Saka Opah Sewaktu Di Kampung

Assalamualaikum. Dah lama aku tak menulis cerita dekat Fiksyen Shasha. Cerita aku sebelum ni tajuk dia “Runner Anum” 2 tahun lepas, masa tu aku study lagi. Sekarang aku dah kerja, Alhamdulillah. Harini aku nak cerita pasal saka opah aku. Cerita ni takde la seram mana, mungkin aku je yg rasa seram sebab aku sendiri nampak depan mata. Okay kita mula sekarang.

Benda ni jadi dalam 10 tahun lepas. Masa tu aku baru form 1. Time tu aku dengan family balik kampong dekat Kuala Kangsar. Rumah opah aku ni dua tingkat. Belah atas papan, belah bawah batu. Biar aku cerita dulu mcm mana dalam rumah tu so that korang boleh bayangkan dan tak pening kepala. Belah bawah masuk pintu rumah terus living room, tempat tgk tv, sebelah living room, dining table. Antara living room and dining table tu ada langsir. So masa tu family aku je yg balik kampong. Disebabkan bilik banyak banyak kat rumah tu semuanya “berpenghuni” and seram, ayah aku decided nak suruh kitorang satu family tidur dekat living room je. Depan tv. So opah aku tidur dekat dalam bilik dia, belah bawah jugak.

Masa tu jam dalam 2-3 pagi, aku pun lupa dah. Masa tu semua orang dah tidur. Rumah kampong biasa lah malam malam sejuk lain macam. Aku terjaga dari tidur sebab sejuk teramat sangat. Masa tu pulak aku tak berselimut. So aku terjaga untuk ambik selimut yg terletak dekat bawah kaki aku. Dan masa tu tak gelap sangat pun sebab lampu jalan betul betul sebelah tingkap living room so kiranya mmg terang la living room tu walaupun tak bukak lampu. Ketika aku bangun untuk ambik selimut aku, aku terpandang belakang. Which is belakang tu ada langsir yg tutup bahagian tempat makan. Masa aku pandang belakang tu, aku ternampak opah aku tengah pandang tepat kat mata aku. Rambut dia menggerbang, mulut dia macam mengunyah Sesuatu dan mungkin itu adalah sireh, sebab dalam mulut dia aku nampak macam merah merah. Lepas aku nampak opah aku macam tu, terus aku selimut badan aku sampai kepala. Aku taktahu la apa jadi lepas tu sebab aku jenis kalau takut memang aku akan tutup mata dan tutup telinga supaya aku tak nampak dan tak dengar apa apa.

Keesokannya, aku cerita dekat mak aku pasal mak aku kata aku banyak diam. Ajak makan pun taknak. Dan aku kerap tenung opah aku tapi opah aku buat biasa je. Aku tenung sebab aku tak tahu tu opah aku atau saka dia. Tapi opah aku memang ada saka pun dan satu family tahu benda tu. Lepas je aku cerita dekat mak aku, mak aku tanya la opah aku, malam tadi dia ada bangun makan ke, tapi opah aku kata dia tak bangun, tak terjaga tak keluar bilik pun. Jadi aku pun tak tahu la tu apa benda sebenarnya. Kemungkinan besar saka opah aku.

Lepas je kejadian tu jadi, aku rasa macam terganggu. Rasa macam kerap nampak bayang bayang. Bukan tu je, tapi aku selalu jugak dengar macam ada orang usik pinggan mangkuk dekat rak pinggan dekat dapur. Kejap kejap aku terdengar bunyi pinggan, kejap kejap aku dengar bunyi orang pakai sudu ketuk dekat pinggan, bila aku jenguk kat dapur takde orang pun. Ada la dua kali jugak aku patah balik dekat dapur tu sebab nak tengok ada orang ke tak, sampai kakak aku tanya “kau nape dik?” dan aku pun jawab la tak de pape.

Bila dah dekat senja, rumah opah aku pun bertukar la jadi seram. Siang dengan malam dalam rumah aku, aku rasa macam berbeza sangat. Kalau siang Nampak kemas, bersih, terang, memang macam rumah yg dijaga dengan betul la. Tapi start senja sampai malam, aku dah boleh rasa kesuraman dan keseraman rumah opah aku, dengan gelapnya lagi. Lampu pasang pun terasa malap je.

Masa tu mak dengan ayah aku keluar dengan opah aku sekali pergi pekan Kuala beli makanan. Yang tinggal kt rumah pun adik beradik aku je. Tak ramai, 3 orang je. Adik aku ikut mak aku. Jadi masa tu kakak aku dok main handphone dia la, abang aku pulak baca majalah ujang. Aku pun baca majalah ujang sambil baring dekat kerusi panjang. Masa tengah baca majalah tu, tiba tiba kitorang terdengar macam ada benda jalan kat atas bumbung. Bumbung rumah opah aku zink jadi memang kuat la bunyi dia. Aku time tu dah lari dekat kakak aku. Tiga tiga muka terkejut gila sebab kuat. Tapi bunyi tu kejap je jadi, pastu dia hilang. Kakak aku kata ranting pokok rambutan la tu. Pastu dia dengan abang aku buat biasa balik. Aku pulak mata dah melilau tengok kat atas bumbung, luar tingkap, dapur semua tempat la aku tengok sambil peluk lengan kakak aku.

Ha time aku tengah melilau tu, mata aku tertangkap satu lembaga ni dia tengah merayap dekat dinding kayu dekat dapur rumah opah aku. Korang bayangkan la dia merayap macam cicak tapi ni bentuk badan manusia tapi keadaan dia macam kusut masai, selekeh and kotor and rambut menggerbang. Aku nampak tu terus aku ambik bantal tutup mata aku. Yang kakak aku pulak marah aku tanya aku pasal apa macam orang tak betul, tak reti duduk diam. Aku diam jela bila kakak aku tanya sebab aku rasa kakak dengan abang aku tak nampak benda tu. And benda ni aku tak cerita pun kat parents aku. Aku simpan sorang je.

Lepas daripada tu, dah takde apa apa gangguan lagi dekat kampong sebab kitorang pun dah tak balik kampong Kuala Kangsar tu. Sebab opah datang KL duduk dengan kitorang sebab opah tak berapa nak sihat sangat masa tu. Susah nak berjalan. Dan sekarang rumah opah aku tu takde siapa jaga, tahun lepas aku lalu depan rumah tu daripada Taiping, bapak aku stop tepi jalan nak tengok rumah mak dia. Rumah opah aku tu memang lain sangat dah sekarang. Betul betul usang, gelap, papan pun dah jadi warna hitam, semak samun lalang semua dah naik hampir atas bumbung rumah. Tingkap papan belah atas pun dah terbukak sebelah, yang tu seram haha.

Tu jelah cerita daripada aku. Maaf kalau tak seram. Aku Cuma nak share pengalaman je, sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Adriana

7 comments

  1. Ada anak beranak cucu cicit pun semua x berguna…sorang pun x reti nak jaga umah tu..opah ko idup lg x?? Turun kat sape saka tu skrg?

  2. Kampung aku pon kat Perak. Bayangan rumah opah kau sebijik macam rumah opah aku. Bunyi atap zink tu pon aku boleh bayang kuat dia macam mana. Aku selalu gak dengar camtu. Tapi kera laa yang dok lompat. Opah aku dah lama buang saka moyang. Kalau tak confirm pengalaman kami anak cucu opah pon jadi macam kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.