Gangguan Semasa Mengandung

Gangguan semasa mengandung anak pertama…

Assalamualaikum admin dan pembaca FS

AKU FI,

Terima kasih siarkan kisah pengalaman aku tempoh hari yang bertajuk “Lili Rakanku 1&2.

Al fatihah buat rakan/sahabat aku bernama NorSuhailina aziz. Semoga kau berada dalam dakapan Rabbmu.

Kisah pertama

Hujung 2015

Aku berpindah di rumah baru bersama suami aku.

Pada masa itu aku mengandung anak pertama di usia 4bulan.
Seminggu pertama berada di rumah itu tiada apa yang berlaku.
Masuk minggu seterusnya, ada satu malam tu aku ni memang kerap tidur lewat sebab busy membaca dan scroll fb.

Waktu dalam 1am tu, tiba-tiba aku terdengar seperti orang bergaduh di bawah blok aku terjerit-jerit memaki, untuk pengetahuan korang, aku tinggal di sebuah apartment 4 tingkat, aku di tingkat 3 rumah paling hujung no 1 dekat dengan tangga dan guard house, rumah balcony, bilik utama dan bilik tengah aku menghadap di jalan raya kecil dan pokok-pokok tinggi. Dan dari bilik aku boleh nampak pagar penghadang balcony tu, boleh main cak-cak juga dari bilik aku ke balcony..hihi!
Ok aku pun busy body la nak intai ikut tingkap bilik, mana tahu boleh call suami aku ke untuk report kan yela suami polis balai pun berdekatan rumah je kebetulan suami bertugas malam. Tapi alangkah terkejutnya aku masa aku selak langsir untuk intai luar tu aku bertentang dengan mata yang berwarna merah menyala dan badannya hitam duduknya bertenggek atas pagar besi balcony rumah aku seperti orang utan dan bersaiz besar.

Tak semena-mena aku terkejut yang amat! Terus melompat atas katil dan selimut sampai tertidur.

Kisah kedua lebih kurang sama.

Routine aku sebelum maghrib memang aku tutup tingkap dan langsir juga biarkan azan berkumandang dengan kuat dalam rumah.

Tapi tak tahu kenapa aku boleh leka dan lupa nak tutup tingkap bilik tengah yang aku jadikan ruang solat dan bilik tetamu, pukul 10 lbh macam tu aku terperasan yang tingkap tu belum ditutup sebab sebelum masuk bilik tidur, aku akan cek semua ruang dan tutup lampu.

Masa nak tarik tingkap tu mata aku ni tajam je tengok luar dan punya lah terkejut aku ternampak langsuir memandang tepat ke arah aku di celah-celah daun pokok tu. Aku tutup cepat-cepat dan gelabah masuk bilik aku. Aku duduk diam-diam sampai suami aku balik jam 12am tengah malam.

Kisah ketiga

Masa mengandung biasa la kan kerap ke tandas setiap masa.

Masa ni juga setiap malam setiap sejam aku ke tandas, Dan setiap kali aku bangun 1/2/3 pagi mesti aku dengar seperti ada yang berlari.. bunyi ddumm dumm dumm bukan biasa-biasa bunyinya.. macam bigfood yang lari dari hujung ke hujung. Sampai rasa gegarannya kat lantai.
Bila aku mengadu kat suami, dia cakap biasa la bergema waktu malam.. tapi takkan tiap hari setiap sejam pula tu siapa yang rajin bebeno bersenam kehulu kehilir waktu-waktu macam tu.
Bila aku tanya kakak jiran atas dan bawah tepi takde pula dorang bangun lewat-lewat malam, anak kecil pun tak ada.
Aku abaikan jela bila dengar setiap kali bangun ke tandas.

Kisah keempat.

Semasa usia kandungan aku mencecah 7bulan, aku kerap mimpi ada seorang nenek ni nak ambil anak aku dan setiap malam juga aku menangis sambil tidur dan tersedar dalam keadaan menangis, suami aku terpinga-pinga bangun tanya kenapa.
Sekali dua tiga kali terjadi suami aku masih belum faham, bila dah berlarutan baru suami aku kerap temankan aku tidur dulu dengan alunan ayat-ayat sunyi al-quran sehingga hari aku nak beranak bende ni aku mimpi. Last sekali bersalin berpantang dirumah mak aku. Alhamdulillah anak aku dah 4tahun sihat tapi mulut celupar suka tegur-tegur benda yang dia nampak. Nanti ada masa aku ceritakan apa yang anak aku selalu nampak pula.hihi..
Bilik tengah pun dah jadi bilik mainan anak-anak aku.

Sekian.. maaf kalau tak seram bagi korang yang tak pernah alaminya..
Dan maaf juga kalau penulisan aku buat korang pening.

Selamat membacađź‘»
Fi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.