lambat nak masuk kerja.

Makin lama makin extreme aku diganggu. Dia mula menunjukkan diri. Seorang perempuan, berambut panjang, rambut menutupi muka dan jalan tak pijak tanah. Aku nampak kelibat dia dimana-mana aku pergi. Tak kira siang atau malam. Di pejabat dia mula hempas barang apabila aku solat, menyanyi masa aku tengah buat kerja, tarik tudung aku, lalu belakang aku sebab aku nampak dekat screen komputer dan munculkan diri dekat depan pintu ofis. Senang cakap mana aku pergi dia ikut dan nak tunjukkan kewujudan dan rupa dia.

Aku pulang ke kampung untuk berubat lagi. Bebear ayah aku bawa sekali. Aku diberitahu dia hanya nak berkawan. Kau gila aku tak nak kawan dengan kau ! dan bebear dibuang. Aku tak tau dibuang dekat mana. Korang jangan kutip pulak. Selepas berubat, aku jadi sedih dan rasa seperti kehilangan sesuatu. Aku pun tak tau kenapa. Ayah kata buang rasa tu takut nanti dia datang balik.

Alhamdulillah, lepas berubat aku dapat tidur dengan tenang dan lena tanpa gangguan. Dah lama aku tak dapat rasa nikmat tidur lena macam ni. Tapi hijab aku masih terbuka. Aku boleh nampak kelibat-kelibat makhluk lain dan merasa kewujudan mereka. Asalkan jangan ganggu aku dah. Aku dah tak sanggup nak hadap. Allah ! Aku dah tak kuat. Tutupilah hijab aku. Smpi disini saja cerita yang aku kongsikan..Sekian

Hantar kish anda : fiksyenshasha.com/submit

Aishah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Disebabkan Gangguan Hijab Terbuka”

  1. Salah sendiri duk gatal masih tido dgn si bebear tu dah kenapa..awak bukan budak kecik masih nak peluk anak patung.. Boleh pulak biarkan diri ditindih bertahun2.. Alahai.. Takkan tak tau ank2 patung ni mmg setan suka menumpang.. Bapa dah nasihat pun degil jugak.. Kalau ank aku la mmg dah lama aku buang patung tu..

    Reply
  2. Ada terbaca, kadang2 yang kita ingat hijab terbuka tu bukan sebab hijab terbuka, tapi sebab ada benda lain dok ikut menumpang kita, kita nampak benda2 tu melalui benda tu. Kira macam parasit la.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.