Mertua : 2

Assalamualaikum. Hai, terima kasih admin sebab siarkan kisah aku sebelum ni, MERTUA. Untuk kisah kali ini, ia adalah sambungan daripada kisah Mertua. So, kalau tak faham kena baca dulu kisah Mertua okay. Minta maaf kepada yang ternanti-nanti sambungannya. Kisah kali ini hanyalah untuk melengkapkan kisah MERTUA.

HARI KE-2 TAHLIL
“Saya balik je dari kedai, saya tengok dia terbaring sambil berselimut dekat atas tilam tempat dia berpantang tu. Menggigil badan dia. Saya pegang kepala dia leher dia badan dia tak panas sangat. Tapi dia meracau-racau ni cakap sejuk abg sejuk sejuk. Padahal tilam tu ada pemanasnya tapi still dia cakap sejuk. Saya duduk sebelah dia, tiba-tiba dia bangun mengejut sambil mata meliar sana-sini. Kat mulut dia terkumat-kamit aku nak bancuh susu anak aku lapar aku nak masak suami aku nak makan masakan aku nak masak aku nak masak.

Kemudian saya tanya dia nak pergi mana, dia tak jawab sambil mulut tu terkumat-kamit je sambil berjalan laju masuk bilik utama. Saya ikut dia sekali masuk. Saya tengok dia macam menggelabah, takut-takut pon ada, dia macam rushing cari tudung kain batik semua. Saya pegang tangan dia sambil tanya nak pergi mana ni. Dia tepis kuat sampai tertolak badan saya kebelakang. Kudrat dia macam kuat sangat. Tiba-tiba dia jatuh pengsan depan saya, saya pangku dia dengan Ad dan Ha plak tiba-tiba meraung kuat menangis nya semua. Gigil tangan pegang phone nak call ambulance.

Lepas tu dengan sekejap sangat, mulut dia berbuih-buih banyak”.- panjang lebar PakTeh cerita masa hari kejadian dekat Ibu and nenek. Aku?? Aku duduk tepi sliding door, sambil berselindung sikit disebalik langsir yang tak berapa sangat tu. Curi-curi dengar perbualan dia orang yang dekat luar rumah.

Terasa sunyi di rumah Makteh. Tiada sanak saudara yang berkunjung. Saja ibu masak breakfast dan makan di meja depan rumah. Sesudah makan semua, ibu and nenek duduk sekali di depan untuk berborak dengan Pakteh yang dari tadi termenung tak banyak cakap semenjak Makteh sakit. MakNgah datang dari dapur sambil bawa sepinggan nasi goreng cilipadi sotong, terus menapak join Ibu and nenek dekat luar. Aku ikut sekali ke luar.

Kebetulam masa tu Pakteh baru habis cerita. Semua diam. Masing-masinh hanyut dalam emosi dan situasi kejadian. “Orang sini ke Di??”- tiba-tiba PakTeh bersuara memecah lamunan masing-masing. Aku plak sedikit terkejut bila ditanya macam tu. Aku tak pasti pertanyaan tu sama ada betul-betul bertanya atau untuk menduga aku akan jawab jujur atau tidak. Aku tau PakTeh tau aku boleh ‘nampak’ aku boleh ‘rasa kewujudan’ sesuatu diluar batas keinginan aku. “Kenapa Pakteh tanya macam tu??”- soalan dibalas soalan oleh aku sambil mata aku meliar melihat riak wajah Ibu dan MakNgah. Ibu buat isyarat mata yang mana aku rasa jawapannya ‘jangan bagitau’ sementara MakNgah senyum sinis aku tengok sambil asyik sangat mengunyah nasi goreng nya.

“Imam tu cakap orang sini. Orang dekat plak tu dan perempuan”- MakNgah balas dari pihak aku. Geram mungkin dengan pertanyaan Pakteh. Sebab dari awal kejadian lagi, Pakteh ada suarakan yang semua ni angkara bekas teman lelaki MakTeh. Tapi Ibu and MakNgah berkeras cakap sebelum MakTeh berkahwin boleh dikatakan arwah sudah 5 ke 6 tahun tak berhubung langsung dengan bekas teman lelaki tu, even masa tu Pakteh and Makteh belum kenal each other lagi. Instinct aku kuat cakap yang Pakteh tau itu semua perbuatan mak & kakak dia. Tapi mungkin dia nak pengesahan ataupon sekadar nak uji sama ada kami yang tahu si pelaku akan buka aib ‘mereka’ atau tidak atau Pakteh sememangnya sulit nak terima kenyataan entahlah.

