Pak Zaki Yang Ku Kenali

Salam admin dan pembaca semua. Aku Ariff Budiman bersiaran lagi. Kali ini aku paparkan 3 siri kidah Pak Zaki. Terima kasih andai admin aporove kisah ini.
Pak Zaki adalah seorang lelaki yang tidaklah bertubuh sasa. Dia bertugas sebagai seorang jurukur di Jabatan Kerja Raya. Semasa aku remaja, aku suka mendengar kisahnya sebagai jurukur yang masuk dan keluar hutan. Ceritanya dia telah mengambil ilmu dari seorang Tok Batin orang asli. Ilmu itu bukanlah ilmu untuk keburukkan orang lain tapi ia lebih kepada ilmu untuk mempertahankan diri sendiri. Di tunjukkan tangkal hitam padaku hasil pemberian tok Batin. Pernah dia bercerita yang ketika sedang berehat, tiba2 segulung kain bergulung kearahnya. Rupanya itu ialah hantu gulung mengikut cerita Pak Zaki. Terus di tendangnya hantu tersebut dan hilang. Pernah juga beberapa kali dia terserempak dengan wanita bunian dan mereka mengajak dia ke rumah mereka tapi di tolak secara baik oleh Pak Zaki. Sepanjang aku berjiran dengannya banyak kisah ketika kami bersama…Ia bukanlah cerita yang menyeramkan bagi sesetengah orang tapi bagiku ia mempunyai kesan yang begitu mendalam bila aku sendiri menghadapinya.

KISAH POKOK CIKU
Aku terkejut dari tidur bila melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Aku dan rakan2 telah berjanji akan bersenam. Setelah menunaikan solat subuh terus aku keluar. Keadaan di luar masih lagi sunyi. Tiada kelibat rakan2 yang lain. Perjanjian kami ialah berkumpul di bawah pokok ciku pada jam 6 pagi tapi tiada siapa yang menanti. Aku mengambil keputusan untuk mengejutkan seorang demi seorang rakan2ku. Aku melalui pokok ciku iaitu tempat pertemuan yang kami janjikan. Tiba-tiba pokok di goncang dengan kuat. Buah ciku mula bertaburan jatuh.

“ Hoi Li. Dah la. Tak payah nak gempaq aku. Jom kita pi kejutkan kawan-kawan yang lain “. Aku berkata sambil mataku liar mencari seseorang di atas pokok ciku. Lagi sekali pokok di goncang dengan begitu kuat di ikuti bunyi ketawa seorang lelaki. Aku dah mula merasa seram
“ li…Hang ka atas pokok tu “. Aku bertanya untuk menghilang seramku. Namun tiada jawapan. Tiba-tiba sebiji buah ciku hinggap di atas kepalaku dan di ikuti goncangan yang kuat dan aku dapat melihat sesusuk tubuh pendek bertelinga capang sedang berada di atas dahan pokok ciku.

Aku mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah. Tiba-tiba aku melihat pelita minyak tanah di nyalakan. Terus aku ke sana dan Pak Zaki yang menyalakannya.
“ Assalamualaikum Pak Zaki. Li ada di rumah ka “. Aku bertanya
“ Waalaikumussalam. Hang ka Diman. Li dok tidoq. Hangpa nak pi mana awai pagi ni “. Tanya Pak Zaki
“ Kami janji nak joging pagi ni. Saya lalu bawah pokok ciku tadi. Ingatkan Li yang goncang dahan ciku “. Tertawa Pak Zaki mendengar cerita aku.

“ Yang goncang tu bukan Li. Dia dok tidoq. Tentu hantu telinga capang yang goncang. Aku pun dah kena dulu. Pernah aku dan rakan2 balik tengahmalam. Pintu rumah dah terkunci jadi kami buat keputusan untuk tidur di dalam kereta saja. Tiba2 kami di kejutkan dengan kereta di goncang dengan begitu kuat. Hantu telinga capang tiba2 berada di depan kami dan menjelirkan lidahnya. Apa lagi terus kami cabut keluar “. Cerita Pak Zaki
“ Waktu subuh pun dia ada ka Pak Zaki “. Aku bertanya
“ Subuh pun belum masuk lagi. Baru pukul 4 pagi Diman. Hangpa ni joging apa awai lagi “. Terus aku terdiam. Rupanya jam dinding aku mati pada pukul 6.05 pagi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah dan meneruskan mimpi yang indah.

