Patahkan Ilmu Pelesit

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian.Semoga semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah swt. Kali ini saya ingin berkongsi cara bagaimana nak mematahkan ilmu pelesit atau pun bajang kerana dua ilmu ini lebih kurang sedikit sebanyak ada sama intipatinya pembuatannya dan manteranya.

Saya juga akan kongsikan secara umum cara membuat pelesit tapi dah ditapis tanpa ada bacaan mantera2 yg khurafat lg menyesatkan, cuma pengetahuan secara umum bagi mengelakkan kita terjebak dan terperangkap dlm kesyirikan kepada Allah swt.

cara membuat pelesit.
– pergi malam hari ke kubur si mati adalah anak pertama yg mati di kandung oleh ibu yg juga anak pertama
– kematian tidak boleh lebih dari 40hari.
– lepas dah korek mayat si mati, hendaklah dibawa menghadap depan busut sambil didodoikan dengan jampi amalan pembangkit.
-bila mayat anak yang didodoikan tadi menangis dan menjelirkan lidahnya, dengan pantas gigit lidah mayat anak itu sehingga putus.
– bawa tempurung kelapa dari kelapa hijau muda di mana2 pertemuan simpang 3 yg sunyi tiada orang lalu.
– bakar dalam tempurung itu sehingga mengeluarkan minyak.
– bila minyak dah agak separuh penuh, rendamkan lidah yg digigit td dalam tempurung tu tadi.
– tanam tempurung dgn lidah tadi di tengah2 pertemuan simpang 3.
– biarkan tertanam dan x bersentuh selama 3 malam,bila korek nnt ia akan berubah menjadi pelesit dan akan bertuankan anda.

segala langkah dan amalan di atas kena ada mantera dan saya tak sertakan sekali sekadar umum sahaja.

cara nak patahkan ilmuan ini.
bahan2nya
– tebu hitam
– limau kasturi 21 biji
– limau purut 7 biji
– garam kasar 3 kg(anggaran)
– daun sirah 21 helai
– jarum jahit 7 bilah
– segantang beras

ayat2 yang digunakan adalah

  • Al Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Al Falaq
  • Al Ikhlas
  • An Nas
  • Yaasiin 9
  • Al Ankabut 57
  • Yaasiiin ayat 58

ulang sekurang2nya 100x selama 7 malam berturut dan niat tujuan apa dihati.

pastikan dlm keadaan suci dari hadas besar dan berwudhu.

cara-cara nak gunakan bahan-bahan dia atas bagi patahkan ilmu pelesit kenalah berguru kerana jika tiada ilmu dan kaedah yang betul, boleh binasa diri..

semoga anda semua mendapat manfaat berguna dalam perkongsian kali ini..wassalamualaikum wbt.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 thoughts on “Patahkan Ilmu Pelesit”

  1. ngeri pulok tang nak buat pelesit tu.. hushhhh.. sup lidah tabur daun sup dgn bawang goreng pon tak makan..inikan pule nak kekah lidah mayat budak… hushhh.. tagune punya pelesit.. mintak jauh la benda benda laguni..

    Reply
    • Tulah…myt yg kaku td tiba2 dgr tangisan pun sh xckup tnh aku lari inikan pulak nk mgigitnya…Allah..seram

      Reply
  2. Salam… heh… Tuan masih ada… ingatkan dah x menulis… please la…. stop it… apa motif tuan share benda2 camni? Setiap perkara ada pro dan kontra… Hal yang tuan share ni terlalu byk kontra.. nilaikan sendiri… kalo diri tuan dah rosak.. taubat la… tapi jgn la rosakkan orang lain.. aritu tuan share ilmu sihir kubur.. skang ilmu masked rider pelesit pulak… just imagine dalam 32 juta rakyat malaysia ni… xyah byk… sorang je dgn niat suka2 baca penulisan tuan pastu try nak buat… Allahu… sapa nak bertanggungjawab?
    Dear admin… please block this writer.. please…

    Reply
    • tq en syed kongsi surah ape yg ptt d baca..baru2 ni ade pelesit dtg uma sy..hbis lebam2 peha sy..suami tngkp simpn dlm botol th2 esk nye hilang pelesit tu..

      Reply
  3. Cara patahkan pelesit tu bagus..tapi cara buat pelesit tu walaupun tak lengkap sangat lah tak bagus…melainkan dalam kelas khusus…Educate orang berdepan dengan pelesit dan educate orang berkenaan pelesit tu bagus juga…

    Reply
  4. Apa lah yang mengelupur sangat ni jangan kongsi cara buat pelesit… Tamar Jalis dah lama kongsi cara nak buat toyol… Cara lebih kurang sama… Bayi sulung mati dalam kandungan ibu sulung… Cara dia cerita detail cuma sama macam penulis tuan syed ni tak de disertakan jampi nyer… Tanpa jampi2 khusus ilmu tu takkan menjadi pun… Bertenang sudah… Tak de mudarat pun…

    Reply
  5. Kelmarin kat umah saya ada peleset. Saya minta suami tangkap dlm plastik.

    Dan saya bunuh menggunakan selipar.

    Tp benda tu masih dlm plastik. Saya tak berani buat ape2.

    Skrg ape patut saya buat dgn benda tu…

    Tp sebelum perkara tu berlaku dlm kol 4pg saya mimpi ada Org nak baling buaya pd saya. Masa tu mcm kat tasik.

    Reply

Leave a Comment