RUMAH ATUK ALI

Hi assalamualaikum pembaca fiksyen shasha semua kali ni aku nak share kisah yang aku alami semasa menumpang di rumah kawan aku Ali

Sekitar 2010 macamtu aku baru baru tamat sekolah dan berniat nak cari kerja tapi kampung aku tak ada peluang pekerjaaan sangat kebanyakkan kerja kampung dan usahakan kebun saja.. maknanya aku perlu berhijrah keluar dari kampung untuk dapatkan kerja.

Dipendekkan cerita aku ada contact semula kawan zaman sekolah asrama bernama Ali.. dia tinggal di daerah lain.. kebetulan dia pun pelawa aku tinggal bersama dia di rumah arwah atuk nya sebab rumah tu pun dah takde sapa nak duduk dan kat situ juga ada kilang nak pakai pekerja.

Ali dah memang kerja terlebih dulu di kilang tu shift malam dan aku pula dapat kerja di shift pagi.

Rumah kampung milik arwah atuk nya adalah jenis kayu dan dua tingkat terletak di kawasan kampung separa bandar … jadi jarak antara rumah ke rumah agak jauh juga.

Tepi rumah nya ada semak samun paya dan beberapa batang pokok kelapa sawit.. udara kampung waktu pagi dan malam memang sejuk dan kampung Ali ni bila dah start jam 10 malam je sekeliling dah sunyi sepi bertemankan bunyi cengkerik je.

Ali bagi aku 1 bilik untuk tidur , tingkap bilik tu memang menghadap ke arah semak samun dan paya di tepi rumah nya tapi bagi aku okay je takda apa yang nak ditakutkan walaupun aku akan tidur sorang je di rumah tu sebab kami berdua kerja lain shift

Bilik tu ada satu katil , almari cermin dan sebuah almari kayu tapi Ali cakap kalau boleh jangan usik barang dalam almari kayu tu.. okay lah aku pun hormat je permintaan tuan rumah

Bulan pertama menumpang di rumah Ali ni semuanya nampak normal je , Aku masuk kerja shift pagi & Ali pulak shift malam

Di bulan yang kedua , aku dah lupa minggu keberapa tapi malam tu hujan turun agak lama jugak sampai aku tak boleh nak keluar ke mana mana , jadi aku pun duduk di rumah Ali saja

Malam tu kira sejuk lah nak tidur pun tak perlu bukak kipas dah , cukuplah kalau aku tidur bertemankan ubat nyamuk je.. Masatu lebih kurang jam 1 pagi , tapi hujan masih tak berhenti jugak.. aku tak boleh tahan kalau tidur guna selimut yang Ali bagi ni.. selimut nipis warna pink yang kita duk guna zaman 90an.. paham2 lah kan ? jadi aku pun bangkit dari tilam dan pergi bukak almari kayu dalam bilik tu mana lah tahu ada selimut lain lagi ke.. Dalam almari tu ada beberapa baju lama tergantung , album gambar arwah atuk ali dan barang2 lain , mungkin milik arwah atuk Ali..

Selimut pun aku dah jumpa , tapi masa aku tarik keluar selimut dari almari tu terjatuh pulak satu barang kat atas lantai

Aku pun ambik lah barang tu sebab nak letak balik dalam almari.. aku perhatikan barang macam berdebu tanah sikit tapi berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan tali.. macam sesuatu pulak benda alah ni.. hmmm aku tau ni rumah arwah atuk Ali dan ini bilik arwah jadi aku tak patut selongkar barang2 peribadi tapi entah lah kenapa malam tu aku rasa terpukau atau perasaan ingin tahu tu kuat sangat jadi aku pun bukalah ikatan tu.. bila aku bukak balutan kain kuning yang pertama , di kain tu ada tertulis beberapa potongan ayat quran dan tulisan lain yang aku tak faham , aku dapat rasa benda ni macam keris dan sangkaan aku ternyata betul bila aku dah buka balutan kain kuning yang terakhir.. ia adalah sebentuk keris lama yang sudah berkarat.. sebenarnya selama ni aku tak pernah pegang keris jadi malam tu aku agak excited lah jugak dapat belek belek benda ni.. lepas dah ikat balut semula macam biasa , aku pun letak lah semula keris tu dalam almari dan masa untuk aku tidur

