Salam Aidilfitri FS dan semua. Aku Syafiq. Kalini aku nak cerita pengalaman aku merawat kerasukan untuk kali pertamanya, sebelum adanya kes Kak In. Ianya berlaku tanpa diduga. Ketika itu aku baru sebulan nikah kalau tak silap, kiranya agak baru jugakla aku nikah. Sebelum ni, aku hanya berhadapan dengan kes yang tiada kerasukan dimana pesakit-pesakitnya masih boleh mengawal diri.
Seperti hari-hari yang biasanya, aku pagi itu mencari rezeki dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Kerja agak banyak. Well, kerja takkan habis. Hehe. Ketika aku khusyuk dengan kerja aku, datang Kak Ila menyapa aku.
“Pik”
Aku menoleh. “Yes kak?” Aku menanya sambil menghadiahkan senyuman untuk Kak Ila.
“Sitok lok..dudok pantry jap..ada benda nak padah” (Sini kejap..duduk pantry kejap..ade bende nak cakap) Ujar Kak Ila.
Kak Ila berlalu ke pantry sambil melambai aku. Ajakan dia langsung aku terima. Aku ke pantry dengan senang hatinya. Kak Ila buat teh sedap tau. Lantas aku melabuh punggung aku di kerusi pantry sambil tangan tak henti-henti bergendang di atas meja pantry. Biasalah. Golongan kinestetik. Hehe.
Kak Ila pun menuang teh o panas ke dalam cawan Dragonball aku yang berwarna hitam. Fuh. Imej Goku di cawan aku berubah menjadi Kaio Ken. Aku beli di Shoppe magic mug tu. Haba akan menukar imej di cawan tersebut menjadi imej yang lain. Seronok bila dapat satu mug tu tau. (Sempat promote) hoho
“Pik..” Tegur Kak Ila.
Aku tersedar dari khayalan dunia Dragonball aku dan mulai fokus ke arah Kak Ila.
“Apa tek kak?” (Apa kak?)
Kak Ila sedang mengatur tudung Captain America nya.
“Akak ada benda nak padah. Nya tok bala kakak juak” (Akak ade bende nak cakap. Dia ni famili kakak jugak la) Kak Ila usai bermain dengan tudungnya.
Aku fokus sambil-sambil mengacau teh o panasku.
“Nya ompuan..kira tunggal akakla..nya eran lakinya mala sik di rumah..mala ekot ompuan lain..pasya nya ada rasa pelek laa” (Dia perempuan..kira sepupu akakla..dia heran suaminya asyik tak di rumah .asyik ikut perempuan lain..pastu dia ada rasa pelik laa) Terang Kak Ila sambil mengunyah kuih.
“Ok kak..so, apa yang kamek boleh tulong oh?” (Ok kak..so, apa yang saya boleh tolong ye?) Tanya aku untuk mendapatkan kepastian.
“Nya mintak tulong kitak ato nya Pik..boleh?” (Dia mintak tolong awak rawat dia Pik..boleh?)
Setelah beberapa minit kami berbincang. Aku setuju untuk membantu sepupu Kak Ila. Aku pun setting masa melalui Kak Ila.
MALAM YANG DIJANJIKAN
Malam itu aku memandu seorang diri, dengan berpaksikan Waze mencari lokasi rumah sepupu Kak Ila. Beberapa kali tersesat. Hujan pada malam itu menyukarkan lagi pandangan aku yang agak lemah. Beberapa kali aku menelefon Kak Ila untuk kepastian rumah sepupunya. Rupanya Kak Ila tidak bersama sepupunya kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.
Aku berhenti di satu tempat dan menghubungi sepupu Kak Ila. Di samping itu, Usman juga dalam perjalanan untuk bersama membantu merawat sepupu Kak Ila. Usman menelefon aku dan aku memberitahu lokasi sebenar aku.
Usman sampai dan kami bersalaman. Sempat bertanya khabar dan berkongsi cerita sementara sepupu Kak Ila menghantar lokasi yang sebetulnya.
Rumah kamek depan lori besar
Pesanan Whatsapp dari sepupu Kak Ila yang menyatakan rumah nya di depan lori besar. Aku dan Usman masuk ke kereta masing-masing dan menuju ke tempat yang dikatakan. Benar. Ada sebuah lori pasir yang parking berdepan rumahnya.
