Orang Minyak

Assalamualaikum semua. Kisah yang aku nak share ni paling seram pernah jadi kat aku. Mase ni aku dalam darjah 2 ke 3 macam tu. Tak ingat tahun 1995 atau 1996. Tapi mase ni kat kawasan tempat aku tinggal tengah kecoh pasal kes orang minyak.

Aku ni malam2 tidur dengan abg aku. Biase la kecik lagi kan, belum pisah tidur lagi. Mase ni rumah aku tengah renovate. Tingkap pun takde mase ni. Jadi nye yang ade tingkap kayu zink yang ikat kat bingkai tingkap yang tengah nak pasang tu. Zaman ni kira selamat lagi la kalau nak compare dengan mase sekarang ni. Duduk pulak kat kampung. Aku tidur kat tepi tingkap, dalam kelambu ok. Tengah sedap2 tidur tu aku terjaga sebab aku rase ade tangan geletek tapak kaki aku. Aku pun buka la mata. Buka2 je aku nampak ade seseorang duduk kat hujung kaki aku. Seseorang tu adalah berbetuk badan lelaki. Macam mane aku nampak dia berbentuk lelaki? Sebab tingkap bilik aku terbuka dan malam tu bulan penuh dan terang sangat. Jadinya dengan cahaya bulan yang masuk tu aku nampak la samar2 bende tu. Kami pula tidur xpasang lampu dalam bilik, pintu bilik terbuka dan cahaya samar2 lampu dapur je masuk.

Lepas aku completely sedar dari mamai tu aku fikirk dalam hati siape la yang kejut aku bangun ni. Abang aku kot balik kampung tengah2 malam. Jadinya nak tumpang tidur ngan kami. Naif betul mase ni. Haha. Abang aku ade yg kerja kat bandar dan duduk menyewa. Jadinya aku ingat die yang balik. Lepas tu aku pun bangun duduk dengan kaki melunjur. Tujuan aku bangun duduk ni sebab nak pastikan orang tu siapa. Adudu. Seram pulak bila ingat balik. Bende tu macam mencangkung kat hujung kaki aku. Jarak muka kami dalam sedepa macam tu. Aku pun tenung la muke bende tu. Xkenal. Tiba2 aku meremang dan takut sangat2. Gila tak takut sebab aku pasti bende tu bukan siapa2 yang aku kenal dan die pun tenung je aku xbergerak2. Aku tak perasan muke bende tu macam mana, tapi yang pasti mata die buntang dan tajam renung aku.

Aku pun baring balik mase ni. Takut sangat2 dalam hati. Tak boleh nak buat apa dah. Tangan aku bergerak perlahan-lahan cubit2 abang aku kt sebelah. Sedar la bang oi. Selamatkan adik ko ni. Tapi abang aku tidur mati weyh. Hampeh betul. Punye la kuat aku cubit die tak sedar2. Bende tu tengok je aku tak gerak2 dari tadi. Aku rase nak nangis dah. Doa macam2 aku baca. Tapi dalam bahasa melayu jela. Xingat nak baca2 ape dah. Punye la aku doa dalam hati. Ya Allah ya Tuhanku. Engkau selamatkan la hambaMu ini. Tolong la ya Allah. Budak lagi weyh. Tambah pulak dengan ketakutan yang teramat. Ni je la yang aku mampu buat dan fikir mase tu.

Aku pejam rapat2 mate aku mase ni. Dalam otak aku nak lari keluar kelambu je pergi kat parents aku. Tapi aku xde kekuatan. Rase tak mampu nak bangun dan buat ape2. Dalam aku pejam dan doa2 tu aku dapat rase tangan bende tu pegang dan usap kaki aku. Dan usapan tu bergerak ke betis aku sampai lutut. Mase ni aku takut gila2 la. Tangan bende tu pulak sejuk weyh. Macam ais batu je aku rase. Lepas tu macam mane ntah aku rase nak bukak mate aku. Mase ni aku nampak bende tu merangkak atas aku. Tapi die tak tindih aku la. Macam posisi merangkak, dari kaki dan bergerak ke atas. Mase ni bende tu betul2 ade mengadap muke aku. Pandai2 la korang bayang ye. Allah je tau mase tu, rase nak putus nyawa. Huwaa. Aku pulak tak tau kenapa tak tertutup mate aku mase tu, boleh pulak dok pi tenung je bende tu. Bende tu pun tenung je aku. Dalam hati aku dah menangis meraung dan sebut Allah je. Bantu lah hambamu ni ya Allah tak putus2.