Berjam jam berlalu diulit tidur yang lena aku mula terganggu dengan suatu bunyi di sekitar almari.. mulanya aku buat tak endah je tapi makin lama makin rimas pulak.. kejap bunyi kat tingkap kejap bunyi kat lantai macam orang tengah bercakap perlahan lahan.. jadi dalam keadaan mamai aku bukaklah mata nak check binatang apa lah duk buat bunyi dari tadi ni

Dalam keadaan mamai dalam bilik yang agak gelap tu , aku ternampak di sudut dinding ada suatu sosok macam nenek nenek gitu , badan nya terlalu bongkok sampai nampak macam ada busut kat atas belakang dia , pakai macam baju kurung lama dan berkain batik.. itu apa yang aku boleh describe walaupun bilik tu gelap cuma bertemankan cahaya bulan yang masuk di tingkap.. benda tu duk bercangkung macam tengah makan sesuatu dengan lahapnya.. aku rasa macam tengah bermimpi pun ada.. aku pun tegur lah.. ” siapa yaa ?? ” tiba tiba sosok tu pun berhenti mengunyah what ever benda apa yang dia tengah makan tu tapi dia masih dalam posisi mencangkung , sambil dia ketawa kecik macam nenek tua.. perlahan lahan dia keluar dari penjuru dinding yang gelap tu dan cahaya malam mula menyuluh ke arahnya.. weyyy punya terkejut aku masatu sampai nak terkencing.. sebab ? okay aku cuba describe untuk korang semua macamana rupa benda tu

leher dia panjang dari leher manusia biasa , badan dia pulak macam nenek bongkok dengan bonggol seakan busut kat belakang badan , bongkok dia tu macam orang sakit kronik tulang belakang , masa merangkak tu tangan dia lagi panjang dari tangan manusia biasa , dengan rambut yang kusut masai tapi botak tengah , mana lah aku boleh lupa sebab pertama kali nampak makhluk macamtu.. yang paling buat aku terkejut . muka benda tu weyy macam muka arwah atuk Ali.. bezanya gigi dia tajam dan mata bersinar sinar macam kucing , punya lah aku takut sampai tak terkeluar suara.. rasa tersekat di kerongkong.. Aku tergamam , kaku rasa nak menjerit semua ada.

” Akuu lapaarrr.. akuu laparrr !! ” tempik benda tu kat aku , suara dia garau mat… lepastu dia berjalan menuju ke arah aku dalam posisi semacam gorila berjalan ke macamana lebih kurang tu lah , aku tak boleh nak describe tingkah laku benda tu sebab ni lah pertama kali dalam hidup aku tengok.. aku merasa terlalu takut sampai aku tak boleh nak buat apa2 melainkan pejam mata rapat2 baca segala doa yang aku ingat dalam hati , pasrah dah masatu.

Katil aku tu di goncang sekuatnya oleh benda yang rupa macam atuk Ali tu.. sambil benda tu terpekik pekik cakap ” aku laparrr laparr !!! ” dengan suara kejap macam nenek kejap macam lelaki.. sehingga aku dah tak tahan bercampur takut dan marah aku pun dapat kekuatan untuk menjerit dan laungkan azan kuat kuat.. belum pun habis aku azan gangguan tu dah berhenti dan bila aku bukak mata aku.. benda tu dah takde kat situ.. terus aku call Ali berkali kali.. sampai nak menangis dah aku sebab punya susah si Ali ni nak angkat call.. bila dia jawab je call aku merayu suruh dia balik umah sekarang jugak.. mulanya Ali macam pelik jugak tapi bila dia dengar suara aku yang dah start nak menangis bercampur panik tu.. Ali pun cakap okay hang tunggu sat.. aku bagitahu kat boss yang aku nak balik.. hang jangan p mana mana Wan tunggu je aku balik okay

