Tangan hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga fiksyen shasha. Sebelum aku memulakan kisah yang aku nak sampaikan, pertama sekali mohon maaf kepada semua pembaca sekiranya kisah yang aku ceritakan ini tak berapa seram, dan juga mohon maaf jika ada penulisan yang kurang dipahami dalam kisah ini. Tanpa membuang masa jom baca kisah ini.

Untuk waktu sekarang ni aku telah bekerja sebagai pembaikan rumah dengan mengikuti pakcik aku. Lama juga aku menganggur tanpa kerja selepas kejadian seram tu, kalau tak silap dalam 3 bulan juga aku tak kerja. Kejadian seram yang menimpa tu memang jadi salah satu punca juga aku menggangur dan ditambah pula dengan sukarnya untuk mencari kerja kosong.

————————————————————————————-

Oiii Man.. kau dah buang kah sampah yang boss suruh?
Alaaa aku ada kerja sikit ni, nanti kau buang la sampah tu, bukan berat pun.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal bila kawan aku Man cakap macam tu. Dia yang disuruh oleh boss, aku pula yang disuruhnya pandai betul la budak Man ni..

Sebenarnya aku kerja di sebuah restoran yang mula buka pada 7 pagi dan tutup pada 12 tengah malam. Bila waktu pulang dah memang dah nampak sepi dah restoran ni pekerja perempuan memang dah awal balik, aku dan Man ni lewat balik sebab nak kemas barang dan bersihkan tempat kerja lagi.

Waktu nak buang sampah tu, Man dah pesan dekat aku kalau buang sampah tu jangan lama-lama dan jangan nak tegur apa-apa pula. Sebenarnya aku bukan lah pekerja baru dekat restoran tu, cuma sebelum-sebelum ni memang tak pernah ada gangguan yang terjadi lagi dekat aku. Dan sebelum ni Man tak pernah pula cakap apa-apa bila aku buang sampah.

Sampah yang nak dibuang tu bukan lah jauh sangat tapi tempat pembuangan sampah tu jalan dia dah lah gelap, suram, sunyi pula. Kedai-kedai yang berhampiran dah memang awal tutup sebab tu kawasan tu jadi gelap dan sunyi.

Tanpa membuang masa aku terus ambil sampah yang telah diikat dan terus berjalan ke tempat membuang sampah. Pada mulanya memang aku tak fikir sangat dengan gangguan-gangguan yang ada masa tu. Yang aku fikir masa tu balik dan berehat sebab esok pun kena kerja lagi.

Masa aku letakkan sampah tu, aku terkejut dengan bunyi yang seakan seseorang hendak membongkar sampah-sampah tersebut. Aku berpaling seketika ke tempat bunyi tu kerna ingin tahu, dalam hati mungkin tikus kot. Tapi perasaan aku mula tak sedap sebab takkan lah tikus sampai tahap nak membongkar tu lain macam.

Aku terus berjalan ke restoran tanpa memikirkan apa yang terjadi. Masa aku melangkah menuju ke restoran tu tiba-tiba bahu aku dikejutkan oleh satu tangan hitam yang berkedut. Aku terus terkejut dan berlari sekuat hati ku.

Sampai saja di restoran, aku terus ditanya oleh Man – Kau dah kenapa kena kejar oleh hantu kah. Aku yang tercungap-cungap terus menarik nafas lega dan beristigfar.

Kau ni Man, tak ada lah, aku sengaja saja lari cepat-cepat sebab gelap kan. Alasan aku memang tak masuk akal tapi itu saja yang terlintas difikiran sebab tak nak Man tahu apa yang terjadi.

Keesokkannya barulah aku cerita kepada Man tentang kejadian semalam yang berlaku. Sebenarnya Man dah agak dah semalam kenapa aku tercungap-cungap sampai di restoran selepas membuang sampah.

Selepas aku ceritakan apa yang terjadi semalam tu, Man terus membuka cerita yang sebelum ni pun dia pernah terkena, yang mana dia nampak seorang seakan pakcik tua berada di pembuangan sampah tu.

Mulanya Man ingat pakcik tu memang dekat sana untuk mencari sesuatu atau memang nak ambil sisa-sisa makanan yang masih okay. Mulanya Man menyapa pakcik tu dengan Assalamualaikum, tapi tiada balasan dari pakcik tu.

Lepas tu bila waktu Man letakkan plastik sampah tu, tiba-tiba pakcik tu bangun dengan muka yang menyeramkan dan mencapai tangan Man. Terlihat tangan hitam berkuku panjang, muka hitam yang kurang jelas. Memang Sah itu bukan manusia.

Man memang yakin itu bukan manusia, sebab pekerja sebelum ni juga iaitu seorang makcik pernah cakap yang korang hati-hati bila buang sampah ada penghuni lain yang tinggal disana.

Lepas dari kejadian tersebut memang aku dah tak buang sampah dah, dan pekerja lain yang buang sampah pun memang awal-awal dah buang sampah.

Lepas dua hari begitu, aku terus berhenti bekerja sebab bila aku nak buang sampah walaupun ditemani tetap juga merasa takut dan terbayang-bayang dengan apa yang terjadi.

Mungkin sampai disini saja penceritaan ku, InsyaAllah jumpa lagi dilain cerita..

– Aziem

Rating Pembaca
[Total: 37 Average: 3.8]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.