KISAH NAGA
Semenjak Pak Zaki pencen dari JKR, tugasnya menjaga kebun durian yang telah di amanah keluarga.
“ Petang nanti hang ajak li pi bukit. Hangpa tidoq sana. Durian lani tengah banyak “. Kata Pak Zaki kepadaku. Pukul 5 petang aku dan Li mula menaiki bukit. Tinggi juga bukit kepunyaan mereka. Akhirnya setelah 40 minit menaiki bukit, kami tiba di atas dan kelihatan Pak Zaki sedang mandi di sebatang anak sungai yang mengalir lesu.

Dari atas bukit kami dapat melihat keindahan pekan kami. Kalau lah aku mempunyai kamera ketika itu entah berapa keping gambar dah aku ambil. Sepanjang kami berada di atas bukit, Pak Zaki telah tunjukkan kami dua kuburan lama yang di tinggalkan di atas bukit tanpa mengetahui ia kepunyaan siapa. Ia di pelihara dengan kemas oleh Pak Zaki sepanjang berada di atas bukit. Bila masuk waktu maghrib kami akan berjemaah bersama2 di tepi pondok yang telah di dirikan. Terasa begitu tenang sewaktu surah di baca. Bila maghrib Pak Zaki terus buatkan air kopi yang di masak dari ranting2 kayu. Walaupun airnya sedikit sebanyak berbau asap tapi ia cukup menyelerakan.

Jam di tangan baru pukul 11 malam, aku dan rakanku Li sedang berborak manakala Pak Zaki seperti biasa berwirid seorang diri. Sekali sekala terdengar buah durian yang gugur
“ Tak payah ambik malam2. Esok pagi saja kita ambik “. Kata Pak Zaki dan kami akur. Tiba2 kami terdengar seperti dahan ranting kering yang patah. Sangkaanku dan Li ia adalah pencuri yang hendak mencuri buah durian tapi di sangkal Pak Zaki
“ Hangpa jangan keluaq. Dok saja dalam pondok. Esok pagi kita keluaq “. Kata Pak Zaki. Makin lama ranting kering yang patah semakin dekat. Tiba2 kami terdengar bunyi desiran seperti ular. Bergegar pondok kami seketika dan kami dapat rasakan sesuatu telah menyusuri bawah pondok kami dan akhirnya kedengaran ranting patah di bawah bukit.

“ Itulah naga jadian. Esok kita akan nampak kesannya “. Kata Pak Zaki. Akhirnya kami terlelap dan kami di kejutkan Pak Zaki untuk solat subuh. Mengambil wuduk dengan air sungai cukup membuatkan badan menggigil kesejukkan. Pak Zaki memotong buah cempedak untuk sarapan pagi kami. Tepung telah di bawanya. Bau cempedak ketika di goring membuatkan perut kami tidak sabar untuk menjamahnya. Bila cuaca telah terang Pak Zaki tunjukkan kami kesan naga jadian yang lalu di bawah pondok kami. Memang dalam kesan laluan naga. Kalau ikutkan kesan laluannya, dia boleh menelan kami dengan senangnya. Akhirnya Pak Zaki meminta aku dan Li menimbus kembali kesan laluan naga. Aku bertanya Pak Zaki dari mana datangnya naga jadian dan sejarahnya. Menurut kata Pak Zaki naga itu hidup telah berkurun lama. Dari zaman ayah Pak Zaki naga ini dah ujud menurut ceritanya.

