Puaka – Bab Akhir

Semenjak dari malam misteri yang dialaminya, kawan aku taubat terus dari melalui lorong gelap tepi rumahku. Dia demam panas beberapa hari, disertai mengigau dimana dia akan menjerit dalam tidur. Cara dia bercerita saja cukup membuat aku senak di hulu hati. Kerapkali jiran tetangga akan mendengar nyalakan berserta lolongan anjing di tengah-tengah malam yang sunyi. Melihat bayangan hitam dan bunyi yang seram adalah perkara biasa bagi jiran tetangga.

Ada suatu hari tu, hari cuti hujung minggu, jadi Mommy ada dirumah bersamaku. Mommy tengah membuat biscuit di dapur sementara aku dan kawan melalak di ruang tamu berkaraoke. Aku tinggalkan kawan di ruang tamu kejap sementara aku pergi ke tandas dalam bilikku. Sudah tabiat yang aku tak boleh buang dari dulu sampai sekarang; aku akan main hp dalam tandas.. Lebih kurang 20 minit juga aku dalam tu. Waktu aku tengah basuh tangan di sinki, air pancuran dari tap mandi tiba-tiba terbuka. Melompat la juga aku! Pelik sekali, ni mesti nak kena repair ni, fikirku sambil menutup kepala paip.

Sekali lagi aku tersentak terkejut melihat kawan aku berdiri di depan pintu, tersenyum ke arahku. “Oh hey! Dah lama ka tunggu disini? Kenapa tak guna tandas di dapur? Mommy saya kan ada?”, tanyaku. Dia tak menjawab, hanya tersenyum. Pucat semacam saja mukanya. Anehnya, tapi aku tak fikir ke rasa apa-apa yang pelik pula masa tu. Dia terus melangkah ke dalam tandas dan pintu dikunci dari dalam. Aku termangu kejap depan pintu. Kedengaran lagi paip pancuran mandi dibuka. Aku hanya menggaru kepala yang tak gatal menuju ke ruang tamu.

Aku baru saja melabuhkan p******g di sofa apabila kedengaran riuh rendah suara Mommy ketawa dari dapur. Aku pergi la jenguk, tengok-tengok kawan aku tengah tolong Mommy disitu, penuh tepung lagi baju dan mukanya. “Eh kejap betul kau mandi?”, tanyaku yang duduk di sebelahnya. “Bila masa pula aku mandi? Mandi tepung ni adalah! Aku tunggu kau sedekad dalam tandas tu, aku terus gi sini lah tolong Auntie”, jawabnya balik. Aku mulai ketawa, boleh pula perempuan ni nak prank aku, dugaku. “What are you giggling about?”, tanya Mommy. “Entah dia ni Auntie, merapu..”, perli kawan aku lagi.

Aku tarik tangan dia pergi ke bilik aku. Tahu apa kitorang lihat? ‘Seseorang’ menyerupai kawan aku berdiri di balik pintu tandas yang menampakkan hanya separuh dari badan dan mukanya, pucat dan lesu. Panik waktu tu, kami berdua kalut lah, siap tampar muka satu sama lain; mana tahu tu mainan perasaan ja. Kami pandang balik, tiada sesiapa pun disana. Pintu tandas dikuak, kosong. Urghh, pengaruh terlampau dengar musik latar belakang X-Files, barangkali.

Malam tu aku tidur di bilik atas, bilik ketiga disebelah Val. Memandangkan tandas tu bersambung dengan bilik Val dan bilik ketiga, jadi ada dua pintu. Aku biarkan pintu keduanya terbuka. Val tiada di bilik tapi lampu terpasang terang. Ketika tengah khusyuk memberus gigi, aku telihat kelibat ‘Val’ melimpasi. Bila pula dia pergi ke balkoni? Aku kebingungan, lantas mengikutinya. ‘Val’ berjalan agak laju menuju ke luar biliknya, dan langkahku terhenti sejenak apabila ‘dia’ sempat mengerling ke arahku dengan jelingan yang tajam betul-betul di depan pintu sebelum berlalu menuju ke bilik tidur utama. Aku berlari ke arah bilik my parents; kosong! Lagilah aku kebingungan. Bila masa budak tu turun ke bawah sedangkan aku berdiri di hadapan pintu kot melihatnya berjalan ke dalam bilik tersebut.

