Jenazah

Assalamualaikum FS dan pembaca sekalian.
Buat julung kalinya saya berkongsi pengalaman dan kisah seram buat semua pembaca FS disini..
Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya..
Panggil saja saya mbs..simple ka? ..oklah taknak buang masa izinkan saya untuk bercerita..

Kisah ini terjadi di kawasan kejiranan presint 11 putrajaya. Saya adalah salah seorang penduduk di kawasan kejiranan tersebut dan duduk di aras 4. Biasanya aktiviti malam saya bersama rakan2 jiran adalah duduk melepak di pondok tepi kuaters yang kami tinggal. Melepak, bersembang sambil makan2 kat pondok tu la tempat kitorang sampailah ke larut malam, malah bila hujung minggu kitorang akan melepak sampai ke pagi (bini jangan cakaplah masa tu) haha..

Belakang bangunan kuaters ni ialah bukit yang dipenuhi dengan kelapa sawit. Seram jugak tempat tapi kitorang dah biasa kan..jadi tak jadi masalah lah.

Pada malam berlakunya kejadian seperti biasa kitorang menyembang dekat pondok tu..tiba2 anjing menyalak dari arah semakdi tepi bukit..salakan tadi tak henti2 hingga buatkan kami rasa tak selesa..salah seorang dari rakan saya bersuara..nama dia mat (bukan nama sebenar)
“eh ni mesti ada yang tak kena..ada benda ni”

Bila mat kata macam tu kami dah mula cuak sebab mat ni memang orang kata ada ‘sixthsense’..boleh tahu kehadiran benda tu.. Akhirnya kami pun pakat balik rumah masing2.
Biasanya saya bila naik ke rumah saya akan menaiki tangga dan tak gunakan lif..yelah aras 4 je kut taklah tinggi mana.. Tapi malam tu sebab dah takut saya join kawan yang lain untuk naik lif sama2.

Sampai je dekat aras 4 saya buat macam biasa menuju ke rumah saya dihujung aras tersebut. Dan apabila saya melalui rumah jiran saya yang satu ni saya terdengar dengan jelas sekali bunyi bising seolah-olah ada ramai orang kat dalam rumah tu yang sedang bercakap2 dan yang paling jelas sekali adalah bacaan tahlil dan yasin yang amat jelas. Dalam hati saya apa benda yang dorang buat kenduri tgh2 malam ni dan apsal kami tak dijemput sekali?Pertanyaan tu bermain di kepala saya sambil berjalan melepasi rumah tersebut .

Sesampai di rumah isteri dah tidur dan saya lepas basuh kaki gosok gigi semua, saya pun baring tapi masih memikirkan apa yang saya dengar sebentar tadi.

Saya macam tak puas hati dan hantar wassap ke seorang lagi jiran saya di aras 4. Saya bertanya pada jiran saya ada tak penghuni rumah no 08 buat apa2 majlis.. Dan jiran saya kata takde sebab penghuni rumah tu balik kampung mak dia sebab nenek dia baru meninggal beberapa hari lepas. Ah sudah! Bulu tengkuk saya naik meremang.. Saya kata takpelah nanti esok je cerita..

Dengan perasaan seram saya cuba lupakan hal itu dan cuba untuk tidur tapi didalam hati memang tak puas hati dengan apa yang berlaku. Lalu saya cuba beranikan diri untuk keluar dan menyiasat hal tersebut.. Jam lebih kurang pukul 12:43 malam saya keluar sambil bakar sebatang rokok nak hilang rasa takutlah kononnya. Masa nak keluar pintu tu saya terdengar suara orang ramai mengucapkan kalimah’laillahailallah’ berulang kali dan bila saya jenguk alangkah terperanjatnya saya bila mendapati orang ramai tadi keluar dari rumah itu sambil mengusung sesuatu yang pada fikiran saya adalah jenazah. Seolah-olah ia sedang dibawa ke kubur.

Bayangkan tengah2 malam tu jenazah diusung hendak dibawa ke kubur!! Perasaan saya tak payah cakaplah masa tu.. Saya terus berlari masuk ke dalam rumah. Rasa nak pitam pun ada..badan menggeletar ketakutan dan lepas tu saya demam selama beberapa hari sehinggalah isteri saya minta bantuan seorang ustaz untuk mengubat saya.. Itulah pengalaman saya yang betul2 terjadi di depan mata. Saya tak tahu benda tu hantu ke atau apa tapi yang pasti ianya betul2 menakutkan. Terima kasih.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

15 thoughts on “Jenazah”

  1. mungkin ada kematian di alam lain n saudara orang yang terpilih untuk melihat kejadian tu . wallahualam .

    Reply
  2. “eh ni mesti ada yang tak kena..ada benda ni”

    Bila mat kata macam tu kami dah mula cuak sebab mat ni memang orang kata ada ‘sixthsense’..boleh tahu kehadiran benda tu..
    (takde ‘sixthsense’ pun dh tau ade yg tk kene…bodo betul)

    Reply
  3. Di dunia ini bukan hanya kita manusia saja yg menghuni
    nya …kali ini hijab saudara di angkat dan dapat melihat makhluk2 ini. Perlu di ingat sejahat2 manusia lebih jahat lagi sebaik2 jin. Jangan sesekali bersekutu dengan mereka.

    Pada firasat saya kematian di kampung itu ada kena mengena dengan upacara di rumah itu..wallahualam.

    Reply
  4. Mungkin itu adalah jin… Tetapi mungkin jin ni beragama islam sebab diorg ucap “laillahaillallah” yang bermakna tiada tuhan selain Allah… Jadi x perlu terlalu takut… Ini juga mungkin sebagai pengajaran kpd diri sendiri.. Sebab setiap apa yg berlaku sama ada baik atau buruk… Pasti ada hikmahnya..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.