Pengalaman Aku dan Angah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA kepada para pembaca FS. Aku Airun (nama samaran) seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari utara Semenanjung. Okay ringkas je pengenalan aku bagi. Ini merupakan pertama kali aku menulis di laman fiksyen shasha. Aku harap kisah aku dapat disiarkan.
Selama 23 tahun aku hidup, ada 3 pengalaman seram yang tak dapat aku lupakan. Mari aku mulakan kisah satu persatu.

2008 ( aku darjah 5 )
Aku ada 2 orang abang. Salah seorang dari abang aku tu penjawat awam juga di utara semenanjung. Masatu abang aku bujang. Aku panggil beliau, angah. Dapat rumah kuarters pecah tengah. Jadi ada 6 bilik. 1 ruang tamu bergabung, 4 bilik air. Dekat tingkat 3. Untuk lebih faham, angah tinggal di blok D dan bersebelahan dengan blok D adalah blok C. Jadi pada suatu petang khamis, aku dengan ibu bercadang nak tidur rumah angah. So malam tu angah kerja shift pukul 7 petang. Tinggal laa aku dengan ibu je kat rumah tu.

Pukul 10.30 malam macam tu, aku saja ambil angin kat koridor. Tengok suasana kawasan tu nyaman je. So ada la dalam 15 minit aku duduk kat koridor. Tengah khusyuk perhati sekeliling, aku terpandang seorang kakak berambut pendek, pakai baju hitam, berdiri tegak, di koridor tingkat 3 Blok C. Aku pandang je kakak tu, tak terfikir apa apa yang menyeramkan pon, aku cuma fikir,

“kakak ni dah kenapa duduk luar, tak buka lampu berdiri macamtu je”.

Then, aku masuk rumah. Keesokan tu aku lepak dengan angah kat koridor. Sambil tunjuk ke arah koridor yang aku nampak kakak rambut pendek tu, aku cakap kat angah,

“angah, ada awek laa kat rumah tu, boleh la jadi kakak ipar. Semalam adik nampak dia berdiri kat luar tu”

Kau tahu angah jawab apa,

“manada orang duduk aras tu lagi, tengok kot sliding door tu, kan semua rumah kosong”.
GULP! So siapa yang duduk kat koridor aras tu semalam?

2016 ( 19 tahun )

Haa yang nie yang aku paling taknak tengok seumur hidup aku, tapi aku dah tertengok.

Kisahnya macam ni. Abah aku seorang bikers untuk satu kelab motor yang terkenal kat utara semenanjung ni. So masa tu aku cuti sem, abah ajak satu family join annual dinner kelab motor. Yang ikut abah masatu, aku, ibu, dan dua orang anak perempuan angah (Qaseh dan Qalisya) Abang abang aku taknak ikut sebab isteri masing masing tengah berpantang. Pukul 10.30 aku dah mengantuk, anak anak buah aku pon dah mengantuk. Ye lah esok tu sekolah. So aku ajak ibu abah balik. Tapi biasalah lelaki kan guys, event camtu la nak sembang lama. Abah cakap, ambil kereta abah balik dulu, nanti abah balik dengan kawan abah.

Kami berempat pun beransur pulang. Kami singgah rumah angah nak hantar anak anak dia sambil nak tengok isteri dengan baby baru. Baby nama Qaira. Haa, aku dengan ibu jadi malas nak balik rumah lagi sebab abah tak balik lagi. Kami pun duduk rumah angah sembang sembang dulu sementara tunggu abah balik. Tapi malamtu Qaira asyik menangis. Kembung perut, tak, bagi susu taknak minum, maybe lenguh kot, usap usap belakang sapu minyak angin pun tak berhenti menangis juga. Angah dukung anak dia, usap usap pastu bacakan ayat ayat Al-Quran hembus kat ubun ubun Qaira. Baru la Qaira slow slow berhenti menangis.

Pukul 11.55PM abah call bagitau dah balik, tapi nak masuk rumah tak boleh sebab kunci dekat ibu. Aku dengan ibu pun bergegas nak balik. Selesai salam semut, dalam pukul 12 tengah malam ibu keluar dulu. Aku tengah bergurau dengan Qaseh. Qaseh nak tampar lengan aku, tapi aku sempat lari tutup pagar nak melintas jalan masuk kereta. Kami tengah gelak gelak time tu. Lepas tutup pagar, aku toleh kiri kanan sebelum melintas. Toleh kanan, okay, toleh kiri aku nampak ada gerakan melompat. Aku pandang betul betul Ma Shaa Allah. Aku nampak pocong melompat. Jarak dia dengan aku lebih kurang 5 meter je. Cepat cepat aku lari masuk kereta. Kunci pintu.

Sampai kat rumah, ibu pesan basuh kaki dulu, baca doa pelindung diri, bagi salam, masuk dengan kaki kanan. Aku patuh sebab tengah takut. Lepastu abah tanya

“kenapa nie adik” aku tak jawab.

Tapi ibu yang tolong jawabkan.

