Tergigit Batu Kemeyan dalam Nasi Beriyani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada admin FS sebab sudi approvekan satu lagi coretan hari ni. Kisah yang aku pernah hantar sebelum ni : Pengalaman Hampir Dipukau, Bihun Goreng Basi Serta Merta, Mee Goreng Berulat dan Kedai Makan dan Benda Kotor. Tiga daripada kisah ni kesemuanya pasal makanan dan kedai makan.

Aku sebenarnya memang ceritakan apa yang aku alami kat kawan2 rapat di pejabat & family supaya tak termakan dan hati-hati bila kita keluar makan. Kat komen di post sebelum ni Kedai Makan dan Benda Kotor – ada yang nak tau apa yang aku amalkan. Aku dah sebutkan dalam post sebenarnya. Jujurnya aku hanya manusia biasa yang tak ada kelebihan apa2 dan tak terfikir pun ia adalah satu kelebihan. Aku manusia normal yang makan dengan Bismillah dan Doa Makan. Cuma baru2 ni bila aku baca apa yang Habib Umar Bin Hafidz nyatakan berkenaan faedah membaca Bismillahillazi la yadhurru.. (hingga akhir), terdetik juga adakah Allah melindungi dengan asbab bacaan itu setiap hari dalam Mathurat. Aku pun tak pasti. Hanya Allah yang tahu.

Baik. Kisah kali ni berkaitan makanan juga, kedai makan juga iaitu di kedai Mam*k. Benda ni berlaku pada tahun 2016 macam tu.

Suatu hari yang penuh jadual, aku sambung belajar di sebuah ipt. Kelas sepagian, perut lapar berbunyi-bunyi. Padahal baru berapa jam masuk kelas. Macam nilah bila dah tua baru nak sambung belajar part time. Huhu

Aku ajak dua kawan baikku ke kedai mam*k berdekatan ipt kami. Macam biasa, aku cukup suka telur sotong & telur ikan. Nak nak pulak makan nasi beriyani kan, kuah ayam madu sikit, buh gulai skit, ayam goreng rangup bahagian kepak..fuh.

Maka kami pun sampai kedai cari port bawah kipas. Beratur ambik nasi pilih lauk bagai & order air. Kami mulakan acara makan sambil bersembang santai pasal tadi.

Satu suap ke mulut, aku rasa normal tapi macam makan asap. Aku teruskan aje kunyah ayam goreng panas tu. Ok. Masih normal. Satu suap lagi nasi beriyani sambil kutil telur sotong. Eh bau lagi. Rasa tak selesa mengunyah, rasa pelik. Elok suap ketiga, aku tergigit sesuatu! Aku terkejut. Ingatkan batu biasa yang kita duk tergigit dalam nasi/lauk tu. Maka aku kunyah lagi. Kunyahan aku seterusnya ialah kunyah batu yang berbau asap…kemeyan. Terus aku ke sinki terdekat & luahkan semua. Kumur-kumur & tengok muka aku di cermin sinki. Allah..ada apa pulak ni…

Aku kembali ke meja & kawan2ku yang dua orang tu tanya aku ok ke tak. Aku kata ok je tergigit batu pulak. Cuba untuk cover confuse dalam hati. Aku duk jap lepas tu minum teh ais.

Eh teh ais kemenyan ke ni?? Baunya, rasanya. Semua kemenyan.

Seteguk lagi. Masih sama. Kemenyan lagi. Seolah2 aku minun rebusan kemenyan berperisa teh ais. Aku ke sinki sekali lagi dan kumur balik.

Aku duduk semula dan aku tenung aje nasi beriyani aku. Terbang RM aku kali ni. Kawan2 aku yang dua orang ni dah abis makan. Tertanya-tanya depa kenapa aku tinggalkan nasik aku macam tu. Selesai makan aku singgah ke kedai beli roti & air kotak milo aje, habuan tahan lapar huhu.

Aku sendiri tertanya-tanya apa benda yang yang aku gigit tu. Ia seolah-olah satu kunyahan membawa seketul kemenyan yang berasap dalam mulut.

Macam biasa, aku akan pi sekali lagi untuk pastikan betul ke tak benda yang aku alami di kedai tu. Senyap-senyap aku ke kedai tu tak lama lepas tu, kali ni order milo ais pulak & tosei. Nah, rasanya masih sama..berkemenyan, umpama seketul kemenyan diasapkan dalam mulut aku. Maka fahamlah aku yang kedai mam*k ni juga perlu aku masukkan dalam list jangan makan.

Tanpa sebarang prejudis, ada satu kedai mam*k yang aku suka makan berdekatan bandar kawasan aku tinggal ni, aku suka telur sotongnya. Selalunya aku akan pi lepas balik kerja dengan suami.

Nak jadi kisahnya, rasa kemenyan tu juga ada di makanan di kedai mam*k yang ni pulak. Aku singgah beli air pun rasa kemenyan masih ada walaupun tak makan apa2, bungkus air je minum dalam kereta. Maka aku putuskan juga tak akan masuk dah kedua-dua kedai ni.