“Ahh, this must be some kind of prank!”, bisikku sendiri.

Aku yakin bahawa Val cuba nak pedajal aku, so aku berlari ke bawah dengan berus gigi masih di tangan, mendapati Mommy, Daddy dan Val tengah leka menonton TV. “Ha ha, y’all almost got me!,” kataku.Nampak kekeliruan pada muka mereka. Daddy paused Tv, dan ketiga-tiga memandangku seolah-olah menunggu penjelasan.

“Siapa naik atas kejap tadi?,” tanyaku, berharap untuk mendapat jawapan yang boleh melegakanku., “Salah seorang daripada kamu, betul?”

“What are you talking about?” Tanya Daddy.

“Saya baru ja nampak Val keluar dari balkoni biliknya menuju ke bilik kamu berdua?” Jawabku.

Mommy menjawab, “Tidak, kami tak berganjak pun dari tempat duduk sepanjang masa ini.”

Val pula hanya menatap dengan muka blur. Jeez!

“Oh sorry, that prolly must be some misunderstanding,” jawabku.

Kadangkala, perkara pelik akan berlaku kepada rumah itu sendiri. Walaupun selalu melihat bayangan, Mommy ni jenis kental hati. Pernah sekali tu dia tengah keringkan pakaian di bilik dobi, lampu suis tiba-tiba terpadam. Baru nak on alik suis, bilik dobi kembali terang. Lepastu lampu terpadam dan tertutup berulang kali sampailah Mommy ambil ‘Holy Water’ dan sembur di sekeliling rumah. Waktu tengah menyereterika baju, Mommy terdengar suara aku memanggilnya, tapi apabila dicari di sekeliling rumah, aku tiada. Sekembalinya ke bilik dobi, kelihatan seperti cetakan tangan berdarah di dinding. Mommy kesal juga pada mulanya, tanpa berlengah dia terus cat balik dinding tu dengan lebihan cat putih.

Petang tu, beberapa kawan Mommy datang ke rumah. Mereka masak bersama-sama untuk Potluck Party yang akan diadakan di gereja. Mereka memanggil satu sama lain dengan panggilan Sister. Salah seorang sister yang bernama Sister Cecil berkata dia merasakan sesuatu yang pelik tentang bilik dobi. Sepanjang mereka memasak tu, dia terdengar sayup-sayup di telinga seakan-akan ada seseorang memanggil namanya dari bilik dobi hingga dia tergerak untuk memeriksa bilik tersebut. Sewaktu lampu dibuka, serentak itu juga sepintas angin yang deras menyapanya. Hampir nak ‘engkecit’ juga Sis Cecil wakt tu.

Aku memberitahu hal ni kepada empat teman kesayanganku; Michell, Celia, Lisa dan Mia. Pasal bilik dobi terutamanya. Idea ‘sot’(gila) ni hadir dan kami memutuskan untuk menutup semua lampu di rumah; mengunci diri di dalam bilik dobi, mematikan lampu, dan melihat apa yang akan berlaku, dan itulah apa yang kami lakukan, kerana d***h remaja kami dahagakan sesuatu yang sot.. Oh, malam tu my parents menghadiri satu conference di gereja; sementara Val pula keluar dengan kawan-kawannya. Hp kami semua ditinggalkan di cabinet dapur.

Kami duduk bersila dalam bulatan dan aku memberi semua orang amaran untuk jaga mulut, sebelum menutup pintu dan mematikan lampu. Kami tenang pada mulanya, tetapi dalam masa kira-kira seminit, aku merasakan seuatu di leher dan mengetatkan genggaman di lengan Michell. Kemudian, semua terkejut apabila Mia menjerit, “Sesuatu menyentuh kaki aku!” Yang lain tergelak, mereka cakap Mia ni overthinking. Dalam gelak ketawa kami tu, kami merasakan sejenis ketegangan yang aneh di dalam bilik. Sebabnya, seorang demi seorang dari kami mulai sedar yang kami tak lepaskan pun genggaman tangan masing-masing.