“dia nampak si coklat putih td. Muka hitam ja, tengah melompat”

Rupanya time nak masuk kereta tu ibu dah nampak. Tapi taknak bagitau aku sebab takut jadi apa apa. Iyelah benda tuu dekat kot dengan aku time tu.

Lepastu ibu usik

“adik ingat cepat cepat kunci pintu tu, hantu takleh masuk ke” , tergelak aku. Lupa sekejap yang aku tengah takut. Then, abah pun mula bacakan ayat Al-Quran dan ayat pelindung diri untuk aku dengan ibu.

Malam tu aku tidur dengan ibu abah sebab takut dan terbayang lagi. Pukul 3 pagi aku terjaga, sebab anjing menyalak sayu depan rumah aku. Tak pernah pernah anjing menyalak depan rumah. Orang tua tua pernah kata, anjing menyalak sayu biasanya dia nampak sesuatu. Mungkin benda yang aku nampak tu ikut balik. WALLAHUALAM.

2017 ( 20 tahun )

Aku berada di minggu final semester 5 di sebuah universiti di negeri Indera Kayangan. Jadi masatu aku ada gap paper 2 minggu, Sementara tunggu upcoming paper, aku dengan kawan kawan bercadang nak ke Penang untuk hilangkan stress belajar. Bajet kami untuk balik hari je. So nak taknak malam tu tetap kena balik Perlis. Kami pergi berempat. Yang jadi driver of course aku. So dah puas berjalan seharian, masa on the way balik highway sesak. Jadi kami tak sempat nak sampai kampus sebelum pukul 11 malam. Pukul 3 pagi, semasa kami berada di Jalan Alor Setar-Kangar, aku nampak seolah ada orang berpakaian putih berambut panjang bertenggek di atas signboard dari arah bertentangan. Sambil memandu aku perhati sambil berkata dalam hati,

“apa benda tu dok atas”. Tiba tiba benda tu terbang ke arah pintu bahagian pemandu kereta yang dipandu aku. Aku anggarkan benda tu cik ponti.

“ALLAHUAKBAR”, jerit kawan aku di tempat duduk sebelah. Aku terkejut. Allah masih lindungi kami. Mujur aku tidak menggelabah ketika melihat sosok tubuh yang terbang di sebelah tingkap tempat aku memandu, aku berdoa dalam hati. Segala bacaan yang diajar untuk melindungi diri aku baca. Alhamdulillah cik ponti tu hilang, selang beberapa saat ,ada seekor kucing warna putih lintas jalan. Aku tak pasti itu memang betul kucing atau bukan. Aku redah, aku taknak gelabah. Kalau kucing, maafkan aku kucing sebab langgar kau.

Sepanjang jalan hingga ke McD Kangar kami berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan benda tu. Sampai McD pukul 4 pagi, kami beli makanan, lepastu masing masing cerita mengenai kejadian tu. Alhamdulillah Allah masih lindungi kami.

Aku ada cerita tambahan sebab benda ni baru je jadi.

1 JANUARI 2020
Ya, malam tahun baru tuan puan.. So 31 Disember 2019 tu angah kerja malam. Malam tu angah habis kerja shift pukul 3 pagi. So dia terus balik ke rumah. Perjalanan dari tempat kerja angah ke rumah memakan masa satu jam 15 minit. Abah selalu pesan untuk selalu amalkan membaca doa, berzikir dan baca ayat kursi sepanjang perjalanan. Jadi malam tu angah baca macam biasa. Lebih kurang pukul 3.40pagi, angah tengah memandu, tiba tiba ada kelibat yang terbang dari arah hadapan, berkain putih, berambut panjang, bermuka lebih bengis dari mawas. Menurut fahaman aku, makhluk tu mungkin langsuir. Makluk tu mendepakan tangan sekaligus menutup pandangan pemanduan angah. Angah kan tengah baca ayat Kursi, tapi benda tu tetap terbang tutup pandangan angah tapi bila bacaan angah sampai “hifzuhuma”, terus benda tu terbang ke atas dan hilang dari pandangan. Ma shaa Allah, Allah masih lindungi angah. Sampai kat rumah, angah cerita dekat whole family, katanya “kesian langsuir tu malam tahun baru dia pun nak berhibur jugak”. Satu family ketawa. Esoknya ada kemalangan dekat area angah kena ganggu. Boleh jadi mangsa kena gangguan macam angah. WALLAHUALAM.

So gaisss, sampai di sini saja aku cerita. Aku ada banyak lagi cerita sebenarnya since aku dengan angah selalu nampak benda benda macamtu. Alhamdulillah along dengan bangcik tak pernah pulak kena macamtu. Terima kasih sebab sudi baca. maafkan aku andai ada susunan ayat yang tak betul, ataupun cerita berterabur. Chill and have an amazing day.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AIRUN
FOLLOW FB KAMI.

5 comments

  1. cerita ringkas dan mudah faham..
    saya suka citer2 yg real camni..
    teruskan citer2 dari pengalaman benar awak yer..
    saya nak baca..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.