Untuk pengetahuan pembaca FS sekalian, kedua-dua kedai ni ialah kedai rangkaian yang ada di seluruh Malaysia. Walaupun dah jadi lama, tapi aku masih dapat rasa lagi berserbuk batu di gigi geraham dan bau asap kemenyan dalam mulut ni.

Inilah saja coretan aku pada kali ni. Maaflah mungkin ada pembaca yang rasa aku saja-saja atau buat-buat merasa macam-macam, tapi itulah hakikat yang aku rasa. Aku nak abaikan rasa & deria tu tak boleh, datang rasa jijik dan perut bergelodak kalau makan jugak. Mudah2an ada manfaat kepada pembaca untuk sama-sama beringat dan berdoa untuk perlindungan Allah.

Semoga Allah terus melindungi diriku, keluarga dan para sahabat daripada benda yang kotor di kedai makan. Insyaallah.

Ayong

8 comments

  1. Kesimpulannya lebih baik masak sendiri.. Dari mkn kat kedai2 yg x tentu kebersihannya.. Terhindar dari terkena dan bazir duit termakan kedai yg ada pelaris.. Teringt kisah zaman Nabi Musa pasal seorang lelaki yg bernazar akn minum air kencing anjing hitam jika isterinya mengandung.. Allah makbulkan doa lelaki tersebut tetapi lelaki itu enggan minum air kencing anjing hitam tu.. Jadi beliau minta nasihat Nabi dan Nabi suruh dia minum air hujan yg turun dari bumbung rumah seorang yg tidak solat sebagai ganti nazar tersebut.. Lihat lah air hujan dari bumbung rumah org x solat lebih hina dari air kencing anjing.. Penulis ada kelebihan utk tahu samada kedai ada pelaris atau tak tp masih x serik nak mkn di kedai begitu.. Lumrah zaman skrg ramai suka mkn di kedai tanpa peduli kan tukang masak solat atau tak terutama jika tukang masak tu non Muslim.. Tahukah anda kenapa org skrg sukar nak amal agama sebenar2nya.. Krn dah selalu dan sebati dgn air tgn tukang masak yg x jaga solat dan kebersihannya.. Bila tulis begini org akn marah.. Tp pikir2 kan lah..

  2. Suka bercerita pasal kedai makan ni ada itu ada ini tapi lepas tekak sensorunk ngan tekak anak beranak kwn rapat2 jer la ko…stakat citer sini n tnjuk hebat sense ko psl kedai2 yg ko rahsia nama tu tapi suka la klu tgk readers2 dalam ni berselera makan kat tmpt2 kotor tu..aku x paham manusia mcm ko ni..

  3. menakutkan.. Ayah orang suke makan kedai mamak. kedai mamak kiraa fames di malaysia la. bilee mkn, tah laa .. perut akan rse tk selesa. pas mkn ..mesti loyar and boleh buat muntah.. start tu .. ayah makan situ,, orang beli mknn tempat lain,, haha

  4. Aku pernah kerja kedai mamak selama 6 bulan sebagai pentadbirannya kerana banyak rangkaian pada sekitar tahun 2002. Aku tak tahu pasal dia gunakan sebarang ilmu kesyirikan atau sebagainya. Cuma yang aku tahu mereka kurang menjaga sumber bahan mentah itu sendiri. Contohnya ketika itu ayam dibekal oleh seorang cina dengan harga lebih murah dari pasaran (sembelih atau tidak kurang pasti kerana siap dipotong), rempah ratus diimport dari India (Itu pasal ayam dia basuh lebih kurang, tak berbau hanyir) dan tukang masak tak diketahui status keislamannya walaupun nama rahul, salman, abdullah, khan, baziq dll kerana rata-rata berasal dari India. Maaf aku tak letak nama restoran tu kerana ini peristiwa lama, kemungkinan mereka dah berubah. Cuma intention aku agar sekiranya hendak makan di sesebuah restoran perhati dan kenali makanan yang ingin kita masukkan ke dalam perut. Kalau yakin, alhamdulillah teruskan.. kalau was-was, tepuk dada tanya iman.

  5. pernah baca ayat Kursi dlm satu kedai mamak 24 jam di area Setapak KL…mamak tu tenung aku mcm nak makan aku (marah)…tiba2 nasi goreng yg aku nak makan tu berubah rupa mcm nasi basi terus loya tekak…terus ajak anak keluar dari kedai tu…kedai ini mmg ramai org…semua bangsa ada…saya jenis bukan suka makan kat luar kecuali terpaksa..tp mmg amal baca ayat Kursi sebelum makan…jika rasa semacam atau tiba2 rasa angin menderu kat kita sorang je maknanya adalah jin dlm kedai tu…utk info..jin2 pelaris ni akan berak kencing atas makanan dan minuman pelanggan…pelanggan akan rasa sedap dan ketagih utk datang lagi dan lagi…eeeee…jadi kita sendiri bila gi makan kat mana2…amal la baca tu ya…nak tunggu org bg tau nama kedai mrk pun takut disaman balik pihak kedai sebab susah nak buktikan benda ghaib mcm ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.