Rupanya anak lelakinya menunggu di hadapan rumah. Anak lelakinya kira-kira awal 20an bersalaman dan menjemput kami berdua masuk, namun beliau sendiri masih diluar menunggu rakannya untuk menghantarnya ke lapangan terbang. Anak lelakinya perlu balik ke KL kerana tugas.
Kami berdua masih di car porch hadapan rumah memantau sekeliling. Usman menahan aku dari dan bertanya.
“Syeh, ada rasa apa sik?” (Syeh, ada rasa apa-apa tak?) Tanya Usman.
“Ada syeh, panas nyucok-nyucok rasanya.” (Ada syeh, panas yang menggigit rasanya)
Panas luar rumah seperti panas seakan jarum dicucuk di badan. Luarbiasa rasa bahang panas malam itu.
“Hm” Usman mengangguk.
“Assalamualaikum”, sepupu Kak Ila memberi salam dari dalam.
“Waalaikumussalam”, serentak kami berdua menjawab salam darinya.
“Ha..Masuklah” jemput dari tuan rumah. Wajahnya manis tersenyum namun dapat dilihat raut wajah itu sedih.
Kami berdua masuk dan langsung diizinkan tuan rumah untuk duduk di sofa ruang tamu. Usman membiarkan aku bercakap dengan kakak tersebut.
“Kamek Ati..tok semua anak kamek” (Saya Ati..ini semua anak saya) Sambil Kak Ati menunjuk dua anak bujangnya.
“Nak sorang ya maap..nya istimewa” (Yang sorang tu maaf..dia istimewa) Kak Ati menunjuk anak nya yang nombor dua. Berusia 16 tahun dan ya, boleh kami lihat mata nya tidak melihat mata kami. Yang di sebelahnya pulak si bongsu, berumur 8 tahun.
Sesi siasat menyiasat pun bermula. Aku memulakan beberapa soalan.
“Kak, apa kenak kitak tek oh? Apa yang berlalu tek?” (Kak, kenapa dengan akak ye? Apa yang berlaku?) Tanyaku.
Muka Kak Ati mulai sedih. Kak Ati bercerita panjang mengenai apa yang berlaku kebelakangan itu. Suaminya ada hubungan luar dengan perempuan sepejabat dimana suaminya seorang anggota uniform kerajaan. Namun yang peliknya, suaminya seolah-olah ‘dipaksa’ keluar dengan perempuan tersebut. Jika dirumah, suaminya kepanasan. Jika keluar dengan wanita tersebut, hatinya ingatkan rumah.
“Lagik kak?” Aku inginkan informasi yang lebih banyak untuk tujuan memudahkan proses kelak.
Ada juak akak mintak tolong seorang tok. Nya berik minyak untuk engkah lam makanan..mun laki kamek makan minyak ya..pasya berak..mena la nya disihir. (Ada jugak akak mintak tolong seseorang ni. Dia bagi minyak untuk letak dalam makanan..jika dia makan minyak tu dan berak..betullah dia di sihir) Jelas Kak Ati.
“Jadi, berak ka nya?” (Jadi, dia berak ke)
Kak Ati mengiyakannya.
“Kitak pun ada alami benda pelik?” (Akak sendiri ade alami benda pelik?) Tanyaku lagi. Usman masih diam dan memantau rumah Kak Ati.
“Kamek rasa diperhatikan. Anak-anak pun rasa camya. Nak bongsu pande rasa takut dirumah” (Akak rasa diperhatikan. Anak-anak pun rasa camtu. Yang bongsu rasa takut dirumah) Sambil Kak Ati menjuih mulut ke arah anak bongsunya.
Aku mengangguk. Memang rasa lain macam keadaan di rumah tersebut.
Soalan terakhir dariku, “Maaf tanyak kak..hubungan dalam bilit kitak camne?”(Maaf tanya kak..hubungan dalam bilik akak camne?)
‘Hmm..sangat kurang. Seolah bencik nak polah ya..tapi ada la sekali sekadar tunai tanggungjawab sebagai bini” (Hmm..sangat kurang..seolah benci nak ‘buat’ tu..tapi ade la sekali sekadar tunaikan tanggungjawab sebagai isteri)
Maaf. Memang kami terpaksa tanya jugak bab camtu untuk memastikan keadaan sebenar. Kalau benar suami isteri di sihir, selalunya memang takda mood untuk ‘bersama’. Malah ada yang tak boleh seperti uzur memanjang.