Sambil menunggu Ali balik tu aku dah mula menangis dah.. terketar seluruh badan , sebab benda tu rupanya pergi main kat dapur pulak.. duk bunyi periuk belanga mungkin dia selongkar makanan kut.. yelah benda tu cakap dia lapar.. aku rasa ni saka atuk Ali kut yang dah terlepas sebab aku dah usik keris dalam almari tu lagipun muka benda tu memang macam atuk Ali tapi tu sangkaan aku saja lah

Lepas bunyi kat dapur tu dah mula reda sikit.. aku dengar benda tu menangis pulak.. macam seorang nenek yang tengah meraung kesedihan ” huuuuuuu.. wis sowe mangan… ” lebih kurang gitu lah benda cakap berkali kali.. lepastu bersambung dengan gelak macam nenek tua.. dalam 10 minit benda tu duk nangis gelak nangis gelak.. tiba2 dia senyap macamtu je

Tak lama tu aku dengar motor Ali sampai depan rumah.. cepat cepat Ali mai masuk ke rumah dan menuju ke dalam bilik aku dan tanya kenapa dengan hang ni wan ?? aku pun dengan tersedu sedu nya cerita lah apa yang aku dah buat dan yang sedang berlaku.. aku mintak maaf kat Ali berkali kali sebab bukak almari dan usik keris tu.. tapi Ali cakap takpa wan.. takpa esok kita citer.. malamni kita lepak dalam bilik aku

Esok pun tiba.. aku tertidur juga sebab penat.. yang aku ingat masa bangun tidur tu Ali dah ada kat ruang tamu sambil hisap rokok dan minum teh o panas.. dia suruh aku mandi dulu baru dia nak cerita pasal benda ni

Aku trauma sebenarnya nak mandi sebab takut benda tu muncul pulak dalam bilik air tu.. dah lah kolah dalam bilik air tu besar macam kolah surau.. jadi aku basuh muka gosok gigi je pagi tu.. lepas pekena teh o , makan kuih..

Ali pun cerita lah kat aku yang sebenarnya atuk dia nazak dan meninggal dalam bilik tu lah.. betul2 atas tilam yang aku duk tidur tu.. binawe punya Ali , di bagi nya aku bilik angker.. Dia cakap atuk dia nazak berhari hari sambil mata terbeliak pandang ke atas.. masa tu ada juga beberapa sedara mara datang ziarah dan berbincang dengan ayah Ali , dan masatu dia ada tengok ayah dan pakcik makcik dia berbincang kat dapur cakap pasal “kau terima jelah long benda nya.. tak kesian ke tengok ayah tu.. berkorban lah untuk ayah” tapi masing2 taknak terima benda tu dan berlaku sedikit gaduh mulut sesama adik beradik ayah Ali.. Akhirnya dorang decide dan panggil seorang ustaz.. pendek kan cerita ustaz tu buat perjanjian ke macamana Ali tak pasti , sebab dia tak berani nak masuk campur lagipun ayah dia tak cerita sangat apa yang berlaku.. yang dia tau ustaz tu pesan suruh tanam keris tu kat satu kawasan hutan di ceruk kampung sebab kat situ lah katanya arwah atuk Ali jumpa dan bawak balik benda tu untuk dijadikan pendamping atau khadam nya

Okay tunggu kejap.. kau kata keris dah tanam kan ?? macamana keris tu boleh ada dalam almari atuk kau ?? Ali macam bingung sebab dia pun tak boleh nak jawab soalan tu.. tapi dia ajak aku keluar dari rumah tu dan dia akan selesaikan benda tu.. kalau dia dah cakap macamtu aku pun taknak lah tanya2 lagi.. tapi lepas dari kejadian tu.. aku berhenti kerja di kilang , berubat untuk pulihkan semangat aku sebab asyik termimpi mimpi pasal benda tu dan aku pun mulakan hidup dan kerja baru di tempat lain.. tapi aku dan Ali masih lagi berkawan dan berhubung sampai ke hari ini..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 95 Average: 4.8]
izz

2 thoughts on “RUMAH ATUK ALI”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.