flat berhantu

Assalamualaikum wbt , pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FS jika menyiarkan kisah seram saya , ini pertama kali saya menceritakan kisah seram saya di FS .

Okay saya dikenali sebagai Ain , cerita dia apabila saya dan kawan saya tidur di rumah flat di kepong , nama flat tu biarlah rahsia , jalan nak ke flat tu memang dalam dan gelap, lepastu sebelah flat tu dia macam ada hutan-hutan tau . Masatu saya ikut kawan saya yang bernama ‘Sara’ (bukan nama sebenar) tidur di rumah ibunya , sebenarnya dia tak duduk sekali dengan ibu dia , sebab dia duduk dengan nenek dia ,taktaulah sebab apa dorang tak duduk sekali mungkin ada sebab tertentu .

Jadi masa tu dia rasa macam nak pergi rumah ibu dia sebab nak jumpa ibu dia dah lama tak jumpa katanya , dia pun suruh saya teman dia sekali sebab tak berani pergi sorang , saya pun minta kebenaran dekat parent untuk teman dia pergi rumah ibu dia dekat Kepong tu , lepas minta kebenaran dekat parents tu , parents pun kata boleh jadi saya teman la si sara ni pergi jumpa ibu dia , kami kesana dengan menaiki kereta , dari setiawangsa ke kepong.

Bila dah sampai tu jalan dia memang gelap gila dan ada hutan hutan. Tak lama tu sampailah dekat flat ibu dia , flat tu dia macam ramai gila orang asing , lagi-lagi orang yang berkulit gelap tu , lepas dah sampai tu masuk rumah dan salam ibu sara , borak-borak kejap dan ibu dia ajak makan , lepas habis makan tu ingatkan nak terus balik tapi ibu dia suruh tidur dekat rumah , jadi saya pun nak taknak kenalah ikut juga si sara ni tidur rumah ibu dia.

Malam tu saya , sara dan ibu dia borak-borak dekat ruang tamu lepastu ibu dia cerita lah kisah seram yang ibu dia alami sepanjang dia duduk dekat flat tu ,ibu dia cerita yang hampir setiap malam ada bunyi benda-benda kadang bunyi guli la , bunyi orang tolak barang lah pagi-pagi , bunyi budak bermain tengah-tengah pagi pukul 2 yang paling kerap sekali bunyi tangisan wanita , ibu dia pun pesan dekat saya dan sara “malam nanti kalau dengar bunyi perempuan menangis pekakkan telinga je” . Saya panggil ibu kawan saya ni ‘ibu’ juga sebab mak dia sporting gila suruh panggil dia ibu , dan lepastu saya pun tanyalah “kenapa bu?” dan ibu dia kata dekat flat ni memang hari-hari ada bunyi perempuan menangis , mula-mula rasa macam tak percaya jadi saya buat endah tak endah jela.

Kisah seram tu bermula disini , saya dan kawan saya tidur dekat bilik lagi satu sebab flat tu ada 2 bilik , bilik yang kitaorang tidur tu memang kosong , ibu sara tidur bilik lagi satu. Okay sambung , saya dan sara masatu tak boleh tidur jadi si sara ni dia suka main game masa tu dia main game mobile lagend yang popular dulu tu , saya ni tak pandai main game sangat jadi saya pun tengok lah youtube , tak lama tu dalam pukul 4 nak dekat pukul 5 saya dan sara terdengar bunyi tangisan seorang wanita , dan saya pun terus pandang kawan saya sebab dia macam rileks je macam takda apa jadi boleh lagi habiskan game tu , dahla katil kitaorang tidur tu betul-betul sebelah tingkap memang kuatlah bunyi dia tu.

Masatu hati memang dah berdebar debar rasa macam nak lari tapi kaki rasa berat jadi kejung jela atas katil tu saya dah terdiam tutup terus handfone sebab takut dia datang dekat kitaorang , yang sara ni dia masih dengan game dia , lepastu si sara ni dia dah habis game baru dia nak tanya “ eh kau dengar ke bunyi tadi “ aku ni dah takut yang dia boleh rilek je , yang kitaorang peliknya makhluk tu menangis tapi dia menangis betul betul macam dia lalu depan rumah tu je.

Lagi satu memang tak dengar bunyi orang berjalan ke apa , kalau dia manusia dari jauh dah boleh dengar dia menangis dan boleh dengar dia jalan , ni langsung takda bunyi tapak kaki ke apa , bunyi dia menangis tu memang serammm macam nangis teresak-esak dan kuatt gilaa bayangkan la kitaorang tidur dekat betul betul sebelah tingkap suara dia tu kuat macam mana , tak lama tu bunyi azan pun berlaungan dan kitaorang dua lari pergi duduk dekat ruang tamu , dan masatu tu ibu sara ni keluar untuk solat subuh , ibu dia tanya la kitaorang “kenapa duduk dekat luar ni” kitaorang nak cerita apa yang jadi dan ibu dia terus kata “takpa nanti lepas solat subuh kita cerita “ jadi dah habis solat subuh tu kitaorang pun cerita la apa yang kita orang dengar tad.

Ibu dia memang dah biasa dengar bunyi bunyi tu hampir setiap malam jadi ibu dia dah tak kisah dan habis cerita tu kitaorang pun rehat nak tidur sekejap sebab malam tadi tak tidurdan  bangun tidur siap siap semua , tengah hari baru kitaorang balik ke rumah masing masing , sampai sekarang saya masing boleh bayang lagi bunyi perempuan tu menangis . Itu sahaja kisah seram yang pernah saya alami , maaf jika tidakla seseram mana , saya hanya ingin berkongsi kisah seram saya sahaja , Terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ain
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.2]

2 comments

  1. Cerita ok, lagi ok kalau dimasukkan sekali kenapa jadi bunyi2 tu. Ade sejarah ke dan sekarang apa jadi tempat tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.