Tarian “MakYong”

Assalammualaikum pembaca FS. Ini kali pertama aku nak kongsi cerita, jadi aku minta maaf dulu jika cerita aku bosan dan tak menyeramkan.

Cerita yang aku nak kongsi ni dah lama berlaku. Masa aku sekolah menengah dulu. Adalah dalam berbelas tahun yang lepas. Masa sekolah, aku masuk kelab kebudayaan (Tarian). Dari sekolah rendah lagi aku dah aktif menari (minat lah konon) hehehe. Okay sambung cerita.

Masa aku sekolah menengah, aku kena menari tarian “MakYong”. Tarian “MakYong” ni tarian traditional dari Kelantan. Tarian ni aku perlu menari dengan seorang ‘partner’ aku (lelaki) dan ada dayang-dayang yang akan menari bersama (kanak-kanak sekolah rendah).

Tarian “MakYong” merupakan acara pembukaan persembahan untuk ‘event’ yang aku join ni, jadi aku akan menari tarian “MakYong” dulu lepastu aku akan tukar pakaian untuk tarian seterusnya.

Okay cerita dia selama proses latihan sebelum ‘event’ sebenar berlaku, aku okay je. Takde kena apa-apa gangguan pun. Sampai lah hari tersebut lepas aku dah siap ‘make-up’, dah pakai ‘costume’ dia lengkap dari hujung kepala sampai lah ke hujung kaki. Haaa masa nih aku rasa seram sejuk. Badan aku rasa berat sangat macam nak demam pun ada. Tapi aku fikir mungkin aku ‘nervous’ sangat. Ye lah ‘event’ nih ‘event’ besar jadi gemuruh dia lain macam.

Maka aku pun menari lah ‘all out’ orang putih kata. Lepas dah habis persembahan tu aku dan yang lain pun keluar pentas. Bila kaki aku langkah keluar saja, badan aku automatik lemah yang amat tapi aku gagahkan juga sebab nak sedia untuk persembahan seterusnya. Aku gagahkan diri aku untk menerukan persembahan kedua sebab aku tidak mau persembahan kedua ada cacat celahnya kalau aku tidak dapat bersama-ama.

Habis saja ‘event’ suhu badan aku naik mendadak. Demam menggigil satu badan. Malam itu, aku mimpi aku tengah menari dan lepastu ada seorang perempuan datang dekat aku. Dia menari sama-sama lepastu dia menari kat belakang aku sambil dia pegang dan betulkan gerak langkah aku. Seram bila diingatkan balik.

Keesokan harinya pula pihak anjuran bawa kami semua yang terlibat dalam ‘event’ tu pergi berjalan-jalan kat sekitar Kuala Lumpur. Ikutkan kesihatan aku yang tak memberi kerjasama nak aja aku tinggal di hotel tapi cikgu aku tak benarkan jadinya ikut sajalah mereka.

Sampai saja di destinasi pertama, turun saja dari bas aku terus hilang dari radar. Aku dah tak sedarkan diri. Aku tak tau sama ada aku jatuh pengsan atau pun meracau.  Aku sedar-sedar ja, aku ada kat tempat makan yang tak berapa ramai orang dan ditemani oleh seorang kawan aku dan seorang cikgu dari sekolah lain. Cikgu tuh mungkin pandai berubat. Dia ruqyah kan aku, dia cakap aku ni lemah semangat. Lepastu dia tanya aku, semalam sebelum menari aku ada baca apa-apa tak. Aku cakap lah baca doa beramai-ramai sebelum ‘event’ tu mula saja. Dia senyum dan cakap lain kali baca Al-Fatihah dan masuk pentas langkah dengan kaki kanan. Lepastu dia sambung ruqyah kan aku dan bagi aku Air Masak yang dah dibaca untuk aku minum. Keadaan aku beransur pulih selepas diRuqyahkan.

Lepas dari tu aku pun duduk lah dengan Kawan-kawan aku yang lain. Masa tu ada sorang ni cakap yang pada malam kejadian dia nampak muka aku lain sangat. Pelik dan nampak menakutkan. Ada juga yang cakap masa aku menari dia nampak ada seorang perempuan cantik dan bercahaya, pakaian dia pula sama macam aku. Dia berdiri betul-betul sebelah aku dan betulkan gerak tangan aku dan pergerakan kepala aku. Dia seolah-olah menari sambil pegang aku. Masa aku dengar tu aku terus teringat mimpi aku yang malam tadi tu. Aku terasa seram dan takut  mendengarkan cerita-cerita mereka. Mungkin kah perempuan tersebut adalah perempuan yang muncul dalam mimpi aku..?.

Demam dan sakit badan aku masih tidak pulih. Aku masih terasa sangat lemah. Ditambah lagi dengan rasa seram dan takut dengan penampakan perempuan semasa menari. Keadaan aku ni merisaukan guru yang mengiringi kami. Dia cuba berusaha mencari orang yang pandai untuk ubatkan aku. Pada Malam kedua, cikgu aku bawa aku berubat dengan ada sorang pakcik ni. Dia ruqyahkan aku lepastu dia suruh mandi bunga. Dia bagi aku satu barang nih. Pelik barang tu. Dia macam tali kasut yang digulung-gulung pastu ada macam tangkal kat dalam gulungan tali tu. Pakcik tu cakap letak barang ni bawah bantal masa tidur. Aku pun buat la macam yang dipesan.

Keesokan pagi tu aku bangun badan dah tak rasa berat. Alhamdulillah la kan, mungkin “benda” tu dah takde lagi. Aku rasa kesihatan aku semakin pulih. Dalam bas masa nak balik Johor Bahru ada sorang ni, yang nampak ada perempuan berdiri sebelah aku time event tu. Dia cakap kat lagi yang “benda” tu ikut aku balik. Geram campur marah juga aku dengar cerita dia. Masa tu rasa nak hempuk mulut dia pun ada. Celupar sangat. Namun aku tidak memberikan respon terhadap apa yang dia katakan. Aku hanya mampu berdoa agar apa yang dia kata tu tidak akan berlaku. Sepanjang perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri dan sekali-sekala teringat akan mimpi yang aku alami.

Sampai saja di rumah, aku dah mula rasa lain macam je. Badan aku rasa berat balik dan suhu badan naik mendadak. Kali ni teruk sebab aku tak mampu buat apa-apa. Aku hanya terbaring kaku saja selama beberapa hari. Makan ubat hospital dan farmasi pun tak jalan juga. Ibu risau sangat melihat keadaan aku. Sebagai ikhtiar,  Ibu aku akhirnya panggil seorang ustaz untuk ubatkan aku. Ustaz tu cakap “benda” tu macam marah dengan aku sebab aku dah seru dan menyerupai dia tapi aku tak nak terus berkawan dengan dia. Ustaz tersebut beruaha ubatkan aku.

Selang beberapa hari lepas aku dah berubat dengan ustaz tu, Alhamdulillah aku dah semakin pulih. Sekian itu sajalah kisah dari aku.

Terima kasih pada yang sudi membaca coretan aku ini.

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

1 thought on “Tarian “MakYong””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.