Hostel vs rumah sewa bahagian akhir

Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua? Harap semua sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit yang berbahaya..aminn.. Ok aku nak sambung cerita aku hari tu..mesti korang tertanya tanya kan apa jadi kat hostel sampai kes histeria banyak? Kes dia macam ni.. (ni housemate aku yang cerita).. Aku bagi nama housemate aku ni sha dan anna… Sha dan Anna ni diorang 1 bilik masa kat hostel dulu..diorang memang rapat la..tapi diorang ni lain kelas.. Diorang ni jenis yang cakap lepas dan agak berlagak sikit la..diorang jugak la yang suka cerita hantu..senang cerita hari hari ada je cerita hantu yang nak diceritakan..

Si Sya ni dia ada saka..memang dia ni selalu kene kacau ngan saka dia.. Dan si Sya ni la orang pertama sekali yang start kene histeria dulu masa kat hostel.. Puncanya aku tak tau.. Tapi menurut Anna, Sya ni pernah nampak lembaga hitam besar berbulu kat atas bumbung hostel.. Tu yang dia kene histeria.. Ustaz kata bende tu minat kat sya.. Tapi bagi aku la, faktor lainnya sebab diorang kuat cerita pasal mahluk tu, tu yang mahluk tu datang kat diorang je..

Si Anna ni otak dia agak gila sikit la..dia minat ngan bende bende mistik…tapi dia ni penakot.. Ada satu hari ni si anna buat kerja gila…tepat pukul 12 tengah malam dia matikan semua lampu then dia buka cerita pontianak harun sundal malam.. Dalam 15-30 minit tiba tiba anna ngan lala (lala ni housemate aku gak) tibe tibe jerit sambil berpelukan…nak tau tak apa yang jadi???? Jeng jeng jeng…. Si anna dan lala ni nampak ada baju putih betul betul kat belakang laptop diorang..

Aku terus buka lampu..then aku suroh diorang tutup cerita tu..aku ada gak tegur si anna ni, jangan la kerap layan cerita mistik..sebab bende tu akan datang kat kita tiap kali kita sebut pasal dia..lagi lagi rumah aku ni kan memang ada benda tu..

Bila masuk pertengah sem da start banyak assignment. So Memag tak dan la nak masak.. Semua beli je..hehehe disebabkan aku takot nak tido malam, aku akan siapkan assignment jela.. Tapi aku bukan sorang sorang tau…boleh kata kan 1 rumah semua tak tido sebab assignment berlambak

Ada 1 hari ni, aku tengah buat assignment aku pergi ke dapur nak bancuh air..aku terasa seolah olah ada budak kecik kat dapur..bentuk dia? Badan Warna hijau, rambut panjang sampai siku, baju dia macam warna lusuh lusuh sikit.. Muka dia nampak sedih jee.. Time ni aku ignore dia..tapi seolah olah aku terdengar dia cakap ngan aku..dia ni penghuni rumah ni gak..yang selalu dalam bilik adalah perempuan tua yang aku selalu nampak tu…yang kat tangga ada lagi 1 mahluk..jantan warna hitam.. Yang budak kecik ni lak tempat dia memang kat dapur ngan tandas belakang… Dia cakap lagi kat aku diorang ni tak suka rumah bersepah dan kotor..

Esoknya aku tegur semua orang rumah aku ni.. Mintak diorang kemas mana yang bersepah..tapi aku tak cerita kat diorang apa yang aku nampak kat dapur malam tu..aku just cakap aku rimas rumah bersepah..sebab aku tak nak diorang takot..ya la kan ada housemate aku yang tido kat ruang tamu.. Ada yang terima teguran diorang kemas..ada gak yang marah aku balik kata aku tak memahami..assignment banyak diorang letih tak de masa nak kemas la..

Aku tak makan hati pun..yala aku faham..memang tak nafikan kadang kadang sehari tak rehat.. Dengan assignment lagi..dapat tak korang bayangkan..assignment kitorang ni kene lukis gambar 100 design dalam masa 1 malam (gambar tu terpulang kat final project kita) siap dengan details sekali..lubang ni function dia apa nak buka macam mana material pakai apa..huh letih..ni baru 1 subjek..lain punya subjek lagi.. Secara jujurnya masa tido aku biasanye kat dalam kelas..bila balik rumah nak basuh baju la, nak kemas rumah la, nak siapkan assignment la..muka aku muka wajib tido dalam kelas la senang cerita

Kebanyakan lecture memang sangat memahami walau diorang bukan dari jabatan aku, contoh lecture bahasa english, lecture agama..diorang awal awal akan cakap.. “saya tak kesah awak nak tido dalam kelas saya..sebab saya faham jabatan korang ni memang jabatan tak tido malam..tapiiiii saya pantang orang datang lambat ke kelas saya..jadi awak boleh datang awal ke kelas dan sambung tido dalam kelas..fahammmm”