KISAH SAKA MENCARI TUAN
Pak Zaki telah di minta menjaga kebun durian kepunyaan seseorang . Kalau hendak ke bukit tersebut perlu ada kenderaan motosikal atau kereta pacuan. Selepas zohor Pak Zaki berbasikal menuju kaki bukit dan hanya berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi. Petang itu isteri Pak Zaki sakit agak kuat juga. Anaknya Li mengajak aku menemaninya untuk beritahu ayahnya. Kami berbasikal hingga ke kaki bukit dan terus mendaki. Akhirnya kami tiba di kebun kepenatan. Kelihatan pondok dan tempat bagaikan taman rekreasi. Pandai tuan punya kebun menjaganya. Setelah di beritahu Pak Zaki akan keadaan isterinya, Pak Zaki mengambil keputusan untuk pulang esok saja sebab tiada sesiapa di atas bukit dan dia pula telah di bayar upah untuk menjaga kebun. Kami juga mengambil keputusan untuk tinggal bersama Pak Zaki. Aku juga telah beritahu ibu serta ayahku yang aku akan bermalam bersama Pak Zaki. Tidaklah mereka risau keadaan diriku.

Bila selepas maghrib, kami sudah mula mendengar pondok kami telah di cakar dan di ketuk sesuatu. Makin lama semakin kerap dia mencakar. Tiba2 kami terdengar ketukan di depan pintu kami.
“ Bukalah. Aku nak masuk “. Terdengar suara seorang wanita
“ Pi jauh2. Hang dok mai sini buat apa “. Jawab Pak Zaki
“ Aku nak cari kawan la. Sini ramai “. Kata suara wanita
“ Aku kata jangan kacau kami. Hang pi balik sebelum aku buat sesuatu “. Kata Pak Zaki yang langsung tidak Nampak wajah ketakutan. Aku dan rakanku Li hanya berdiam diri. Terasa seram juga dengar suara wanita yang agak garau. Terdengar ketukan semakin kuat di pintu. Pak zaki terus hilang sabar. Dia terus bangun dan buka pintu. Tercegat seorang wanita yang menggerebang rambutnya. Kelihatan dia begitu uzur.

“ Aku dah kata jangan datang sini. Tempat hang bukan di sini “. Kata Pak Zaki
“ Tapi aku nak berkawan dengan depa 2 orang “. Sambil tangannya menunjuk kearah kami
“ Tu anak2 aku. Jangan ganggu depa. Hang pi dari sini “. Kata Pak Zaki
“ Aku tak nak “. Kata wanita tersebut. Pak Zaki terus berang lantas mengeluarkan sesuatu dan melompat ke atas tanah lalu menikam tanah.
“ Nyah kamu dari sini “. Menjerita wanita tersebut dan terus hilang.

” Saka nak cari tuan baru “. Kata Pak zaki. Aku bertanya ke mana perginya tuan yang asal. Menurut kata Pak Zaki mungkin tuannya sudah meninggal dan kini dia mencari tuan yang baru.

Kini Pak Zaki telah berumur 80an dan masih lagi kuat ke masjid. Kadang2 dapat lihat keuzurannya bila dia tidak lagi mengenali aku. Bila aku menegur dia hanya diam dan hanya melihat saja setiap orang yang menegurnya. Mungkin dia cuba mengingati kembali mereka yang menegurnya. Dia cukup terkesan bila anak lelakinya yang banyak membantu iaitu rakan aku Li meninggal dunia tahun lepas.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

22 comments

      1. betul la awak.. ciku kalo peram dlm beras lg cpt msk dri biar kt luar… tp kne basuh bersih2 dulu.. dulu arwah mak sye salu buat.. =)

  1. Jalan cerita sangat menarik dan penggunaan bahasa juga tersusun. Bila membaca kisah dari En. Ariff Budiman, mengingatkn saya kepada buku “Siri Bercakap Dengan Jin” oleh Tamar Jalis.. penuh dgn pengalaman dan terselit unsur² agama. Tahniah saya ucapkan..

  2. Al-fatihah utk arwah Li. byk betul pengalam org2 lama dlm hutan ni kan. btw,suka baca story abg Ariff Budiman ni. padat dan senang faham.

  3. seronok baca kisah pengalaman bermalam di kebun durian….tunggu durian jatuh…teringat arwah bapak sis…masa kecik selalu ikut dia tunggu durian jatuh..memalam..alfatihah utk arwah bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.