Tibe2 mase ni adik kecik aku yang tidur dengan parents aku kat ruang tengah menangis kuat. Bende tu undur sikit dan paling muke die ke arah pintu bilik masih dalam posisi macam merangkak atas aku. Tak lama lepas tu adik aku senyap. Bende tu tengok aku balik dan macam nak mara ke depan semula. Masa ni aku dah mula menangis tapi bukan meraung la. Menangis uhukuhuk je. Tibe2 bende tu duduk balik kat hujung kaki aku. Aku macam tersedar mase ni. Terus lompat keluar kelambu lari ke parents aku. Aku tak tau la mase ni aku pijak abang aku ke tak. Lantak ko la bang. Janji aku selamatkan diri aku dulu. Terus aku nangis2 kat parents aku cakap sambil nangis “makkkkk, tolong, ade orang dalam kelambu”. Terus bangun mak aku. Mak aku jerit2 kat ayah aku cakap bangun bang. Ade orang masuk rumah.

Ayah aku pun berlari ke bilik cek tapi xde pape. Tingkap pun elok tertutup. Aku mase ni dok nangis2 lagi sambil menggeletar badan. Mak aku tenangkan aku. Lepas tu ayah aku keluar rumah bawak parang dan cek keliling rumah tapi takde pape. Abang aku tak bangun2 lagi mase orang dok kecoh2 ni. Hahaha. Lepas ayah aku dah cek ape semua kami semua berkumpul kat ruang tengah tu. Abang aku baru bangun tapi terpinga2 mase ni. Tengok jam dalam kul 3.30 pagi. Mak aku suruh aku cerite tapi aku macam lemah semangat tak boleh nak cerite tengah nangis2 tu. Jadinye mak aku baca2 ape entah dan ajak aku tidur dengan die.

Esoknye bangun aku macam takut2 lagi. Mak aku pun bawak la aku jmpe orang pandai berubat ni ambil air penawar untuk pulihkan balik semangat aku. Lepas tu baru aku ok. Pagi tu ayah aku keliling rumah lagi untuk tengok2 la dan nampak ade dalam 4 5 tapak kaki orang kt halaman rumah. Halaman rumah aku semua pasir. Tapi yang peliknye tapak kaki tu dalam 4 5 tapak je. Maksud nye sampai tengah halaman je, dari tengah ke hujumg nak ke jalan dah takde. Kire separuh jela tapak kaki tu. Kami pun pelik la. Tertanye2 orang ke atau hantu. Sampai sekarang takde jawapan. Mungkin orang minyak? Mungkin hantu. Mungkin orang psiko menyamar jadi orang minyak. Tak tau la. Tapi ape2 pun kalau orang ataupun hantu ape yang aku alami ni memang menakutkan. Sekian dari aku.

Siti

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

    1. Elok r dr ko yg xde cite tp thu kritik je.nme penulis.penulis porno blh r ko.pergi jahanam dgn penulis ko tu.mulut bebau.bulu hidung pjg.puihh

  1. ptg tu dri perak nk blik ke kg di pengkalan daun sampai2 je umah akak tiba2 akak buka cite yg dlm kg ni ada org minyak tngah wanted untuk di tngkap…mula2 ingat sja nk tkutkan anak2 supya balik rumah..& selesai makan kemas tempat tidur psang klambu ape semua mula la mata ngantok nk tidur..rasanya xsampai 1jam pun tiba2 ada rasa mcm tngan letak kt muka dri atas kepala tpi yg pelik nya bahagian atas tempat sya tidur tu simen batu mcm mna pula ada tngan..nk sdapkan hati ckap dlm hati mungkin tikus kot..tpi pandai pula ea tikus tu mai dok raba2 bahagian sorry cakap tetek….mula la peluh basah 1 badan…trus lidah kelu bisu…sya biar ape yg nk dibuatnya &xlama 5minit kemudian trus rasa tngan tu hilang…apalagi memang tarik slimut la..panas pun panas la dlm selimut tu…entah bila masa sya tidur pun xsedar..bangun2 je dh pagi…pagi tu dngar cite rumah hujung ada org nmpak org minyak masuk rumah then lari..ke rumah kosong & trus lenyap…tpi dlm fikiran saya bukan yg tu yg sya pelik nya org minyak sentuh saya smlm xtengok ke sya ni jantina ape laki ke pompuan main raba2 bagai..ke mata dia buta xpun rabun..dh la aq ni laki agak2 la nk meraba skali pun…entah2 org minyak ni kunyit kot..eee seram,geli,jijik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.