Sungai

Assalamualaikum FS dan para pembaca. Nama aku Mat. Ini kisah semasa aku masih bersekolah rendah..darjah4 atau darjah5 tak silap tapi zaman ni memang zaman kenakalan. Dulu aku tinggal dikawasan perumahan ladang ataupun biasa dipanggil estet. Tapi bukan kisah estet yang aku nak ceritakan. Di estet inilah juga tempat aku bersekolah tapi bukan sekolah juga yang aku nak ceritakan. Kisah ini tentang sungai yang ada di estet ini. Sungai ni agak jauh jugalah dari perumahan. Agak dalam 2km jaraknya.

Okey ceritanya begini. Aku ada 3orang rakan (Bahar Dakman dan Aswad) dan kami berempat memang suka mandi sungai. Dalam seminggu tu 3-4 kali kami akan pergi mandi disungai itu dan tiada apa apa yang berlaku dan tidak pernah sekalipun ada gangguan apa apa biarpun sudah berkali kali kami mandi disungai itu sehinggalah pada suatu hari. Hari tu hari terakhir sebelum tahun baru. Seperti biasa kami pergi mandi sungai tapi kali ni Dakman tiada kerana terkena demam panas sejak 3hari lalu. Jadi hanya kami bertigalah yang pergi.

Disungai itu ada sebuah pondok dan dipondok itulah tempat kami membuka pakaian. Ya..kami mandi telanjang sebab mak bapa aku memang melarang keras aku mandi disungai. Aku pernah dipukul bapa menggunakan batang penyapu sampai lebam betis aku kiri kanan. Jadi aku kena mandi telanjang supaya mak bapa tidak tahu dan oleh kerana diantara kami berempat aku ni leader diorang maka bila aku telanjang diorang pun ikut telanjang hahaha.

Okey sambung..kami pun mulalah terjun kedalam sungai. Sedang leka mandi dengan segala aksi terjunan tiba tiba pakaian kami yang dipondok itu terlempar kedalam sungai. Masa tu dah lepas waktu maghrib. Masing masing kehairanan dengan apa yang terjadi. Tiba tiba si Bahar teriak “Oi Dak apa ni main baling pakaian!! Basahlah bodoh!!” Terus si Aswad ketuk kepala si Bahar “Wui Dakman kan tiada..demam lepas balik dari sungai.” Kami mengutip pakaian kami yang dah basah dan meletakkan semula dipondok dan terus sambung mandi tanpa memikirkan siapa yang baling.

Bila cuaca sudah mula gelap barulah kami bersiap untuk pulang. Sedang kami memakai pakaian kami tiba tiba sebiji batu terkena Bahar apa lagi mengamuklah dia tuduh Aswad yang baling. “Gila aku nak baling tangan pegang spender” kata Aswad. Bahar jeling dekat aku, aku hanya angkat bahu tanda tak tahu. Pelik tapi kami anggap tiada apa apa lagi. Ingat kejadian tu habis disitu rupanya tak. Ni yang paling seram bagi aku. Lepas kami dah berpakaian kami pun mulalah hendak pulang. Sebaik saja keluar dari pondok kami ternampak seseorang sedang duduk diatas batu dan memandang tepat kearah kami. Dalam kesamaran hanya berpandukan cahaya bulan yang agak terang masa tu, kami perhatikan orang itu. Tiba tiba dia berdiri dan tangannya diangkat kedepan seperti menunjuk kearah kami.

Dari kejauhan kami nampak dia bergerak kearah kami tapi seakan terbang. Makin lama makin dekat dan barulah kami perasan lembaga itu adalah pontianak. Apalagi terus kami berlari sekuat hati. Pontianak tu mengejar sambil ketawa mengilai membuatkan kami berlari sambil menangis tak ingat dunia. Aswad beberapa kali terjatuh sampai luka siku dan lutut tapi digagahinya juga untuk terus berlari. Sampai dikawasan padang barulah pontianak itu berhenti mengejar kami. Kami terus berlari sampailah dekat masjid baru kami berhenti. Masa tu azan isyak baru bermula.

Dalam keadaan lemah kami pulang kerumah. Esok harinya kami pun terkena demam panas entah berapa hari. Dalam beberapa hari tu aku sering meracau menangis ketika tidur. Selalu termimpi pontianak tersebut sehingga hilang semangat aku dan badan aku menjadi kurus akibat tiada selera makan. Melihat keadaan aku bapa pun membawa aku berjumpa seorang ustaz untuk dipulihkan semangat aku. Alhamdulillah beberapa hari kemudian aku dan rakan rakan termasuk Dakman sembuh dan masa kami berkumpul kami menceritakan pengalaman kami pada si Dakman.

Rupa rupanya si Dakman yang pertama kali kena kacau. Patutlah dia demam lepas balik dari sungai tu. Begini ceritanya “masa kita lawan tahan nafas tu aku tak tahan jadi aku bangun mengambil nafas (kira kalahlah)..bila aku buka mata aku ternampak pontianak sedang terbang mengelilingi kita sambil ketawa mengilai lalu menghilang disebalik kelapa sawit. Mukanya tak berapa jelas tapi senyumannya jelas sampai ketelinga. Sebab itulah aku memaksa kamu semua balik awal masa tu.” Begitulah cerita Dakman. Sejak dari hari itu kami hanya mandi sungai pada waktu pagi bila cuti sekolah. Akhir kata dari aku Mat (Dakman, Aswad dan Bahar..kalau kamu terbaca kisah kita ini ketahuilah bahawa aku merindukan kamu semua. Rindu lepak bersama lagi.) Sekarang kami dah tua hehehe….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Sungai”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.