Nama Aku Balqis

Assalamualaikum.. Kisah ini mungkin tidak lah seseram cerita yang lain, tapi kisah ini cukup membuatkan aku dan sahabat handai termimpi-mimpi.

Kisah ini berlaku pada tahun 2019 , ketika mana tahun pertama aku menjadi fasilitator untuk program Qiyamullail di sekolah. Eloklah jika aku tidak memberitahu nama sekolah, ianya bermula sebaik sahaja aku dan nabila (bukan nama sebenar) masuk ke bilik disiplin bersebelahan kantin . Ketika kami betul-betul ingin menyarung kasut, tiba-tiba kami didengari jeritan-jeritan pelajar perempuan . Dengan memakai jubah kami sebagai fasilitator berlari naik ke tingkat dua , dengan tak hirau berlari dihadapan lelaki-lelaki pujaan semalaya semata-mata ingin membantu.

Keadaan mula cemas , ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 12.00 pagi, pelajar perempuan mula menangis berpelukan kerana ketakutan .
Ketua fasilitator iaitu Ainul (bukan Nama sebenar) mula bertanya apa yang berlaku kepada pelajar perempuan. Adrenaline mula menjalankan tugas, Seram woi. Bulu roma meremang bila nak jejakkan kaki dekat bilik tersebut.
Aku: akak Ainul, jom. Insha Allah semuanya ok.
Ainul: jom semua, Sambil mengenggam tangan aku.
Dekat dalam bilik tu dah ada fasilitator yang teman dia, waktu tu keadaan dia, Dia tengah duduk tangan tutup muka, kaki melujur menghadap tingkap sambil nangis. Allahu, seram. waktu tu fasilitator semua terus tolong apa yang patut. Ustazah datang dan suruh kami baca ayat kursi dan siapa yang uzur kena keluar dan Alhamdulillah aku tak uzur jadi, aku dapat bantu apa yang patut. Jadi, tinggal 6 orang fasilitator yang ada ketika itu , setiap seorang duduk dan baca ayat kursi dekat belakang dia, depan, tepi .aku tahu serba sedikit cara untuk mengubat orang kerana pernah hadapi situasi seperti ini di rumah , aku mula membaca ayat kursi sambil letak tangan aku dekat belakang dia, aku tolak dari atas sampai pinggang, sampai je dekat pinggang dia ketawa . Terus akak fasilitator yang Ada depan dia jerit “Allahuakbar” dan terus back of .

Aku terus cakap : akak, takpe stay still baca je ayat kursi.
Akak fasilitator : akak takut (jelas terpancar riak ketakutan.
Aku: takpe, akak boleh duduk luar, kami semua inshaa Allah boleh handle.
Ustazah bacakan ayat-ayat dekat air kosong suruh “DIA” minum, tapi dia tak nak, ustazah tanya nama siapa “DIA” cuma angkat bahu. Dalam hati aku dah tahu ni bukan “DIA” , tengok cara dia bernafas pun tahu, ustazah terus suruh “DIA” baring.

Waktu tu dah lewat jadi, ustazah Nak balik sebab ustazah ada anak kecil , ustazah suruh kami teruskan sebab ustazah kata dia dah okay tapi hati aku tetap cakap ni bukan “DIA” . Ustazah balik je, Akak Ainul suruh 4 orang azan dan iqamah dekat setiap sudut, aku stay baca ayat kursi sebelah “DIA” dan waktu tu dia duduk sambil tersengih-sengih tengok fasilitator azan setiap sudut . Aku dah hagak tu bukan “DIA” , depan ustazah dia pura-pura ,sabar jela. Lepas je azan setiap Sudut aku Cakap dekat Akak Ainul .
Aku: akak, kita wajib panggil ustaz naik.
Ainul: ok, akak turun sekejap.

Jadi, tinggal aku dan dua orang akak fasilitator teruskan perjuangan dengan membaca ayat kursi berulang kali, “DIA” masih berkeadaan begitu dan kami decide untuk tukar posisi dia untuk menghadap kiblat dan “DIA” okay tak ada meracau ke apa ke. Ustaz syah (bkn nama sebenar) dan ustaz syahmi (bkn nama sebenar) sampai, sebelum ustaz sampai aku suruh “DIA” pakai tudung , handsock, stokin dan “DIA” ikut tanpa bantah and she looks fine. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi, terasa lama waktu berjalan , ustaz syah dan ustaz syahmi duduk depan “DIA” dan mula bertanya. Aku memang tidak berganjak dari sebelah “DIA” Rasanya hampir satu jam , Dan aku berseorangan, fasilitator yang lain menjaga dan mengasingkan pelajar yang mula menunjukkan tanda-tanda di rasuk.
Ustaz syah : kamu… Nama siapa?
DIA : balqis.
Ustaz syahmi: kamu tinggal mana?
DIA: angkat bahu.
Ustaz syah: kamu kenal ke siapa saya? Siapa sebelah kamu? Siapa sebelah ustaz?
DIA: kenal. ustaz syah, sebelah ustaz tu ustaz syahmi, sebelah saya Dahlia .
Ustaz syah: macam mana kamu kenal Dahlia?
DIA: Dahlia senior sekolah rendah.
Ustaz syah: betul ke Dahlia?
Aku: betul ustaz.

Ketika “DIA” menjawab semua soalan ustaz, memang jangan cakap tengok gaya memang nampak yang “DIA” menyampah dengan semua soalan ustaz . Ustaz Syah menelefon ustaz yang hebat dalam hal ubat-mengubat , waktu ustaz call “DIA” mula ketawa dan tiba-tiba menangis dan tiba-tiba bunyi humming kedengaran. Aku mula beristighfar dan ustaz meminta izin untuk standby di bawah untuk tunggu ustaz yang dipanggil sampai dan waktu itu jam menunjukkan pukul 1.30 pagi beberapa akak fasilitator mula masuk menggantikan ustaz dan aku still berada di sebelah “DIA” kerana “DIA” hanya mendengar Kata ku. Dan kisah seram bermula….

Cukuplah sampai sini nanti aku sambung lagi. ….. Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NAD

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

14 thoughts on “Nama Aku Balqis”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.