“Aku nak keluar!” kata Celia.

Aku pun setuju masa tu. Aku bingkas bangun untuk membuka suis lampu. Tapi ketika lenganku berayun ke arah suis, aku tak jumpa pula suis lampu! Tergapai-gapai tangan aku mencari suis tapi tak jumpa pula. Macamlah aku tak tahu mana susi lampu. Aku mula meraba-raba dinding sebelah pintu. Tahu tak apa yang tangan aku rasa lepas tu? Seakan meraba muka monyet ke benda berbulu, serentak dengan dengusan kasar yang perlahan bunyinya!

“Argh sesuatu raba kaki aku!,” jerit salah seorang dari kawanku. Kedengaran panic suaranya.

“Deff not me!” kata yang lain.

“Aku tak sentuh sesiapa,” jawab seorang lagi.

Suara keempat menjawab dengan, “Siapa nak sentuh-sentuh kaki ni.”

Aku pula berdiri tidak jauh dari mereka, masih keliru dengan kedudukan suis lampu. Aku cuba pula mencari doorknob, tetapi sama seperti suis calampu, aku tidak dapat menemuinya. Ia terasa seolah-olah kami berada di suatu bilik yang lain. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan keadaan waktu itu. Sangat-sangat tidak masuk akal. Sedangkan suis lampu terletak betul-betul di sisi pintu dan almari kecil menempatkan semua pakaian yang telah diseterika terletak bersebelahan pintu. Aku pula berdiri di depan almari sambil meraba dinding atas bawah kiri kana cuba untuk meraih doorknob. Tersentak ketika jariku tersentuh doorknob yang sejuk, amat sejuk dan aku mulai menjerit menaggil mereka semua. Pintu dibuka dan kami berlari keluar dari bilik dobi macam kena kejar anjing.

Kami berkurung di dalam bilikku sambil menonton komedi ‘Mind Your Language’ malam itu tanpa seorang pun yang bercakap tentang kisah yang menimpa kami awalnya. Kawan-kawanku tidak pernah lagi menjejak kaki ke bilik dobi ataupun menggunakan tandas di dapur selepas malam itu.

Kejadian terakhir yang berlaku taklah begitu menakutkan. Daddy umumkan bahawa kami akan berpindah lagi, ke rumah yang dibinanya sendiri di tapak tanah pemberian mendiang datuk. Aku sebenarnya agak kecewa mengenainya. Walaupun rumah tersebut menyimpan banyak kisah mistik, rumah itu telah menjadi rumah aku. Kami akan tinggal di sana selama tiga tahun. Tiga tahun lamanya untukku yang pertama kali tinggal di rumah sewa.

Dengan hanya beberapa bulan tinggal sebelum kami berpindah, hal ini terjadi; waktu itu hampir tengah hari, dan aku berniat untuk breakfast sebelum turun untuk ke kolej. Aku sedang memanaskan semula makanan di dalam microwave, apabila Val muncul dan memandangku dengan muka yang nampak sedih.

“What’s up?,”, tanyaku sambil menyisip coklat panas.

“Kasut aku hilang sebelah, tak tahu mana. Sedangkan semalam aku dah bersihkan dan letak elok-elok tepi almari sebelum tidur,” katanya. “Im’ma need to find it. Gimme a hand, will ya?,” sambungnya lagi.

Aku menyemak timing yang aku set pada microwave. Ia masih berbaki beberapa minit lagi.
“Uh, sure. Well if we can’t find it soonest, you gotta wear another. We are running late,” jawabku sambil mengikuti Val menaiki tangga.

“Selama kita tinggal disini, tiada pula pernah hilang sebelah kasut. Tikus pun enda pernah tengok. Mau cakap memew tak logik juga.”

“Bawah katil?” Aku bertanya.

