Pengalaman Masa Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahteera kepada semua pembaca Fiksyen Syasha. Aku peminat setia page ni. Entah sejak bila suka baca kisah-kisah seram, aku pun tak tahu. Kisah yang aku nak cerita ni semua berlaku dalam diri aku. Pengalaman lah lebih kurang. Tapi tak lah seram mana pun.

Kisah pertama, malam tu masa cuti sekolah. Aku tidur rumah maknjang aku. Masa dah masuk tidur tu, aku dengan sepupu aku bersembang laa sementara nak tunggu mata terpejam.ย Dalam dok bersembang tu, masing-masing gelak la. Tak tahu la apa yang lawak sangat masa tuh. Tapi memang gelak tak ingat dunia la. Kami tidur atas katil. Aku kat sebelah dinding. Dalam 5 minit masing2 diam dok layan mata. Tiba2 aku dengar orang dok gelak. Aku tanya la sepupu aku. Dia ka yang gelak. Dia cakap bukan dia yang gelak.

“Mengarut la hang ni. Dahla tidoq la lekaih”, sepupu aku suruh tidur. Aduh serius rasa takut terus nak tidur. Rasa macam nak bagi tahu dia yang aku betul- betul dengar. Tapi buat dia gelak lagi sekali mati aku. Dulu sebelah rumah maknjang aku ni ada laa pokok buluh merimbun dan kat luar rumah tu memang laluan dia. Mungkin dia baru faham apa kami cerita tadi, sebab tu dia gelak lambat sikit kot. Entahlahhh. Tapi sampai sekarang pun sepupu aku ada ternampak pocong kat kawasan rumah dia tu.

Yang kedua, masa ni aku form 3 kalau tak silap. Aku tidur dengan tok aku dulu (sekarang dah arwah). Dalam pukul 2 ke 3 pagi macam tu aku terjaga nak buang air kecil. Sekali buka mata, aku ternampak kat hujung kaki tok aku macam orang tua pakai baju kuning lusuh, tapi tak berapa nampak muka dia. (Tok aku tak membela, tapi ustaz kata tu yang lama dah dok tapak rumah ni, sekarang dah buang). Masa tu memang nak buang air apa pun tak dah laa main dengan takut nih. Nak kejut tok aku pun tak berani sebab dia macam pandang statik ja kot aku.ย Yang aku boleh nampak dia tu dari samar-samar cahaya lampu jalan. Dan sejak dari haritu aku buka lampu time tidur. Serik weyh.

Cerita ketiga, masa nih aku darjah enam kalau tak silap. Aku, Tok and mak aku tidur kat depan, lapik toto ja. Bilik ada dekat atas, mak aku yang selalu guna bilik atas tapi masa hari tu mak aku tidur bawah. Masa nih bilik bawah tak ada lagi. Kami tidur kat depan tv, ruang tamu la kiranya. Biasa lah rumah kampung kan. Siang tu sebenarnya mak aku suruh potong kuku. Aku nih penyegan. Dok bagi alasan nanti laa nanti laa. Padahal kuku panjang, bergerigi pulak tu. Sebab aku suka gigit. Haha.

Okay, malam tu (ni mak aku cerita, sebab time nih aku tidur tak ingat dunia dah) pagi kot masa tuh, Mak aku terjaga pastu nampak ada orang tua macam pakai kebaya tengah potong kuku aku. Tapi mak aku tak nampak sangat muka dia. Sebab dia tengah tunduk. Khusyuk sangat kot potong kuku aku dalam gelap. Hihi. Tapi serius seram jugak la. Mak aku suruh check kuku aku betol ke tak, dia cakap mungkin dia mimpi. Bila aku check, nah ambik hang memang betul kuku aku dah pendek. Tapi tak la lawa mana dia potong. Kikiki.

Okayhlah, sampai sini la dulu aku cerita kot. Nanti kalau aku ingat lagi cerita seram yang aku ada aku cerita naa. Terima kasih sudi baca and thanks admin kalau approve. Maaf jugak kalau penulisan aku ni tak berapa nak betul. Bye.

Leave a Reply

4 Comments on "Pengalaman Masa Tidur"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Mane nk lawonye potong kuku dlm gelap koottt…
Ikot dan jelah mane yg agak2 boleh ptg…
Kang terlajak ketip jari plak yg ilang…
Hameeekkk…

N

jgn dye buat pedicure n manicure dah ler..hahaha

Nadiya

Hantu jenis camni memang pembersih sebab tolong potong kuku penulis?

Omey

moral of the story: jagalah kebersihan diri…. hantu pon xsuke org xjaga kbersihn dri.. wakakakakaaaa. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

wpDiscuz