Nenek Tua

Salam. Ini merupakan kisah ketiga yang aku cuba nak kongsi pada para penggemar FS. Tapi satu pun tak di publish lagi. Hmm.. Aku memang peminat cerita- cerita seram. Sampai setiap malam sebelum aku jumpe FS ni, aku akan dengar rancangan MisteriJam12 di radio ria, radio singapura. Rumah aku di Johor Bahru jadi dapat lah siaran singapura. Aku akan buka kuat-kuat sebelum tidur. Tapi sekarang dah tak ada rancangan tu.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukan berkaitan siaran radio tu tapi mengenai adik aku. Pada waktu itu umur adik aku 11 tahun. Dia ni adik bongsu aku dan dia paling rapat dengan aku. Dia lah paling tak suka aku dengar rancangan MJ12 tu. Dia kata dia tak boleh nak tidur sebab rasa tak selesa.

Pada suatu hari, lepas pulang dari sekolah agama jam 7 petang. Adik pulang dengan muka pucat. Dia kata dia sakit kepala. Lepas aku picit dan suruh dia makan ubat, dia tidur. Malam tu dalam jam 3 pagi lebih aku terdengar bunyi mengerang. Aku ni memang mudah tersedar. Rupanya adik yang mengerang.

Aku kejut dia tapi dia tak sedar kan diri. Badan dia sangat panas masa tu. Tiba-tiba dia menyanyi lagu kumpulan forteen. Lirik dia lebih kurang mcm ni “manakah kita kalau kau dan aku tidak sekata” dia asik ulang lirik tu je. Sampai aku kat tepi dah nak nangis takut dia kena sawan sebab panas sangat ke. Aku panggil ibu dan ayah n diorang bawa adik pergi hospital. Sampai kat hospital nurse check suhu dia tapi dia kata panas adik normal. Aku rasa macam nak maki je nurse tu mase tu. Normal dia kata. Aku yang pegang badan adik aku yang rasa tak tahan bahang dia.

Lepas ambil darah adik ditahan masuk ward sementara tunggu result darah. Aku memang dah nangis da masa tu. Aku risau sebab aku takut jadi apa-apa dekat adik masa tu. Esok pagi nya adik da sedar tapi dia asik mengadu sakit kepala. Badan makin panas tapi nurse still cakap suhu dia normal. Bila nurse dah cakap macam tu memang tak ada apa yang dia buat. Terbiar adik aku kat katil tanpa rawatan susulan. Tiba-tiba aku teringat seorang pakcik masa aku pernah kerja part time dulu.

Aku call dia. Aku cerita pasal adik dekat dia. Lepas tu dia pun cerita. “Adik kamu tu ade terlanggar sesuatu tu. Benda tu da masuk dalam badan dia. Kalau adik kamu tak boleh kawal, panas akan mendadak dan dia sendiri yang akan tunjukkan diri nanti.” Betul cakap pakcik tu. Lepas ujian darah adik keluar doktor suspek dia ada jangkitan kuman di otak. Mungkin sebab suhu terlalu panas. Dalam hati aku menyumpah, kata tadi kata normal. Adik di masukkan ke icu. Masa nak pindah icu tu. Tiba-tiba adik berdiri atas katil dan mengamuk cakap tak nak duduk dekat icu tu. Icu yang adik duduk tu icu kanak-kanak jadi mana boleh bising.

Jadi nurse terpaksa suntik ubat penenang padanya. Malam tu ibu jaga adik dan esoknya baru aku yang jaga sebab aku yang berkeras nak jaga. Malam tu aku langsung tak boleh tidur. Adik asyik meracau je. Dalam tidur dia cakap ayat lebih kurang macam ni ” eh korang nak pergi mana? Jangan lari. Ini arif lah” entah apa yang dia mimpi. Lepas tu dia terbanggun dia tengok aku. Dia cakap dia nak buang air besar. Dalam icu tak boleh keluar. Adik dah dipakaikan lampin pakai buang da siap-siap. Aku suruh dia buang je kat lampin tu pastu dia marah.

