” Aku mahu buntingkan dia , bawa dia naik ke atas “

Assalamualaikum pembaca setia fiksyen shasha. Terima kasih kepada admin fiksyen shasha jika kisah aku ini tersiar. Aku Cuma nak kongsi pengalaman semasa aku berada di hostel semasa aku belajar dahulu.

Lily ( rakanku ) merupakan seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Lily sedang berkawan baik dengan rakan kami yang bernama Norman dan selalu meluangkan masa bersama. Tetapi apabila masuk sahaja pelajar baru yang bernama Puteri, Norman seakan tidak mengendahkan Lily lagi, senang cerita macam cinta tiga segi lah. Selepas kejadian itu, Lily menjadi seorang yang suka menyendiri dan selalu luangkan masa di ‘ loteng ‘ lagi – lagi pada waktu maghrib dan waktu malam sebab hostel yang kami tinggal ini adalah rumah kedai.

Pada suatu malam semasa berada didalam hostel, Dhia ( rakanku ) melihat Lily sedang termenung di luar tingkap hostel lalu Dhia menegur : –
Dhia : Weyh Ayie ( nama panggilan Lily ) , kau okay tak termenung je dari tadi . Pergi la lepak dengan budak – budak tu .
Lily : * Terdiam * Membalas pandangan Dhia dengan senyuman sinis sahaja sambil mata melirik ke arah Dhia dari atas ke bawah.

Lalu Dhia pergi ke arah sekumpulan pelajar wanita yang berada di dalam bilik sebelah dan memberitahu keadaan Lily. Belum sempat Dhia menghabiskan cerita, kedengaran suara jeritan Lily dan mereka semua bergegas untuk melihat keadaan Lily. Mereka melihat bahawa Lily seperti kerasukkan dan menjerit – jerit , lalu mereka pon memegang Lily dengan kekuatan 5 – 8 pelajar perempuan . Dhia pergi mendapatkan beberapa pelajar orang lelaki dan warden hostel yang kami gelarkan Pakcik Zul untuk membantu mereka.

Salah seorang daripada pelajar lelaki cuba untuk merawat Lily dengan membaca bebarapa ayat potongan Al-Quran dan beberapa surah yang lain tetapi Lily hanya berjaya ditenangkan dalam masa tak sampai satu jam sahaja. Kemudian Pakcik Zul cuba menghubungi kenalan nya yang merupakan seorang uztaz ( nama tak ingat ) yang tinggal di kawasan berdekatan untuk membantu.

Setibanya ustaz di hostel perempuan, ustaz memulakan perawatan dengan bantuan seorang rakan nya yang memegang ibu jari kaki kiri dan kanan Lily yang disertakan dengan biji lada hitam. Aku skip sedikit beberapa situasi sehingga ustaz dapat bercakap dengan mahkluk berkenaan :

Ustaz : Aku mahu kau jangan ganggu anak cucu Adam ini lagi dan kembali ke tempat asal kau ( dialog lebih kurang macam ni lah sebab aku ingat-ingat lupa .. hehe maaf )

Makhluk : Aku taknak , aku sayang dan cintakan budak ini !! Bawa dia naik ke atas ( loteng ) aku nak buntingkan dia !!

Kami semua yang berada disitu terdiam dan terkaku apabila mendengar permintaan makhluk tersebut. Semua yang berada disitu juga terkejut dengan apa yang telah terjadi, lain benar permintaan makhluk ni.

Setelah beberapa jam ustaz cuba berkomunikasi dengan makhluk tersebut, ustaz berjaya merawat Lily. Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku terhadap Lily. Sebelum pulang ustaz ada berpesan kepada kami semua yang berada disitu, supaya tidak membenarkan para pelajar untuk naik ke loteng kerana disitu lha tempat dimana makhluk itu tinggal dan sebab kenapa dia menggangu Lily kerana dia suka menyendiri di loteng pada waktu maghrib dan jiwa Lily kosong pada masa itu. Kami semua pon mengikut apa yang diarahkan oleh ustaz.

Harap tiada lagi akan berlaku kepada pelajar yang lain. Sangat menyeramkan jika gangguan ini terus menerus berlaku.

Sampai disini sahaja lah kisah yang aku ingin kongsikan. Maaf sekiranya cerita aku ini kurang seram, mungkin sebab aku susah nak cerita dalam bentuk penulisan. Tapi bagi aku pengalaman ketika berada di tempat kejadian tu sangat menyeramkan dengan keadaan lily lagi.

Sekian sahaja terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Asha Ardelia

2 thoughts on “” Aku mahu buntingkan dia , bawa dia naik ke atas “”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.