“Lepas akak mintak cerei..bertemu la di mahkamah..adaka nya mintak ‘ya’ di mahkamah? Sik sengaja akak paluk palak nya pake fail..sewel!”( Lepas akak mintak cerai..berjumpa di mahkamah..ada ke patut dia mintak ‘tu’ di mahkamah? Tak sengaja akak pukul kepala dia dengan fail..gila!) Sambung akak.
Seolah-olah bekas suaminya dalam keadaan tidak waras! Aku memandang Usman. Usman mengangguk. Kami berdua mpama pelajar praktikal dan penyelianya. Hahaha. Oh ya,rupanya Kak Ati dan suami sudah pun bercerai.
“Jadi kak, apa hajat kitak oh?” (Jadi kak,apa hajat akak ye?) Tanyaku lagi.
“Hmm..camtok..akak memang dah sikda apa gik ngan bekas laki kak ya..tapi akak kesian juak..mok tauk juak nya nang terkenak ka gine..lagikpun mintak kitak ato akak ngan anak-anak akak.. rumah tok sekali” (Hmm.. camni..akak memang dah takde apa hubungan dengan bekas suami akak.. tapi akak kesian jugaklaa..nak jugak tau dia memang ‘terkena’ ke camne..lagipun nak mintak awak rawat akak dan anak-anak akak..rumah ni sekali ye) Pinta Kak Ati.
Sesi rawatan pun bermula. Seperti biasa, pesakit akan dipinta untuk memejamkan mata, melapangkan fikiran, berzikir qalbi dan menyerah diri seratus-peratus kepada Allah Taala. Kak Ati tenang di sofa ruang tamunya.
“PERINTAH SEGALA PENYAKIT, GANGGUAN JIN DAN SIHIR YANG ADA DI JASAD TURUN DARI KEPALA HINGGA KE KAKI! ” Perintahku kepada Kak Ati.
Kak Ati masih diam.
“Di palak ya..turun” (Di kepala tu..turun) Mengharapkan agar segala gangguan turun semuanya.
“Lagik..di bahu ya” (Lagi..di bahu tu)
Mimik muka Kak Ati mulai berubah. Dia mulai mengerutkan wajahnya.
“Sikda sigek pun tinggal..semua sekali turun.. di dada!” (Takde satu pun yang tinggal. Semua sekali turun. Di dada!) Sambungku lagi.
Kak Ati mengalirkan air mata! Dia mulai menangis.
“Huu huu hu .. Huuuu” esakan semakin kuat.
Aku buntu. Tak tau nak buat apa saat melihat Kak Ati nangis. Selalunya aku proses perintah penyakit camni smooth je. Adoi. ‘What should I do man?’ hahaha.
Aku melihat Usman di belakang aku. Mengharapkan nasihat guruku itu. Hehehe.
Usman bertanya kepadaku nama Kak Ati. Setelah mendapat tahu nama Kak Ati. Usman pun bertanya.
“Kak Ati..Kak Ati ka ya?” (Kak Ati..Kak Ati ke tu?)
Masih menangis lagi Kak Ati.
“Kak Ati.. Mun Kak Ati angguk palak lok” (Kak Ati..Kalau Kak Ati, angguk kepala ye)
Kak Ati menggeleng kepalanya. Menangis dan terus menangis. Sah! Bukan lagi Kak Ati!
Anak bongsu Kak Ati langsung memeluk Usman yang duduk di bawah. Usman menenangkan anak bongsu Kak Ati. Anak kedua Kak Ati berundur ke belakang. Mereka ketakutan melihat ibu mereka bertukar personaliti. Aku masih duduk di sofa menunggu aksi seterusnya.
“Tangga matanya!” (Pandang matanya!) Usman menyuruh Kak Ati memandang mataku.
Perlahan-lahan Kak Ati melihat aku yang duduk di pukul 10 nya. Masih juga menangis tapi matanya tidak berkelip memandangku. Jujur aku katakan, pada masa itu seram jugak rasanya. Yela, first timer. Hehe. Tajam pandangan mereka yang dirasuk ni ye.
Usman kembali menyuruh aku menyoal Kak Ati. Aku akur. Dengan perasaan nervous dan gementar, aku cuba kawal dan mulai interrogate Kak Ati.
“Sapa kau? Apa tujuan kau?” Tanyaku.
Masih lagi menangis. Tiada respon darinya.
“Ilmu apa? Jawab!”
Kak Ati tidak menjawab. Hanya tangisan saja darinya
Aku bertanya lagi tanpa putus asa. Berusaha mengorek punca kepada apa yang menimpa Kak Ati.