“Ingat budak-budak ke nak berak dalam pampers”. Dan dia tak membuang pun masa tu. Dia kata tak boleh. Lepas tu dia membebel. Sebijik macam nenek membebel. Dan yang paling pelik. Dia boleh sebut dan gambarkan kawasan perkampungan kami masa sebelum dia lahir. Dia tanya aku. “Bibah mana bibah? Tu si Semah buat apa kat sana tu?” Aku pelik aku tanya ibu. Memang ada orang nama Bibah dan Semah tapi diorang dah meninggal lama dah. Masa mak aku baru kawin umur diorg dah 50 tahun dah. Macam mana adik boleh kenal nama tu.

Esok pagi ayah pula ambil turn jaga adik sebab dia tak kerja. Sebelum aku dan ibu balik kami singgah ke kafe hospital sebab adik kata nak makan bubur. Tapi masa tu bubur habis. Kami beli apa yang ada dan aku beli cheese kek sebab teringin nak makan. Adik dah ok sikit masa tu. Naik sahaja ke ward icu sebelum kami masuk ayah dah tunggu kami diluar. Dia kata adik membebel. Dia kata ” orang suruh beli bubur yang pergi beli kek tu kenapa” padahal masa tu kami tak masuk pun lagi ward. Ayah pun keluar nak tanya betul ke beli kek tak beli bubur. Kami terkejut macam mana adik boleh tahu.

Ingat aku ada kata aku telefon pakcik tempat aku part-time dulu. Malam aku jaga dia tu pakcik tu cuba tengokkan dari jauh dan cuba tolong apa yang patut. Tapi benda tu tak nak keluar. Dia tanya adik ada nak buang air tak. Aku kata ada tapi dia taknak buang. Pakcik tu kata memang. Sepatutnya dia keluar ikut salur najis tapi mungkin benda tu degil. Lepastu pakcik tu sendiri yang datang ke hospital dan tolong tengok adik. Dia bagi adik minum air dan dia renjis kat muka adik. Lepas tu muka adik terpinga-pinga.

Dia pelik kenapa ade dekat hospital. Rupanya adik dimasuki benda yang dah lama duduk dikampung aku dan dah tua. Sebab tu perangai dia macam orang tua yang nyanyuk dan kuat membebel. Mungkin dia terlanggar tempat dia masa tengah main dengan kawan-kawan dia lepas balik sekolah hari itu. Kesan dari kejadian tu adik dah tak boleh penat atau terdedah dengan matahari sangat kesan panas yang melampau menyebabkan otak dia membengkak. Doktor sampai 2 kali ambil air tulang belakang dia untuk kesan kuman yang ada dalam otak adik. Aku yang tengok dia yang terseksa.

Maaflah kalau cerita aku ni tak seram. Aku sekadar berkongsi. Kisah sebelum ni tak dikeluarkan pun. Kalau yang ni pun tak keluar juga mungkin aku jadi pembaca je la sampai bila-bila. Tq FS.

.

FOLLOW FB KAMI.

10 comments

  1. Haaaaa….
    Takot admin ble perenggan last tu penulis ugut dalam sendu, trs kuor cerita kali ni…
    Hahhaahhaha…

    Selain sbb bengkak otak tu pon, klu org dh penah dirasuk mmg kena elakkan berjalan/dok bwh matahari rembang atau tengahari terik…
    Sbb tu time benda tu melintas sna sni,nnt lg sng kena hinggap…
    Wallahualam…

    1. Betul tu kak Yulie. Dia tu dah la ligat budaknya. Bila dia dah lain sikit kami mula risau dah. Haih. X sanggup nak tengok die masuk icu lagi..

  2. dulu aku peminat MJ12, lps dok KL, haramm,, nak dgr online, data tak kuat..
    aku penah dgr tahap DJ Cassie kene kacau di konti, terus di tamatkan siaran..
    dahsyat kann,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.