“Aku dah checked, tiada. Urgh this is upsetting really. Aku dah plan dengan member semua nak pakai kasut tu, “Val menjelaskan.

“Uhhh… okay.”

“Take out your heels before entering my room. You know the rules sister!,” Val menuding ke high heels yang aku pakai.

Val membebel lagi sambil matanya melilau di sekitar bilik tidurnya, “Aku betul-betul pasti aku letak kat tepi almari. Tu tengok sebelah kasut masih tersusun rapi, sebelah pula boleh lesap. Aih mesek mai ar (annoying betul bah/lah)!,” keluh Val lagi. Aku hanya diam mendengarnya. Sambil itu, aku membuka sliding door menuju balkoni. “Eh tok nama? Ukai kasut nuan?” Aku berdiri di balkoni sambil memegang sebelah kasutnya yang disangka ‘hilang’.

(Eh ni apa? Bukan kasut kau?)

Val memandang ke arahku dengan jelingan mengejek. “As if! Tuyuk mai gak aku ka nyembui sepiak kasut ba luar tu, nama kebuah ko dek?,” Kasutnya dirampas dari tanganku.

(Macamlah! Buat apa aku nak jemur sebelah kasut kat luar ni, tak pernah-pernah. Kau fikir apa? Aku tak bodoh lah)

“Amai jako aku.. nadai kebuah gak, air-c ngau kipas umbas ka ngerangkai kasut, nya alai ku engka ba sepiak lemari nya, ngambi air-c nuntung kasut, jampat rangkai.. nyelaie mai ku bakani kasut nyak tauk ba luar din.”

(Betul apa aku cakap.. tiada sebab, lagipun air-c dengan kipas dah cukup untuk keringkan kasut, sebab tu aku letak tepi almari, direct kena air-c.. aku pelik macam mana sebelah kasut ni boleh kat balkoni pula.)

“Well I’ll be downstairs, you may join me, there’s ham sandwich and hot choc..”, kataku sambil menyarung kembali kasutku.”

“Phew! Kamsa hamnida,” jawabnya. (Phew! Terima kasih.)

Aku kembali ke dapur hanya untuk menyedari microwave berhenti pada 0:00. Tetapi cukup aneh, ia bermula sekali lagi, menandakan tiga minit pada pemasa. Aku ingatkan mungkin ada kerosakan pada microwave, so aku padamkan secara manual. Hampir tertumpah coklat panas mendengar jeritan Val dari atas. Aku hanya memandangnya berlari menuju ke dapur daripada tingkat atas.

“Stop yelling will ya? I’m here, alright? Jeez gurl!,” leter Val lalu melabuhkan p******g di hadapanku sambil melahap sandwich.

“Excuse you, why the heck would I waste on my energy to yell at you while I’m perfectly fine enjoying my meal right here?,” kataku kehairanan.

“Oh you don’t? That’s weird. You were obviously yelling my name.”

“Ha ha, yeah you almost got me right there,” jawabku. Dari raut wajahku, Val tahu aku mulai ketakutan.

“Well we gon’ get out this house soon; it’s gonna be okay, alright? And I got..,” Kata-kata Val terputus.

Aku dan Val terlopong mendengar suara dari bilik dobi yang memanggil nama Val. Sebiji suara Mommy. Cuma lebih lembut dan mendayu nadanya. On the spot, kami melahap sandwich di tangan dan berjalan laju menuju ke kereta dan keluar dari perkarangan rumah.

Dalam beberapa tahun sejak itu, aku sering bertanya-tanya tentang rumah dan jika penyewa berikutnya mengalami perkara yang sama. Aku dapat tahu rumah tu sudah bertukar penyewa banyak kali. Aku tidak pernah tahu mengapa rumah tu berhantu sedangkan ianya dibina tidak sampai sembilan tahun. Misteri tentang rumah itu masih belum terjawab hingga sekarang, yang masih berdiri teguh meskipun semakin dimamah usia dan tanpa penyewa.

DESIREE MICHAEL

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Desiree Michael

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Puaka – Bab Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.