“Apahal kau ngaco Kak Ati ngan keluarganya?” (Apasal kau kacau Kak Ati dan keluarganya?)
“AKU MOK FAMILINYA RUSAK!” (AKU NAK FAMILINYA ROSAK!) Tengkingnya dan kembali menangis.
Kalini aku dah tak takut dah. Lebih ke arah kesal,sedih dan marah dengan perbuatan musuh Allah yang menyakiti umat Sayyidina Muhammad!
Kesian aku tengok Kak Ati dan anak-anaknya.
“Apa yang kau anta ngannya?” (Apa yang hantar kat dia?)
“Huu.hu huuu” Hanya esakan dari Kak Ati.
“Cepat. Apa?” Tanyaku sekali lagi.
“Minyakk..huuu hu hu” Akhirnya ada jawapan dari pihak mereka.
“Keluarkan segala apa yang ada!” Tegasku.
Muka Kak Ati berubah! Seakan mual dan loya. Matanya terbeliak dan berair. Mulut melopong luas!
Aku meminta baldi dari anaknya. Dengan pantas baldi dari bilik air disediakan.
Kak Ati muntah! Untuk beberapa minit Kak Ati muntah ke dalam baldi. Itu petanda baik kerana racun dan bisa sihir sedang dikeluarkan dari jasad.
Tisu diberikan untuk membersih sisa muntah di mulut. Keadaan dalam baldi penuh dengan tisu yang disaluti air liur dan lendir. Insyaallah minyak yang dihantar pada Kak Ati dikeluarkan sekali.
Lemah keadaan Kak Ati selepas muntah. Dia bersandar pada sofa dalam keadaan lesu longlai. Aku dan Usman menunggu langkah dari Kak Ati.
Aku menanya Kak Ati, “Lagi? Selain minyak?”
Kak Ati yang bersandar hanya memandang aku dengan mata kuyu. Kemudian dia menggeleng kepalanya.
“Mena? Sikda gik oh?” (Betul? Takde lagi?)
Kak Ati mengangguk mengiyakan soalan yang aku ajukan. Aku mengatur kedudukan aku kerana kebas akibat terlalu lama duduk. Aku bertanya lagi. Siapa yang menghantar dan ilmu apa yang diguna utnuk menyakiti keluarga ini.
“Aku sikboleh padah. Huu huu hu.” (Aku tak boleh cakap. Huu huu hu )
“Padah! Kau sikpadah, sakit kau!” (Cakap! Kau tak cakap, sakit kau!) Aku memberi amaran.
“Mayat. Huu huu.”
“Mayat ompuan ka laki?” (Mayat perempuan atau laki?)
“Pompuan.”
“Yang anta sihir tok.. pompuan juak?” (Yang hantar sihir ni. Perempuan jugak?)
Kak Ati mengangguk perlahan.
“Di sine mayat ya?” (Di mana mayat itu?)
“Jauhhh..hu hu”
“Jauh sine??” (Jauh di mana?)
“Sabah” Masih menangis kesakitan.
Orang yang anta orang sine? (Orang yang hantar orang mana?) Sudah semakin hampir jawapan kepada masalah ini.
“Sikboleh padah. Hu huu hu” (Tak boleh cakap. Hu hu hu)
“Padah! Kau tahan sakit sampe isok ari? Aku sanggup nunggu sitok sampe isok pagi” (Cakap! Kau tahan ke sakit sampai esok hari? Aku sanggup tunggu sini sampai esok pagi)
Masih menangis dan hanya menggelengkan kepalanya.
“Sabah juak?” (Sabah jugak)
Angguk dari Kak Ati.
“Perempuan?”
Juga mengangguk.
Menurut Kak Ati, perempuan tersebut sama ofis bekas suaminya dan berasal dari Sabah yang mana aku tak boleh beritahu tempat spesifik Sabah di mana ye. Aku sudah dapat jawapan sebagai guideline.
Tiba-tiba..
Kak Ati duduk menegak dan seakan meronta untuk pergi ke arah aku. Seakan ingin melepaskan dirinya dari kunci atau ikatan yang tidak nampak. Dia mendengus geram. Mukanya kemerahan dan tegang.
Aku khuatir. Tak pernah mengalami situasi sebegini! Aku menoleh ke arah Usman tanda aku perlukan pertolongan. Yelaa. Risau jugak nanti aku dicekik hantu dalam badan Kak Ati tu. Haha.