Aku diam je tak respon apa-apa cuma banyak mendengar. Aku tengok muka Pakteh nampak kosong je. Macam kehilangan sangat-sangat besar, macam tak ada arah tuju. Masa tu hari ke-2 Makteh meninggal. Semua masih terasa lagi dengan kehilangan Makteh. Apa yang aku boleh katakan pasal Makteh ni dia sangat happy go lucky person, jarang sangatlah sakit, kuat fizikal and mental, and dia selalu share anything dengan aku and ibu. Sebab tu aku sangat-sangat terasa dengan kehilangan arwah. Rindu. Sedih. Sakit hati.

SEHARI SEBELUM PERGI
Sehari sebelum Makteh pergi, aku bergilir-gilir dengan Ibu, MakNgah and Pakteh jagakan Makteh di ward. So, masa turn aku tu aku ada tanyakan Makteh pasal kejadian. Dia start je buka mulut dok cerita ke aku tu, aku tahan sehabis usaha daya kudrat aku tak nak menangis dekat situ. Sedih. Kecewa. Sakit hati tengok perubahan total Makteh. Aku saja tukar topik ke lain “Makteh tak rindu dekat Ha ke?? Dia dok tunggu Makteh balik tu”. “Ha?? Sapa tu eh? Kenapa tak pernah dengar pon.”- ya Allah berderai juga air mata aku yang bertakung tadi. Aku balas sambil teresak-esak depan dia “Allah Makteh takkan tak ingat. Tu anak Makteh yang nombor 2. Pantang pon tak habis lagi”- pandangan Makteh ke aku kosong. Blur. Loading untuk hadam percakapan tentang info yang aku sampaikan tadi.\

“Sokaylah kalau Makteh tak ingat, nanti kita ingat slow-slow okay. Yang penting Makteh kena kuat. Kita kena lawan depa okay”- sambil buat tangan seolah-olah tunjuk muscle. “In syaa Allah nanti Makteh dah sihat, Makteh nak balik kampung. Ha, Makteh bagi Ibu Di jaga tau. Tolong jaga Ha elok-elok tau.”- Makteh balas ke aku setelah sekian lama diam sambil dia menyeka air mata aku. Lagi laju air mata aku turun. Seolah-olah ‘amanat’ yang disampaikan untuk aku tadi.

HARI TERAKHIR
Aku otw ke hospital dengan yang lain untuk melawat Makteh. Ibu dah ada di hospital since ibu yang take turn jaga Makteh semalaman. Lagi 5 minit nak sampai dapat call dari ibu ” korang dah sampai mana? Datang cepat. Makteh nazak”- belum sempat aku respon apa-apa. Aku panggil ibu ibu ibu just tangisan esakkan ibu yang aku dengar. Sampai saja hospital Makteh dah dimasukkan ke ICU semula. Selang 15minit, doktor announce Makteh dah pergi. D***h Makteh membeku macam jeli. So, oxygen cannot transfer to the whole body.

Terlalu banyak ‘toxic’ dalam d***h. Ahli-ahli keluarga Pakteh and Makteh ada sekali masa tu termasuklah si mertua dan kakak ipar nya. Kuat bau bangkai bila dua ketul tu mendekat seolah-olah nak menenangkan kesedihan aku, ibu dan semua. Dia orang beria peluk aku, ibu, nenek and yang lain untuk tenangkan kononnya. Nenek tepis kasar “Puas hati kau anak aku dah m**i. Itu yang korang nak sangat kan.”-tengking nenek ke mertua tu. Terpinga-pinga semua. Merah padam muka ‘mereka’. Dalam diam dan tersorok aku nampak ‘mereka’ tersenyum bahagia. Sambil ditemani ‘the thing’ yang menghuni peti ais rumah Makteh. Dari jauh aku sudah boleh bau ‘busuk’ hanyir seolah-olah bau bangkai. Setiap inci sudut ward tu yg terkena percikan d***h, disapu dengan tangannya membawa ke kepalanya dengan penuh rakus.

