Siapa perempuan itu?

Hai.. Apa khabar semua penyokong page Fiksyen Shasha? Harap korang semua sihat selalu walaupun sekarang ni pandemik covid19 melanda negara kita. Doakan semoga negara kita dapat pulih seperti sediakala. Amin. Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan kisah seram di page Fiksyen shasha ini. Last aku tulis pun kalau tak silap dalam tahun 2019 macam tu. Yalah kan, kisah seram ni mana boleh dibuat atau direka sesuka hati.

Oh ya ,lupa pulak nak kenalkan diri. Nama aku Mey (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai Guru Tadika di salah satu tadika swasta. Tadika tempat aku mengajar ni agak jauh dari rumah dan aku kena bermalam di Tadika Bersama sorang lagi guru yang bernama Sammy (bukan nama sebenar). Dekat tadika tu ada 3 buah bangunan kecik, antaranya tadika, dapur dan dewan serbaguna. Boleh dikatakan setiap weekend baru balik ke rumah. Kalau weekdays memang kena stay lah di tadika…

Malam selasa tu tadika kami kena masuk penceroboh. Maklumlah masa tu tadika kami masih baru lagi, jangankan pengawal keselamatan, pagar utama pun tak ada. Jadi senanglah penceroboh nak masuk. Tapi syukur sebab masa tu kami dua sempat kurung diri di dapur dan takda apa apa pun yang berlaku pada kami berdua. Namun kami berdua sangat trauma dan takut sebab masa tu kami berdua ja ada di tempat tu dan dua dua sama perempuan. Memandangkan rasa trauma dan takut tu masih ada pada kami berdua, jadi kami berdua decide untuk besok kami dua tidur di dewan serbaguna. Untuk malam selasa tu terpaksa tidur dalam dapur kerana tak berani keluar.

Keesokan harinya, seperti yang dirancang aku dan Sammy tidur di dewan serbaguna tu. Kami berdua bawa segala barang keperluan dan barang penting ke dewan serbaguna tu termasuk laptop dan printer. Manalah tahu kan, takut si penceroboh tu datang balik. Masa masuk ke dalam dewan tu, aku rasa seram sejuk lain macam. Mungkin sebab dewan tu terlalu besar dan terletak di hujung sekali (belakang tu hutan). Lama jugak aku dan Sammy tu berfikir mau tidur di penjuru mana sebab dewan besar.Jadi kami berdua decide untuk tidur di atas pentas dewan tu sebab atas pentas tu kurang sikit rasa luas dia.

Setelah mengemas tempat tidur, aku dan Sammy mulalah melelapkan mata. Malam tu aku sakit gigi, aku telan painkiller terus mataku layu. Tiba-tiba aku rasa badan ku tak selesa dan aku rasa badanku terasa macam orang yang sedang lumpuh. Langsung tak boleh bergerak. Aku pun perlahan-lahan membuka mata dan alangkah terkejutnya aku saat aku membuka mata ada seorang perempuan berambut pendek dan berumur dalam lingkungan 40 an sedang menatap wajahku yang baru terjaga. Wajah perempuan itu seakan-akan raut wajah orang zaman dulu-dulu, macam wajah orang zaman retro.

Perempuan itu menatap tajam mataku sambil tersenyum sinis. Tiba-tiba dia menarik selimut ku ,menutup mukaku, dan menekan mukaku dengan kuat seakan-akan ingin membunuhku. Aku panik sebab semakin sukar bernafas. Aku sekuat hati meronta-ronta mengoncangkan badanku sendiri. Aku berusaha untuk keluar dari tilam tu dan aku dapat merasakan badanku perlahan lahan berjaya keluar dari tilam kerana aku rasakan badanku sudah berada di papan pentas tu.

Masa aku berusaha keluar dari tilam aku sempat terpegang tangannya yang menekan muka ku. Alangkah terperanjatnya aku saat aku memegang pergelangan tangannya yang sangat besar dan berurat-urat. Rasa macam bukan tangan perempuan tadi. Aku semakin takut dan cuba untuk terus menggerakkan badanku kearah Sammy dan cuba untuk membangunkannya. Tapi semakin aku cuba untuk menggapai tangan Sammy, semakin aku rasakan Sammy sangat jauh dariku. Jauh sekali rasanya sampaikan aku tak dapat pun sentuh dia.

Lama jugalah aku berusaha untuk menggerakkan badanku dan aku sempat berusaha menjerit sekurat hatiku namun hampa. Seakan-akan suaraku kena ‘mute’ . Langsung tidak keluar. Dalam 15 minit aku bergelut bercampur takut, tiba-tiba benda tu hilang. Aku pun blur sekejap. Aku membuka selimut di mukaku dengan perlahan-lahan …alangkah terkejutnya aku apabila mendapati diriku ternyata masih berada diatas tilam. Dalam hatiku bertanya “eh,bukankah aku sudah keluar dari tilam tadi? Aku yakin aku memang dah keluar pun dari tilam sampaikan aku dapat merasakan badanku berada di atas papan pentas ni.

Tapi kenapa aku seakan-akan tidak bergerak langsung? kenapa aku masih berada di tilam yang sama?” Aku terus menoleh kearah Sammy yang sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang menimpaku. Dan aku melihat Sammy tidur bersebelahan dengan aku je. Dekat sangat. Akibat masih takut dan hairan, aku terus tidak dapat melelapkan mata sampai pagi. Dalam hatiku berfikir, dari mana agaknya perempuan tu datang dan apa motifnya menganggu aku. Mungkin dia tinggal di hutan belakang dewan tu ataupun tapak tanah pembinaan dewan tu. Aku sendiri pun tak dapat merungkai misteri perempuan tu. Selepas kejadian itu, aku dan Sammy tidak lagi tidur di dewan tu.

Sekian kisah saya, maaf kalau kurang seram dan kurang memuaskan tapi sudah cukup seram bagiku yang mengalaminya sendiri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ruru

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4]

1 thought on “Siapa perempuan itu?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.