Ok da puas membebel jom sambung cerita, ada 1 malam ni semua housemate aku berkumpul borak borak kat tingkat bawah..tiba tiba je lampu blackout..semua terkejut…ingatkan lampu m**i..tapi tengok rumah kiri kanan lampu hidup..so aku pun bagun buka elektrik kat kotak elektrik tu.. Lepas lampu terbuka kitorang sambung borak lagi..buat macam 1 bulatan… si anna ni dia tengah chat ngan bf dia.. kebetulan masa anna reply chat bf dia ni blackout lagi..then semua terkejut la..anna ni dia campak phone betul betul depan aku.. Time ni aku nampak muka anna betul betul kat atas phone dia… Aku ingatkan anna nak ambek phone dia suluh lampu suroh aku buka plug kat kotak elektrik tu..sekali anna ni diam je..sampai la lampu dari phone dia ni terpadam.. Aku terus ambek phone aku, bagun pergi ke kotak elektrik.. Bila lampu da terbuka aku nak mara si anna la asal dia tak suluh phone dia tadi..sekali anna tengah dok berpelukan ngan si sya sebab takot..dannn kedudukan anna dan phone ni memang jauh..so persoalannya yang aku nampak muka anna melalui cahaya phone adalah anna ori or anna jadian??? Hehehe

Nak kata anna gerak masa aku bagun tu mustahil..sebab kotak elektrik tak jauh dari anna pun..dalam 4 langkah dari kedudukan anna..mesti aku akan rasa kalau ada orang yang bangun or bergerak.. Masa blackout ni memang gelap..nak bergerak memang susah..nak tengok muka orang kat sebelah kita pun tak nampak apa..hitam jeee so mustahil diorang akan gerak dalam keadaan gelap.. Aku ignore je la..

Masa sem 3 ni memang masa paling susah bagi aku..dengan kene kacau la. Aku kene denggi la (time ni taman perumahan aku memang musim denggi..selang 2 hari mesti kene sembur sebab ada yang kene denggi)..sampai aku rasa down gila wei..aku pernah cakap ngan mak aku, aku nak stop..tak tahan belaja (aku tak pernah cerita kat family aku apa yang belaku kat tempat belajar..sebab tak nak diorang risau)

Bila masuk sem 4, anaa, sya dan lala pindah rumah lain sebab dia stay ngan kawan kelas dia.. Sepanjang sem 4 dan sem 5 ni aku da kurang kene kacau..ada sekali dua je kene kacau… Tapi aku masih takot nak tido malam..

Sampai sekarang aku masih fikir.. Adakah anna dan sya ni penyebab aku kene kacau? Atau kebetulan? Mesti korang tertanya kan kenapa aku tak berubat ke?.. Sebenarnya family aku ni jenis yang tak berapa percaya tentang benda mistik ni..bukan bermaksud diorang tak percaya lansung…diorang percaya cuma bagi diorang kalau sakit pergi klinik.. Aku ada gak mengadu kat lecture aku..tapi dia pun sama gak ngan family aku…siap dia cop aku ni menipu..yala bulan puasa kan syaitan di ikat..macam mana aku leh kene kacau masa bulan puasa…

Di sebab kan ini lah aku ambek keputusan untuk pendam semuanya sendiri.. Aku tak tau nak mintak tolong siapa.. Sampai la aku kenal dengan suami aku dulu.. Dia yang banyak tolong ubatkan aku (suami aku seorang yang terbuka hijabnya…dia pun ada ilmu untuk mengubat)

Tapi segala gangguan tak berakhir kat sini..bila aku dah habis belajar dan pulang ke kampung tak sangka ada yang follow aku tanpa aku sedar. Dah lama baru suami aku sedar ada yang ganggu aku lagi.. Masa bercinta dan masa bertunang aku memang jarang jumpa suami aku.. Suami aku kerja kat perak dan aku kerja kat selangor..ada la setahun 2 3 kali jumpa..tu pun jumpa bersebab.. Sekarang pun walau kitorang dah kawin kitorang tak tinggal serumah… Suami aku terpaksa bekerja di serawak dan aku masih di selangor.. Korang doakan aku semoga suami aku dapat bekerja dekat selangor lepas ni dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Insyaallah.. Amin

Cerita hostel vs rumah sewa dah berakhir dekat sini..Insyaallah ada masa aku cerita pengalaman aku kene ganggu lepas habis belajar dulu ya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liana

3 thoughts on “Hostel vs rumah sewa bahagian akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.