Sumpah Mimpi

Hi readers and admins. Terima kasih atas sambutan kalian pada cerita aku sebelum ni bertajuk mata batin. Aku perasan ramai yang tanya siapa yg aku jumpa kat dorm tu. Yes, itu arwah kakak sepupu aku. Pada waktu aku mimpi arwah tu, kemalangan baru berlaku. Okay kali ni aku nak cerita pasal mimpi aneh yang aku dapat. Mimpi yang aku sendiri tak tau nak jelaskan sama ada ni mimpi baik atau buruk. So let me tell you the story then you make your own conclusion. Be seated and ready for take off.

Kejadian berlaku awal tahun 2017. Ni mimpi yang pertama berkaitan seumpamanya yang mana telah memakan masa yang agak lama dan memerlukan aku untuk berbuat sesuatu dalam mendapatkan kepastian tentang apa yang aku sedang alami. Ianya bermula pada hari tu aku demam. Biasanya kalau aku demam aku akan mimpi pelik-pelik. Contohnya kena langgar kereta api, bergaduh dengan bigfoot, kena kejar dengan ikan todak, terjatuh bangunan dan beberapa perkara yang tak masuk akal malah terlalu hiperbola untuk direalisasikan. Hari tu aku mc dan hanya berehat di rumah sorang-sorang memandangkan kawan yang lain semuanya bekerja. Lepas zohor aku makan ubat dan tidur. Dalam tidur tu aku bermimpi aku main basikal. Jalan-jalan pusing kampung mana aku tak tau. Kampung tu kuno sangat dari aspek seni bina. Rumah-rumahnya serupa pondok buruk. Jalan raya takde, aku jalan ikut denai dan hutan. Sesekali aku melintas sungai melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada papan dan tali. Nampak macam tali lah. Kot dia guna cable aluminium alloy tu aku tak pasti.

Then aku stop kat satu kedai ni nak beli air. Aku pusing habis satu kedai nak cari fridge air tapi tak jumpa. Last sekali dapat lah jumpa air tapi dalam botol kaca macam botol kicap. Kedai tu sunyi je. Aku rembat sebotol then proceed untuk bayar. Masa bayar, abang cashier tu pandang aku dengan senyuman seolah-olah dia dah lama kenal aku. Dia sambut aku mesra macam dah lama tunggu aku. Lepas sesi suai kenal, abang tu bagi aku satu direction. Dia suruh pergi sana. Aku pon berkayuh sehingga ke destinasi. Tempatnya di tepi sungai, ada batu-batu besar. Di antara batu tu ada ruang dan di situlah aku berjumpa dengan seorang lelaki yang kelihatan sebaya aku. Mukanya bengkak berdarah macam baru lepas gaduh. Tangannya terkulai patah dan dia kelihatan tak bermaya. Aku pon bertegur sapa dengan lelaki tu. Kami berkomunikasi. Dia ada bagi aku gambaran sebuah rumah melalui lisan dengan suara yang sangat lemah secara terperinci. Then dia tunjuk aku satu kotak kayu warna kelabu. Dia berulang kali menyebut nama seorang lelaki sambil tunjuk ke satu arah. Aku rasa tu kawasan orang tu berada. Aku terjaga masa dia sebut “Tolong!”..

Bangun dari tidur tu aku blurr kejap tapi aku anggap ni mimpi aneh yang normal aku selalu kena. Selang beberapa bulan aku mimpi lagi benda yang sama. Orang yg sama, mesej yang sama cuma tempat pertemuan yang berbeza. Kali ni di tepi pantai. Dan sekali lagi aku mimpi berjumpa dia ni, dia dah tak sampaikan mesej panjang. Kali ni abang tu just sebut tolong, tolong dan tolong berulang kali. Aku perasan tangannya dah makin bengkak dan dia kelihatan tak serupa orang dah. Mata terkeluar, mulut macam kena koyak. Tapi aku masih kenal itu adalah dia. Dari situ aku dah mula triggered ini mimpi apa pulak dahh. Scary. Lastly aku fed up. Malas nak peduli pasal mimpi ni lagi.

Sehingga suatu hari aku pergi kenduri di satu kawasan pedalaman. Dalam perjalanan pulang, aku perasan selekoh-selekoh ni macam familiar. Environment pon memberikan gambaran macam pernah datang sini. Disebabkan fikiran aku serabut, aku berhenti kejap kat tepi jalan. Kat sini aku nampak ada satu kedai di seberang jalan. Aku curious, aku turun kereta dan masuk kedai tu untuk dapatkan lagi gambaran yang lebih jelas macam mana aku boleh terfikir pasal kedai ni. Tak beli apa-apa pon. Aku mundar-mandir. Then aku disapa penjaga kedai “cari apa dik?” Yeahh kali ni aku dah ingat. Muka abang ni aku cam dari senyuman menyeramkan dia.

Aku borak-borak dengan abang tu konon cari barang then drag the conversation sampai aku dapat peluang bertanya “bang kat kampung ni ada orang nama iskandar murad?”. Abang tu jawab ada dan nyatakan alamat orang ni kepada aku. Aku teruskan perjalanan aku ke destinasi seterusnya, rumah murad. Tiba di rumah murad ada seorang makcik sedang berehat di laman depan rumah. Aku jumpa dengan makcik tu, tanya khabar dan berpura-pura tanya alamat untuk kelihatan macam orang sesat supaya tak nampak curiga.