Pakcik and Makcik baru sampai dengan uniform tak sempat tukarnya, terpekik-pekik Pakcik panggil doktor yang merawat Makteh. Macam orang tak waras dah aku tengok. Seumur hidup aku Pakcik ni antara adik ibu yang paling lembut dan malas bergaduh. Tapi bila dalam situasi macam tu sesiapa pon boleh hilang akal. Aku just terduduk di lantai tepi kerusi tempat ibu duduk. Dah tak ada air mata nak keluar rasanya. Sedih. Pilu. Terkilan. Tak sangka apa yang kami seisi keluarga takutkan terjadi juga. Nenek? Setitik air mata aku tak nampak. Kuat atau geram ke ‘mereka’ aku tak pasti. Dalam tertunduk-tunduk dok kesat air mata tu, aku nampak kain buruk bergerak lalu depan aku seiring dengan si kakak ipar yang berlalu ke dalam ICU untuk nak melawat arwah Makteh. Menggeletar jari aku terkejut tiba-tiba nampak kelibat tu ikut kakak ipar. Tiap penjuru ke tempat kakak ipar tu bergerak ‘dia’ ikut je. Sesekali aku nampak mulut kakak ipar terkumat-kamit macam tengah cakap seorang diri.

AFTER 11 YEARS
Kebanyakkan anak-anak mertua yang dibanggakan kerja dia orang kemain eh. Tapi dalam kerja besar pon hawa nafsu tamak haloba still ada tersemat dalam hati tu. Dua orang daripada tu dipenjarakan 5 tahun sebab corruption. Macam mana aku tau?? Newspaper je. Since Makteh meninggal, aku seboleh-bolehnya tak nak ambil tau langsung pasal sedara mara di sana. Sedara lah sangat kan.

Once dah bebas, Allah balas plak dengan sakit kronik sampai lumpuh. Punca sakit aku tak pasti sebab kebanyakkan sedara mara yang pergi cakap macam kena buatan orang. Makan tak boleh minum je but then muntah balik. Muntah keluar air busuk dengan ada serbuk-serbuk kaca. Ini aku tau sebab terjumpa gambar sedara mara lain pergi melawat dia orang di fb. Anak-anak mertua yang sakit ni antara yang bagi layan buruk dekat arwah Makteh atas alasan menantu-menantu mertua yang lain semua berkerjaya tapi Makteh seorang je suri rumah. Even Makteh belajar tinggi juga lah bagi aku sampai degree, tapi dia pilih untuk menjadi suri rumah. Katanya ‘kalau tak kerja, asyik habiskan duit Pakteh je. Then, sebab tu lah Pakteh bagi duit sikit je tak sama dengan anak-anak yang lain bagi ke mertua’. Itu ayat si mertua adu dombakan ke anak-anaknya.

Entahlah, aku pon tak pasti sebab yang munasabah dia orang ni semua layan buruk dekat arwah. Ada je tak kena. Mungkin sebab Makteh tak bekerja juga selalu menjadi isu yang dibangkitkan oleh mertua and kakak iparnya. Dari sekecil-kecil hal pon boleh dibesarkan sebesar stadium.

Anak-anak mertua ni tak semua kerek belagak bagus, but kebanyakkan nya begitulah. Ada je yang masih baik sampai sekarang. Alhamdulillah, elok je hidup dia orang aku tengok. If ada apa-apa dengan aku, laju je datang nak tolong. Tapi aku macam biasalah, pukul rata je semua. Aku dengan MakNgah sama naik anginnya. Just Ibu, Abah and adik-adik ibu yang lain yang berlembut. Entahlah nak kata tak redha dengan takdir dah jadi berdosa, tapi until now pon aku masih lagi cuba try test sepenuhnya nak ikhlaskan still tak boleh. Dalam 2 ke 3 tahun lepas, Ibu Abah ada la ajak aku pergi melawat si mertua sekaligus boleh melawat Pakteh, Ad and kubur arwah.

Aduh!! Puas bertegang urat juga lah ibu abah nak lembutkan hati aku untuk pergi. At the end aku ikut juga. Drive jauh-jauh sampai je sana si mertua suruh singgah dulu rumahnya. Katanya dah siap masak. Aku?? Sebiji nasi pon aku tak jamah. Duduk je aku di beranda depan. Ha pon ikut aku (Ha diamanahkan arwah untuk ibu) melepek kat depan main congkak yang ada situ.

“Ni rumah siapa kakak? Kenapa Ha tak pernah tengok pon?”- Ha bertanya selepas sekian lama dia meneliti rumah and wajah si mertua. “Dah besarlah cucu opah ni ye”- mertua acah-acah beramah mesra depan semua sambil tarik tangan Ha nak peluk. Tapi Ha laju je lari ke belakang aku. Senyum kambing aku dari jauh. Pelik je Ha pandang mertua tu. Sepanjang Ha dah stay dengan ibu abah, tak ada sekali pon di akal waras aku yang mertua call untuk bertanya khabar tentang Ha. Masa ni ibu abah dah selesai jamah makanan yang mertua tu masak, dia orang semua datang lah duduk di beranda depan ni.