Usman faham.
“Yang jauh, menjadi dekat” Tangan Usman mengisyaratkan mereka yang jauh menjadi dekat sedekatnya di hadapan Usman!
Usman berdiri dan berjalan pantas ke arah Kak Ati. Usman sudahpun di hadapan kiri Kak Ati.
“AKU HADIR DI HADAPAN PEREMPUAN YANG MENGHANTAR SIHIR.”
Tangan Usman di hadapan kiri Kak Ati, seolah-olah ada orang duduk di tangan Usman.
“HANCUR! KOSONG!” Usman menghancurkan sihir yang ada dan ilmu si penyihir menjadi kosong.
Terbeliak mata Kak Ati!
“AKU HADIR DI MANA MAYAT ITU BERADA!”
Semakin takut Kak Ati. Seolah tahu apa akan terjadi.
“BERSIH MAYAT DARI ILMU SALAH DENGAN NUR!”
Kak Ati pengsan! Tersandar di sofa.
“Ambik kain, sejadah ka” (Ambil kain, sejadah ke) Pinta Usman.
Aku kehairanan. Untuk apa sejadah tu ye? Rupanya untuk menutup bahagian badan yang tak sepatutnya kami lihat.
Lantas air di baca dan di tuang ke dalam baldi berisi air paip. Usman menyuruh aku memberi air kepada Kak Ati. Kak Ati baru saja sedar tapi dalam keadaan yang sangat lemah. Kak Ati minum dan menyapu muka dengan air yang dibaca. Usman pula membenteng rumah dengan air baldi tersebut.
“Kak, sedar sik waktu kenak proses?” (Kak, sedar tak masa diproses tadi?)Aku menanya Kak Ati.
Kak Ati menyatakan dia hanya sedar sekejap saja dan lepas itu, tiada memori apa yang telah berlaku.
Alhamdulillah. Usai segala proses rawatan. Aku juga ada bertanyakan berita. Kak Ati dan anak-anaknya kembali sihat. Baru-baru ni aku dengar Kak Ati sudahpun menikah. Aku doakan kebahagiaan kepadanya.
Kepada yang belum pernah membaca karya-karya aku. Ini senarainya:
Kak In
Kak In 2
Kerajaan Hijau Sungai Sibu
Sofea-Pengenalan kepada Permulaan
Bilik 3224 UiTM Samarahan
Terima kasih. Salam dan selawat.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
X perlu la nak tulis bahasa sarawak. Kemudian nak translet pulak ke bahasa melayu. Bukan x suka bahasa sarawak tp berserabut kepala nk baca. Pening kepala. Hadoiii
Awak ada pilihan utk skip kalau taknak baca bahasa Sarawak. Kan penulis letak dalam tanda kurungan ( )
Hormati karya yg baik.
Sy okay je, dpt belajar juga bahasa ni.
kannnn
Tulah aku pun jadi malas nak baca yang sarawak2 ni so skip je citer tu
Kan.. Awl2 saya da skip kalau tau karya penulis ni.. Mls nak pening2. Baca nk santai2 je.. So, next.. 😅
maaf..tu hak saya..xboleh baca saya xleh paksa..dan bahasa sarawak tu bahasa melayu jugak..melayu srwk..
aku suka.. rindu kwn2 sarawak yg dh balik sana..
orang sarawak drkpun mok kondem bahasa sarawak. apa lah salah nya nulis bahasa sarawak. pake nambah ilmu juak utk pembaca senanjong. sidak snanjong gik suka belajar bahasa kita. tang kita drkpun tek sik rajin nk mbaco ey? aih xpatut
mun xmok baca boh baca kmk suka jk ngan bahasa sarawak ya chill bak ilek aok.. bangga mek nangga bhsa swk ya hehe
Teruskan karya yg baik. Jadi diri sendiri. Tak perlu puaskan hati orang lain (Tak semua org akan setuju dengan kita, normal)
Raaamaiiiii lagi yg suka bahasa sarawak. Sy pun suka, dapat belajar. 😄
Moga penulis sihat dan selamat sentiasa.
Boleh mintak email tak? Ada sesuatu nak tanya
baca la part melayu je haha
komen mcm ni pun ada ka? bukan kena bayar pun nak baca cerita penulis kat sini sampai nak kena ikut selera ko…kesian ada orang mcm ko ni..dia dah share cerita kat sini pun bersyukur je la..
Rasa nak minta tolong juga