Lepas macam-macam soalan aku kena interview dengan makcik ni, tiba masa aku pulak lantunkan soalan. Sekali lagi aku bertanya soalan yg sama “makcik, kat kampung ni ada orang bernama iskandar murad?” Makcik ni tersentak. Air muka dia berubah kepada muram dan kembali senyum kelat seraya menjemput aku masuk ke rumahnya yang dibina daripada separuh kayu dan separuh batu. Cantik rumah dia. The game has just begun. “Dari mana kamu kenal murad? Dia ada apa-apa urusan dengan kamu?”. Belum sempat aku nak duduk dah kena tanya. Terus aku jadi takut dan gementar. Dah la main gamble je datang rumah ni. In fact aku cuma nak uji sejauh mana kebenaran mimpi aku tu. Acah-acah confident jelah. “murad pernah bilang saya yang dia ada simpan satu kotak berwarna kelabu kat atas siling. Kotak tu masih ada lagi?” Makcik ni buat muka pelik. Then suruh cucu dia pergi dapatkan kotak tu. Cari punya cari masih tak jumpa. Cucu dia dah start membebel cakap aku scammer nak cuba rompak rumah dia. Dengan tenangnya aku berikan idea cuba cari kotak tu kat siling area sekian dan sekian (lokasi kotak ada dinyatakan oleh murad ketika di tepi sungai).

Alangkah terkejutnya aku bila dapati kotak tu memang ada. Makcik tu dengan cucu dia pon terkejut. “Mana awak tau pasal ni dik?” Aku terkelu diam seribu bahasa. Cucu dia nampak marah bila aku tau pasal kotak tu padahal aku stranger. Aku dengan takutnya jelaskan pada mereka pasal mimpi yang aku alami. Aku beritahu kotak ni harus dikembalikan kepada pemiliknya yang bernama sekian di lokasi sekian. Makcik tu menangis. Aku dah rasa derhaka level tanggang pulak buat orang tua menangis. Dengan nada tersekat-sekat makcik tu jelaskan siapa Murad. Dah lama arwah dah. Nasib baik aku tak mengaku aku member murad hahahaa.

Anyway, kotak tersebut dah dipulangkan selepas pertemuan. Pemilik asal kotak adalah suami makcik tu je rupanya. Segala detail berkaitan dengan pemilik kotak sama seperti yang diterangkan dalam mimpi tu. Lelaki yang tunggu aku tu adalah murad. Isi dalam kotak adalah barang-barang kemas dan kertas kerja serta sejumlah duit yang agak tebal yang diambil secara tidak sah oleh murad daripada makcik tu dan beberapa individu lain. Korang tau tak patung yang dicucuk-cucuk untuk tujuan sihir tu. Benda tu pon ada dalam kotak. Makcik tu meraung menangis masa memunggah isi kotak sebesar kereta sorong tu. Tak berhenti dia ucap terima kasih. Aku teman makcik tu dan cucunya pulangkan semula setiap isi kotak tu. The best part masa nak pulangkan patung tu. Kitorang kena lalui jalan denai dan jambatan gantung sama macam dalam mimpi tu sampailah ke rumah owner patung. Kat situ aku tak tau apa terjadi kat dalam. Sebab kat luar tu ada ‘manusia’ lain nasihat aku jangan masuk.

After that aku dah takde mimpi pasal murad. Tapi aku kerap dapat mimpi-mimpi macam ni. Setakat ni dah lima kes aku selesaikan. Biasanya berkaitan hutang, pulangkan barang atau sampaikan wasiat. Pada mulanya aku tak tau mimpi tu adalah satu ‘mesej’. Aku hanya tau bila aku melalui sesuatu yang seakan sama macam dalam mimpi tu secara kebetulan. Macam jumpa kedai tadi. Tak semestinya mimpi mintak tolong. Kadang-kadang aku mimpi tentang peristiwa yang akan jadi reality. Tapi mimpi peristiwa ni aku lambat tangkap. Benda dah jadi or sedang terjadi baru aku tersedar. Aku tak sure korang suka ke tak dapat mimpi macam ni tapi aku tak suka. Ini bukan kelebihan tapi sumpahan. Ada waktu yang kau tau benda tu akan berlaku tapi kau tak sempat berbuat apa-apa untuk perbetulkan keadaan. Then aku akan rasa kecewa sangat sebab aku sepatutnya boleh cegah benda tu dari terjadi.

Recently in october 2019 aku baru tau kenapa aku boleh nampak dan mimpi macam ni. Semuanya berpunca dari seorang ‘manusia’ tapi bukan dari alam kita. Kalau aku ada masa nanti aku cerita pasal dia ni pulak. Sorry kisah aku tak seram. Aku cuma nak kongsi pengalaman. Akhir kata, kalau korang ada kelebihan macam ni, bersiap sedialah untuk kecewa. Cuba tenangkan diri bila dapat tau suatu kebenaran yang pahit. Dan jangan cerita macam mana keadaan si mati masa perjumpaan tu. Cukuplah sekadar family dia tau apa mesej yang cuba disampaikan. Sekian.

Hantar kisah amda : fiksyenshasha.com/submit

Ahmeng

11 comments

  1. Citer u nie kn, mcm citer drama kt astro yg mira filzah blrlakon jdi bisu n hero dia Ben amir tu… Citer drama sweet dream.. Samalh.. Btwy nice citer u nie😊👍

  2. Apa relationship makcik tu dengan murad sebenarnya? Murad sihir kan suami makcik tu dgn patung ke? Rumah siapa yang awak pergi lepas tu. Ada few details missed out ler.

  3. saya pun ade mase blh “nampak” makhlus2 halus disekitar saya. cumenye saya boleh nampak dalam mimpi saya. mule2 saya ingatkan mainan mimpi,tp bile 4x saya mimpi makhluk ni dan bile dipanggil ustaz2 utk bersihkan certain2 area tersebut, mmg jelas description ustaz ape yg saya nampak tu same dgn ape yg sy mimpikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.