 

Aku tengok mertua dari tadi sembunyikan tangan kiri dia. Aku malas nak bertanya. “Kena air panas. Kucing bermain-main atas kabinet lepas tu tertolak cerek panas jatuh atas opah. Opah tengah nak makan masa tu. Ingatkan sikit je haa, idok lee ke klinik. Sapu minyak gamat gitu je lah. Dah lama-lama tu pergi ke doktor, dia cakap isi dan saraf mkcik ni dah reput. Kuman dah merebak. Itulah terpaksa dipotongnya”- mertua bercerita panjang lebar. Nak kata suka rasa bersalah plak sebab tu ujian dia, tapi kalau nak simpati rasa orang macam tu tak layak terima simpati. Mungkin kifarah. Btw, mertua ni stay sorang-sorang je. Even umur dah 80 something aku tak ingat, dia still lagi boleh buat kerja sendirian. Kadang-kadang tengok macam ada ‘sesuatu’ plak yang menjaga. Tapi malas lah aku nak ambik pusing.

Sehari selepas kisah MERTUA released di sini. The mastermind this whole event meninggal. Guess who selain si mertua?? 3 tahun juga lah dia terseksa dengan cancer cervix. Dia sangat ‘berada’ ye. So, even tengah sakit cancer pon dia still dengan angkuh nya cakap ‘alah kanser biasa je. Boleh sembuh bila-bila je. Cuma kena siap duit je’. Cakap pon suka sangat mendabik dada and meremehkan orang lain. Hairan aku. Ingatkan dah bertahun-tahun tak jumpa dah insaf lah. Aku terjumpa dengan dia masa pergi melawat si mertua dengan ibu abah. Senyum sinis je aku dari jauh. Malas aku nak berbasa-basi. Kebetulan dia balik kampung dengan kereta baru beli (dia cerita masa tu). Kereta apa entah namanya. Cayenne je aku tengok tulis di belakang kereta tu. Aku ni B40 je mana lah nak tau brand-brand kereta mahal ni. Dalam tahun yang sama juga, anak si kakak ipar ni meninggal kena langgar lari. Diseret 300 meter dari tempat kejadian and dijumpai orang ramai dalam keadaan anggota badan yang tak sempurna. Pakteh inform ke ibu, so of course lah aku akan tau. Then ternampak video dia meratap menangis teresak-esak sampai kena papah berjalannya dalam fb salah seorang sedara masa tu.

Sakit kan orang yang kita sayang kena rentap sekelip mata?? So, seronok tak anak yang kita sayang kita tatang hilang begitu saja?? Macam gatal je mulut aku ni nak cakap macam tu. Tapi bila fikir balik. Itu kifarah dia. Pengakhiran untuk kita pon tak tau lagi macam mana. The next year after anak kakak ipar ni meninggal, doktor sahkan plak dia dijangkiti kanser payudara stage 3 dalam fasa dia untuk survive dari kanser serviks. So, she has 2 cancer at the same time. Doktor cakap sel kanser yang lama merebak ke organ lain. Terlantar lah dia di hospital berbulan-bulan lamanya sampailah dia meninggal baru-baru ni. Keluarga aku dapat tau benda ni pon dari sedara mara yang masih contact. Tak ada rasa seronok pon yang aku rasa dari segala kejadian yang satu-satu Allah tunjukkan kepada si pelaku semua tu. Cuma berharap di hujung-hujung nafas mereka semua, mungkin boleh ulang tayang semula di benak mereka tentang apa yang mereka pernah buat dengan arwah. Allah ada. Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Kifarah tu selalu ada.

Minta maaf untuk kisah kali ini tidak ada vibes seram sangat. Semoga setiap kejadian yang berlaku menjadi pengajaran buat kita. Kita tak sempurna. Setiap orang akan melakukan kesalahan, tapi kesalahan itu yang membentuk kita untuk buat pilihan sama ada kita nak berubah jadi lebih baik atau sebaliknya. Kebanyakkan part terpaksa censored atas sebab-sebab tertentu. Cuma ini saja yang dapat aku kongsikan. Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mrs Tulip

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 53 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.